Jalan-Jalan Sekitar Elap AL Khair Hotel Di Mekah.


Jalan-Jalan Di Sekitar Hotel Elap Tempat Tinggal Di Mekah.

11.02.2026, Selasa Jemaah Umrah Bas 7 ada program Umrah Sunat. Dan kami semua berkumpul di lobi Hotel Elaf sekitar jam 7.20 pagi. Lalu Etuza menganbil kesempatan melihat-lihat sekitar Hotel Elap. Bangunan tinggi-tinggi mencakar langit begitu mengujakan. Nampak struktur bangunan kukuh dan kuat sekali disamping melihat batu-batuan dibukit-bukit tinggi.Etuza ambil gambar sebagai kenangan dan hanya klik gambar untuk dilihat kala ada free sebelum mengikuti Program, Solat dan ke Masjidil Haram.

Hari ini, di Mekah ribuan Umat Islam seluruh Dunia membanjiri dataran dan apa tah lagi di Majsjidil Haram dan di Kaabah. Sesak tak terkata, melihat situasi ini Etuza hanya mampu melafazkan Subahanallah, hebatnya Allah menjadikan Kaabah di Mekah ini sebagi paksi kiblat kepada umat Islam sedunia.

Dengan menggunakan smart phone Etuza muatkan beberapa gambar dan rasanya gambar ini kurang menepati kehendak Etuza, kerana secara rambang memilih gambar untuk updatedkan blog ini. Rindu sangat hendak ke udara maya menerusi blog ini, tetapi sangat kesuntukan masa apabila sering iktikaf di Masjidil Haram dan menunaikan Umrah mengikut program Andalusia.

11.02.2026 dapatlah berjalan-jalan sekitar Hotel Elap walau hanya dalam masa yang terlalu singkat sambil menunggu jemaah lain dan Mutawwif datang memberi bimbingan dan menyalurkan ilmu dan tazkirah.Semua Market Terkenal di Mekah beroperasi 24 jam, kerana Jemaah Umrah dari pelusuk Dunia tidak pernah terhenti membanjiri halaman Masjidil Haram. Sebaik Solat Wajib jemaah akan melakukan berbagai ibadah yang sangat sangat hebat lalu berehat beribadah dengan mereka mengunjungi market yang ada di sekitar Mekah seperti MIRA MALL dan sebagainya.Etuza lalu tercari-cari masa yang terbaik untuk berjalan-jalan di Kota Mekah. Mutawwif datang lalu semua Jemaah Umrah Andalusia naik bas melakukan ziarah lagi di beberapa tempat seperti di Jabbal Rahmah. Jumpa lagi, salam kasih sayang dari Etuza.























Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Asalamualikum teman teman blogger, masa ini Etuza masih berada di Mekah ya..catatan di blog mohon maaf jika lintang pukang susunan ayat gambar juga tak berapa menarik..memburu masa beribadah di sini..subahanallah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Cantik2 tasbih disana...Smoga terus sihat hingga pulang semula ke tanah air..Amin

    BalasPadam
  3. alhamdulillah beribadah umrah moga Allah permudahkan semua urusannya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..semiga mendapat Umrah yang mabrur ye cikgu..lama x masuk sini sebab kekangan masa dan jugak ada beberapa blog SA x boleh komen menggunakan laptop..kena guna hp..x pasti kenapa..semoga ibadah cikgu berjalan dengan lanc a r ye...

    BalasPadam
  5. berpuasa di sana atau malaysia nnti cikgu? Mesti seronok kan

    BalasPadam
  6. bahaya masuk sini boleh rambang mata dibuatnya hehehe

    p/s cikgu, mohon doakan kami di sini agar sentiasa sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dipanggil sekali lagi menjadi tetamu-Nya aminnnnn

    BalasPadam
  7. wahh cikgu etuza tgh buat umrah ya. selamat menunaikan ibadah. semoga mendapat umrah yg mabrur dan diberikan kesihatan yg baik sepanjang di sana

    BalasPadam
  8. Seronoknya menjadi tetamu Allah.
    Doakan kami juga sapai di sana. Sentiasa merindui utk ke sana.

    BalasPadam
  9. Semoga kesihatan yang baik2 ye wak.... Rindu nak ke sana lagi

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.
    Allah permudahkan urusan sepanjang beribadah di tanah suci.

    BalasPadam
  11. Semoga sihat sentiasa ketika berada di tanah suci ya.. alhamdulillah banyak sungguh souvenir yg terjual..

    BalasPadam
  12. Jadi teringat trakhir umroh dulu. Selesai ibadah biasanya saya dan suami juga jalan2 di sekitaran, sekedar window shopping atau beli2 yg kami suka 😍😍. Rindu nak umroh lagi

    BalasPadam
  13. tengok tasbih boleh leka kan cikgu? lawa lawa tasbih . setiap butir dan warna membawa energy dan maksud tersendiri. belum lagi kisah tasbih dari kayu pelbagai jenis

    BalasPadam
  14. Semoga setiap langkah Etuza dan jemaah Andalusia Travel & Tours dipermudahkan dan setiap gambar yang dirakam jadi kenangan terindah. Doakan kami juga dapat sampai ke sana satu hari nanti 🤲

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.