Barisan kaum Adam & Umat Nabi Muhamaad SAW family Etuza.
| ||
Salam sejhatera, 14.11.2025 pagi hari Jumaat yang aman damai, hening sunyi sekitar jam 4.14 updated kan blog yang agak lama tidak ada kemasukan catatan baru.Bukan tiada kemahuan tetapi ada sahaja rutin kehidupan yang menjadikan kita tak tercapai waktu online maya dan membuat pembacaan di blog kegemaran. Rindu sebenarnya hendak membaca cerita teman blogger. Terbaru terdapat infor mengatakan bahawa seseorang yang telah berusia sekiranya rajin membaca akan menjadikan minda atau otak fikirnya tidak akan jadi pelupa, malah terancang ke arah lebih sihat dan positif. Begitu juga badan kita, jika dah berusia kita hanya duduk di rumah tidak membuat apa - apa juga pergerakan tubuh akan kaku dan tak sihat, malah mempercepatkan otot-otot tidak berfungsi maka akan terjadi keadaan tubuh kaku dan beransur strok. Marilah elakkan bersama keadaan seumpama ini. lakukan pergerakan dan ayuh rajin membaca apabila ada masa sengang. Alamak nak buat catatan apakah awal pagi hari ini, adakah ini petanda mulai kekurangan idea atau bahan catatan mewarnai wall ( ruangan halaman catatan Blog ). Rasanya tidak, kerana banyak moment kehidupan seharian kita lakukan menjadi bahan untukmblog kita sebenarnya, jika kita hendak catat semua. Tetapi hidup ini TIDAK SEMUA KITA KONGSIKAN.Simpan lah yang lain sebagai adegan kekuatan hidup kita ini. Biar hanya Allah yang mengetahuinya. InshaAllah, hidup aman dan bahagia dengan cara kita sendiri. Kaum Adam Dan Umat Nabi Muhammad SAW. Gambar di atas adalah family Etuza yang hanya kaum Adam ( lelaki ) termasuk seorang cucu tersayang menambah bilangan dan menantu lelaki dalam family Etuza. Boleh ke teka mana satu menantu lelaki dalam family Etuza. Gambar ini terzahir ketika pagi hari raya ke 4 tahun 2025, tahun ini. Dan gambar kaum wanita itu juga merupakan Umat Nabi Muhammad SAW, wanita yang memberikan kebahagiaan dalam hidup kaum Adam, wanita itu serkandi hati dan permata hati Etuza. Bahagia melihat mereka tersenyum bahagia. Doa Ku Untuk Generasi ku. Semoga kami kaum Adam dan Umat Nabi Muhamad SAW, sentiasa dilindungi Allah dirahmati dan kita semua mendapat KASIH SAYANG Allah dalam meneruskan kelangsungan hidup. Semoga sentiasa bersyukur dan menerma apa juga rezeki yang Allah berikan dalam bentuk apa juga pemberian Allah. Usahlah merungut jika hadapai cabaran, rintangan dan halangan untuk kita bahagia selalu, kerana ada masa pasti kita hadapi derita pahit sedih dalam meneruskan LAYAR kehidupan di Dunia ini. Happy nice day semua kepada generasiku yang tersayang. Memakai pakaian Baju Melayu warna pink belacan kami sedondon bergambar ramai-ramai. Gambar wanita kumpul bersama dan kami kaum Adam berkumpul bersama-sama . Alhamdulillah sesi bergambar telah selesai dan menjadi tatapan kami di blog ini. Data Gambar Semakin Berat, Apa Nak Buat? Kemarin yang berlalu, cek gambar di data phone, ada 3 ribu lebih paparan gambar, terasa data semakin berat dan ada imej lain sebenarnya menyarat dalam data folder himpunan gambar itu. Lalu lakukan pembersihan iaitu membuang beberapa gambar yang tidak diperlukan untuk disimpan lama. ternampaklah banyak gambar-gambar hari raya tahun ini.Save gambar itu dan letak di folder laptop pula. Hasilnya terjadilah ENTRY dalam wall blog Etuza pagi ini mengenai gambar family Etuza. Dapat lah idea updated kan blog kesayangan ini. Anda bagaimana? Pernah tak rasa kekurangan idea atau tercari cari apa nak catat dalam blog kesayangan anda? |

14 Ulasan
moga berbahagia bersama keluarga.. nampak ceria semuanya.. kekurangan idea tu biasa..
BalasPadamMenantu-menantu semuanya di belakang ke. Alhamdulillah keluarga bahagia cikgu.
BalasPadamalhamdulillah famili bahagia...cantik anak2 perempuan cikgu, kacak bergaya anak2 lelaki
BalasPadameee geramnyaaa tengok si kecil tu bersongkok👍👍
BalasPadamsy dah delete gmbr2 mggu lps. sbb gmbr2 ni laa sy x boleh google sheet
Comel cucunya ya.....hmmmm phone saya pun kejap full memorynya sebab banyak gambar dan video. Jenuh nak buang mana yang tak penting.
BalasPadamgambar famili etuza yg menarik ., sedondon., aminn
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamAllah kurniakan Adam dan Hawa yang sempurna, sihat dan lawa belaka. Semoga sentiasa mendapat redha Allah, keluarga bahagia dunia dan akhirat.
Alhamdulillah...semoga rukun dan bahagia untuk cikgu sekeluarga sehingga ke jannah. Sihat dan segak serta cantik anak menantu cikgu sekeluarga. Kita kena kekal mengaji dan membaca agar kekal tajam pemikiran dan meminimakan potensi nyanyuk
BalasPadamwarna tema baju sangat cantik! segak2 semuanya. anyway, saya pink lover! memang kdg2 saya pun tak de idea nak tulis apa..biasanya buat entry berdasarkan apa2 gambar yg ada dlm hp no
BalasPadamcantik dan hensem betul ahli keluarga cikgu etuza ni. orang sabah memang helokk sangat paras rupanya. alhamdulillah, keluarga yg bahagia
BalasPadamAlhamdulillah bertambah family Etuza ya.. masyaAllah cantik dan segak2 mereka semua.
BalasPadamGambar 3 ribu tu suka print sikit-sikit simpan di album, berat fon hehe
Comelnya tengok si kecil yang bersongkok tu. Semoga keluarga cikgu bertambah bahagia, mendapat berkat dan selamat dunia akhirat
BalasPadamWarna merah jambu berbeza nada tapi masuk semua.
BalasPadamTampak ceria semuanya. Ambil di studio ke?
Cantik2 semua wanita di keluarga Abang. Istri, anak dan menantu. 👍☺️
BalasPadamSaya sebenarnya kalau soal bahan tulisan, tidak pernah kehabisan. Malah banyak sangat, sebab saya rutin traveling kan.
Tapi masalah saya, tidak bisa update setiap hari, hanya seminggu sekali. Itu saja.
Pertama Krn mood,
kedua Krn dalam seminggu itu ada 7 hari, 1 hari untuk update blog, dan sisa 6 hari, untuk saya membalas semua komen di blog saya dan BW balik ke blog teman2 yg visit ke saya. Krn itu saya cuma bisa seminggu sekali updatenya bang
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.