Restoran Syaffa & Katering Keningau.Hidangan Istemewa

          

Restoran Syaffa & Katering di Keningau, seolah di atas pentas.

Review Restoran Syaffa & Katering Keningau.

Awal pagi hari ini, 30.10.2025 bersamaan hari Khamis yang indah, kemaskinikan blog Pesona Etuza dengan paparan tentang sebuah restoran yang agak kecil molek, seolah di atas pentas tepi jalan Jalan OKK Sodomon. Restoran kecil molek ini terletak di Lot 1, Gaya Shopping Centre, Jalan OKK Sodomon, Keningau, Sabah.  Saya diberi infor restoran ini milik bekas seorang guru yang telah bersara. Iaitu Yazid Mohd Hasnan Tawik in Restoran Syaffa & Katering, dialah pemilik restoran Syaffa & Katering ini. Seorang yang sangat dikenali di Keningau.

Setiap Restoran Ada Kelemahan Kecil Yang Masih Boleh Dimaafkan.

Kadangkala mencari tempat makan mengalas perut di Keningau kini, bukan perkara susah, kerana sangat banyak tempat makan seperti restoran, warung, kedai makan ada di mana-mana. Cuma bila kita mahukan suasana makan dengan tenang dan santai serta mahukan layanan yang terbaik dari pelayan sesebuah restoran kita haruslah bijak dan pandai memilih restoran yang ada di Keningau. Pengalaman saya sebagai kaki lepak santai di restoran bersama suri hati ( isteri) dan keluarga, ada juga kelemahan tiap restoran yang saya kunjungi. 

Tetapi sebagai pelanggan masih dapat memaafkan kelemahan yang bukanlah kelemahan besar. Antara kelemahan yang selalu berlaku, ialah lambat menghantar juadah hingga sejam menunggu, malah lebih sejam, salah hantar oder seperti minuman kopi panas, dihantar kopi ais dan sebagainya. Kelemahan ini tidak apa berlaku, masih pelanggan maafkan. 

 Review Restoran Syaffa & Katering Di Keningau.

Terbaru Etuza dan suri hati langsung ke Bandar Keningau dari tempat kerja, kerana ada urusan penting yang mendesak. Selesai urusan di bank, kami mencari restoran paling dekat di Bandar Keningau. Etuza agak malas memandu ke kawasan Bandar Baru Keningau kerana kereta yang sangat jammed waktu itu. Untuk lebih jimat masa, kami hampiri dan datangi restoran seolah di atas pentas ini iaitu Restoran Syaffa & Katering tepi kiri dekat parking Teksi Ke Kota Kinabalu Jalan OKK Sodomon. Untuk infor lebih banyak klik saja Facebook Restoran Syaffa & Katering SINI.

Dalam lapangan restoran ini ada beberapa set meja dan kerusi. Kami ambil posisi tengah ruang makan. Kami di layan, dan kelihatan pelayan yang bertudung melihat kami ini merupakan pelanggan baru di restoran ini. Sopan santun mencatat oder kami. Biasanya Etuza akan memesan sekali untuk suri hati, kerana saya tahu makanan kegemaran dia di mana-mana tempat makan.

Restoran ini, bagaikan di atas pentas, akan nampak kereta lalu bertali arus di bawah kanan jalan OKK Sodomon, selain nampak bangunan farmasi dan kedai pet shop di hadapan sebelah kanan restoran. Masuk dari tepi jalan ke restoran ini, kita akan meniti anak tangga ke atas, sebab itu Etuza katakan Restoran Syaffa & katering ini seolah di atas pentas hujung barisan bangunan kiri jalan OKK Sodomon.

Sajian Pesanan Makanan Terpantas Dihidangkan.

Ada berbagai jenis makanan sajian di sini dan menariknya mereka menggunakan nyiru kecil sebagai tempat hidangan beralaskan kertas minyak yang kalis air.Hidangan nasi ikan baulu, disajikan dengan kreatif dan ada ciri kelainan berbanding di restoran lain. Boleh lihat gambar resepi nasi ikan baulu yang kami pesan. Tempat ini ada sediakan kuih pau kacang hitam, kuih pau ayam dan pau kelapa. Soto ayam, soto bakso juga ada dalam menu dihidang nenggunakan mangkuk besar. 

Pesanan makanan yang kita oder cepat dihantar dan semua nya masih segar dan nasi masih panas. Berbanding tempat lain, restoran ini lah tempat makan yang paling pantas menyajikan hidangan yang kita pesan. Terima kasih syabas dan tahniah Restoran Syaffa dan Katering, teruskan memasak dari hati, ikhlas melayan semua pelanggan yang datang ke restoran ini. Sebagai cadangan mungkin lebih hebat jika Restoran Syaffa & Katering ini meletakkan dinding kaca pada hadapan restoran ini agar menarik lagi ramai pelanggan datang makan di tempat ini.
Catatan disiapkan termasuk semua gambar dan penyemakan ejaan. Pembacaan semula sebelum terbitkan, memakan masa hampir dua jam. So, blogger menyediakan catatan kemaskini kan blog bermain dengan minda, dan menampilkan gaya penulisan di blog bukan seminit dua minit tetapi perlukan masa sekurang - kurangnya 2 jam.Blog Hak terpelihara, Etuza.
Restoran seolah di sebuah pentas, masuk ke restoran perlu naik anak tangga.

Suasana ruangan makan, kami ambil posisi tengah, santai makan di sini nampak kereta lalu tanpa henti.

Ramai pelanggan silih berganti ganti, sesuai tempat yang agak kecil, 
pelangga silih berganti mmeungkin memahami keadaan akan sesak jika santai makan lama di sini, oleh itu seusai makan boleh gerak keluar ganti pula pelanggan yang lain.

Awas ada notice LARANGAN MEROKOK 
, memang tidak boleh merokok khlayak ramai orang makan.

Comel minuman Etuza dan suri hati.Lemon Tea dan Tea Susu.

Ini sajian pencuci mulut, konon lah ya. Kuih pau kacang hitam

Nasi Ikan Baulu, kreatif cara hidangan, menarik, dan
the most penting rasa dia hebat secukup rasa

Soto ayam mangkuk besar..

Tempat cecah perasa nasi ikan baulu juga unik..mangkuk batu kecil molek

Sambal lada dan kicap manis dua rasa

Antara jenis sajian, boleh oder di sini.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Unik cara hidangan ada mangkuk nyiru.
    Kuantiti makanan banyak juga.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum cikgu.. moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. suka tgk sambal dalam lesung batu tu.. unik sangat memang rare. .. rasanya susah nak cari kt tempat lain

    BalasPadam
  3. 1st time dgr psl ikan baulu...errr sbb biasanya baulu tu kan kuih muih heheheh

    BalasPadam
  4. Betul apa yang cikgu katakan, kadang-kadang kita perlu berlapang dada dan memaafkan kelemah-kelemahan kecil... bukan senang untuk buat semuanya sempurna..

    BalasPadam
  5. Sekali pandang macam lesung batu pula mangkuk sos tu :)
    Sabarnya Cg, kalau Sy tunggu makanan sampai 1 jam tu dah kira kesalahan besar :D

    BalasPadam
  6. besar kuih pau kacang hitam..berapa ringgit sebiji tu cikgu?

    BalasPadam
  7. unik mangkuk batu bekas sambal tu Etuza, kak ana ingatkan lesung batu tadi .

    BalasPadam
  8. terkejut sy ingatkan dia letak batu lesung sekali😁

    BalasPadam
  9. nampak besar dan lembut pau tu cikgu

    cantik plating hidangan tu ckgu, nampak menggoda selera

    BalasPadam
  10. unik mangkuk batu comel isi sambal

    BalasPadam
  11. Geram tengok teh susu belum kacau tu... rasa nak tolong kacaukan je... hehehehe

    BalasPadam
  12. Mangkuk batu tu sekali tengok macam lesung batu ya.....pau kalau inti kacang merah....suami saya suka....

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.