 |
| Bagaikan mimpi, sekelip mata nampak " Welcome To Madinah " Subahanallah. |
Perjalanan Menuju Madinah dan Bermalam Dalam Kapal Terbang
Debaran kini semakin beransur reda apabila memulakan perjalanan dari 3.02.2026 ke Kota Kinabalu dari Keningau. Dan sampai di KLIA, kami sempat tidur di KLIA selama 3 jam waktu malam dan berjalan-jalan cari makan di KLIA 2 dari jam 7 pagi hingga jam 4.00 petang pada 4.2.2026. Agak lama kami di KLIA 2 dan KLIA 1.
Menaiki kapal terbang Airline Malaysia ke Jeddah pada waktu malam jam 10.00 malam, hati benar-benar bersyukur dan memohon agar kapal terbang dan semua penumpang selamat mendarat di Jeddah. Kami sampai di Jeddah pada waktu pagi dan seterusnya ke Kota Madinah dengan menaiki Bas yang bertanda Kad Mutawwiff Khairuddin. Tiba di Hotel penginapan kami di beri kunci bilik 913 bermakna kami di tingkat 9 Hotel Al Ansar Tower. Ipar mendapat bilik angka bermula 5 bermakna dia di tingkat 5 dan sebilik dengan Norizan dari Kelantan dan satu lagi lagi yang Etuza tak pasti dari negeri mana.
Kota Madinah Biar Aku Jadi Wargamu Yang Kuat Ibadah.
Meninjau persekitaran Kota Madinah yang damai dan tenang, cuaca yang sejuk sepanjang hari menjadikan kota ini sentiasa tenang walau amat sibuk dengan lalu lalang kenderaan dan melata manusia yang mahu beribadah di Masjid Nabawi. Pertama sekali kami dibawa untuk meninjau lorong jalan yang dekat dan selamat dari berbagai halanagan, jalan yang lurus saya kira kerana tembus ke pintu masuk Masjid Nabawi bernombor 333.
Laluan yang Mutawwiff berikan itu, katanya selamat dari panggilan di kedai kedai shopping di tepian jalan. Lorong jalan yang sangat luas dan ada dataran di mana hanya ada ratusan burung-burung merpati jinak seolah menyambut ketibaan para jemaah dari pelusuk Dunia. Burung merpati yang berterbangan rendah dan seolah bergaul sebati dengan manusia merupakan juga satu simbol membuat Kota Madinah sangat cantik dan menarik. Subahanallah.
Harapan Etuza kali pertama, kaki tak tertahan hendak ke Masjid Nabawi, masa ketibaan adalah masa rehat, tetapi Etuza ambil jalan untuk gerak ke Masjid bersana suri hati dan anak. Hati berbisik berzikir tanpa putus semasa bergerak ke Masjid Nabawi. Ingin tunaikan seberapa banyak solat wajib dan solat sunat dalam Masjid Nabawi. Bagaikan hendak memperbaiki kehadiran UMRAH pertama ku di Madinah pada tahun 2019. Kali ini tidak mahu melepaskan lagi, untuk terus ke Masjid dan ziarah makan Nabi SAW, berinteraksi dengan jemaah lain dan beribadah seiring bersama.
Aku niatkan agar aku jadi warga Madinah sepanjang berada di Madinah sejak 4.02.2026 hingga 10.02.2026. Kali kedua datang umpama aku sudah tahu situasi Masjid Nabawi tanpa aku rujuk Mutawwif apabila dalam free dan tiada program ziarah. Dataran Madinah saat sejam azan berkumandang sangat sesak dan jemah memenuhi ruangan dalam untuk menunggu tunaikan solat wajib dan solat sunat serta solat jenazah. Sebolehnya Etuza mesti dapatkan ruangan duduk di dalam Masjid Nabawi, jika berlaku lewat ke Masjid kita akan solat di dataran dan berdekatan dengan pagar atau sebelah bilik air ( tandas). Walaupun bersih tetapi Etuza mendambakan berada di dalam agar lagi khyusuk dan ada rasa aura tersendiri.
Harum Semerbak Persekitaran Masjid Nabawi, Jemaah Bertali Arus.
Kadangkala, keharuman Masjid Nabawi yang sentiasa dipastikan kebersihan mewangi memenuhi ruang. Setiap ruangan ada wangian seolah bau kemayan dan ada wangin kunyit yang segar. Di Masjid ini adanya makam Nabi SAW, makan Abu Bakar dan Makan Saidina Umar. Nabi SAW penghulu segala nabi dan nabi yang menyampaikan dakwa Islam tanpa putus asa, perjuangan yang murni agar agama Islam tersebar di merata Dunia. Peribadi Nabi SAW, kebijaksanaannya, cara hidup, cara ibadah Nabi SAW menjadi ikutan lantas itu memburu rahmat dan syafaat nabi adalah dambaan semua jemmah. Hati ini amat rindu, amat kasih dan amat menyayangi Nabi SAW, wajah yang sukar digambarkan tetapi amat-amat menjadikanNabi SAW ikon dan model kepada Etuza agar menjadi hambaNya yang baik seperti Nabi SAW. Semoga ibadah Etuza dan jemaah Umrah Bas 7 diterima Allah dan kami semua sihat tanpa halanagn semasa mengerjakan Umrah 2026.
 |
| KLIA, selepas mendengar ceramah dan agihan kad dan makanan dri Andalusia Umrah Travel. |
 |
| Sibuk, mengusung bagasi serba 2, Ya Allah mudahkanlah urusan..hati berdoa dan bertasbi masa ini. |
 |
| Ramai Mutawwiff dari Andalusia, bertungkus lumus membantu kami di KLIA. |
 |
| Masuk gate ke Kapal Terbang dari KLIA to Jeddah |
 |
| Mulai penuh di ruang gate menunggu di KLIA |
 |
| Makanan di atas kapal, alhamdulillah, serius sedap. |
 |
Sampai di Lapangan terbang Jeddah.Subahanallah..alhamdulillah kami selamat setelah, makan, tidur di atas kapal terbang selama 9 jam. |
 |
| Suasana di Jeddah ( Lapangan Terbang ) |
 |
| First jumpa Mutawwif, Ustaz Khairuddin..alhamdulillah, ini dalam bas menuju ke Madinah. |
 |
Alhamdulillah mendarat di Jeddah. Ini kami nak menuju ke Bas hendak ke Madinah dan di iringi oleh Mutawwif kami. |
 |
| Sampai di Kota Madinah, ya Allah syukur Alhamdulillah..rindunnya ke Masjid Nabawi. |
 |
| Kami menginap di Hotel Ansar, Madinah, Arab Saudi. |
 |
| Team UMRAH bas 7. dari Sabah, Sarawak gabung dari Semenanjung Malaysia seramai 48 orang. |
 |
| Rehat di Lobi Hotel Ansar. Tunggu kunci kad pintu. |
 |
| Mutawwif mulakan tugas berat membawa kami ke jalan untuk menuju Masjid Nabawi. |
 |
Lorong jalan yang akan kami lalui selama berada di Madinah, mudahkan dan terima amal kami di Madinah Ya Allah. |
 |
| Membeli kad untuk wifi di Arab Saudi.Harga 50 rial. |
 |
| Inilah nama Hotel kami di Madinah. Dam kami tingkat 7, penginapan yang selesa. |
12 Ulasan
Banyaknya gambar. Alhamdulillah dapat peluang ke sana.
BalasPadamMelihat suasana begini, rindu pula hendak ke tanah suci padahal baru saja umrah 2023. Hari terakhir di Makkah, mutawif mengimami doa supaya rasa rindu selalu terbit dalam hati untuk datang lagi ke tanah suci. Mudah-mudahan dapat jejak lagi ke sini.
BalasPadamAlhamdulillah, lancar perjalanannya ye cikgu
BalasPadamWah ada kuih suji dan talam keladi dalam kapal terbang. Pramugaripun nampak macam orang Malaysia.
BalasPadamAlhamdulillah ramai sertai dalam kumpulan cikgu.
alhamdulillah urusan ibadah umrah n ziarah dipermudahkan
BalasPadamMasjid Nabawi. Siapalah yang tak merindui.
BalasPadamSaya sukaaaa sangat kota Madinah. Terasa lebih tertib, dan rapi. Dan bersyukur saat umroh dulu, Madinah menjadi kota terakhir. Jadi Mekkah dulu, selesaikan semua kewajiban ibadah, baru ke Madinah.
BalasPadamSaya LBH suka umroh yg ke Mekkah dulu, baru trakhir Madinah.
alhamdulillah, pengalaman terindah lagi berharga pastinya! menggamit memori MZ (MZ buat umrah many2 years ago ie thn 2012)
BalasPadamRindunya madinah
BalasPadamPerjalanan seperti ini pasti sangat berkesan. Dari mendarat di Jeddah sampai ke Madinah tentu penuh rasa syukur dan pengalaman baru, apalagi bila dapat tinggal dekat dengan Masjid Nabawi. Semoga perjalanan sentiasa dipermudahkan
BalasPadamalhamdulillah....pengalaman menunaikan umrah...pengalaman paling bermakna...
BalasPadamrindunya Madinah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.