12 Tengahari Di Citra Delights Bandar Baru Keningau

Ini di Citra Delights Bandar Baru Keningau, hari ini jam 12.00 Tengahari

      Klik Sini Infor Tanah Oganik & Baja   

Keputusan Pemeriksaan Darah 

Hari ini Etuza ada temujanji dengan Doktor di bilik 3 Hospital Keningau. Etuza memohon cuti hari ini untuk tujuan mengatur perjumpaan dengan Doktor Donna Lisa Julius. Memang terlalu ramai pasakit yang awal lagi datang menunggu giliran bersemuka dengan Doktor bagi mendapatkan rawatan dan bekalan ubat-ubatan.

Hasil pertemuan dengan Doktor Dona Lisa, Doktor mengatakan keputusan darah Etuza pada tahap yang baik iaitu gula dalam darah pada bacaan 4, kolestrol bacaan 3.7, buah pinggang baik normal dan tekanan darah juga tahap normal. 

Apa yang perlu dilakukan ialah tingkatkan tahap kesihatan, dengan mengelakkan makanan berlemak dan banyakkan makan makanan rebus dan kurangkan pengambilan gula. Kuih muih kena ambil kuih yang kurang berminyak. 

Doktor kemudian memberitahu perjumpaan ke hadapan lagi ialah pada 5.01.2026.Tetapi sampel darah dan spesimen perlu diambil lagi sebelum berjumpa dengan doktor. Mulai lah Etuza berfikir urat dijarum dengan jarum halus ngeri juga sebenarnya dijarum.

Situasi awal pagi di Hospital Keningau hari ini..ramai bukan kepalang


Jalan-Jalan Cari Makan Di Bandar Baru, Keningau.

Sebaik keluar dari hospital Etuza menghubungi anak dan anak menantu agar ke Bandar Baru Keningau, kerana terasa hendak ke Citra Rasa Delights permis baru restoran yang nampak sangat cantik dan menyajikan makanan atau pelbagai juadah yang fresh serta baru di masak sebaik menjelang 12.00 tengahari. Sewaktu ketibaan Etuza, permis ini memberi notice dibuka pada jam 12.00 tengahari. Bermakna semua makanan akan di masak sebaik selesai  oder oleh pelanggan.

Kami masuk ke dalam dan mengambil posisi agak dalam dekat dapur masak yang sangat bersih dan kemas sekali. Pengurus Citra Delights nampak dan melambaikan tangan kepada kami, kerana  Etuza mengenalinya dan pernah bergambar bersamanya.

Cepat dan tangkas sekali pelayan menyajikan juadah kepada pelangan. Sebaik pintu dibuka pelanggan berpusu-pusu masuk ke dalam dan berebut hendak mendapatkan tempat duduk. Seperti ada pelanggan di luar terpaksa menunggu tempat,  sebaik ada pelanggan yang keluar sesudah selesai jamah makanan pelanggan yang menunggu itu kemudian masuk. 

Kepada sesiapa dari luar Daerah  Keningau melancong ke Keningau pergilah di Bandar Baru Keningau dan cari tempat makan seperti Citra Delights yang anggun ini. Sajian makanan kami ada dalam wall blog ini. Jumpa lagi di artikal baru.








Cucu kesayangan juga ikut bersama, tetapi tak makan, makan roti perasa pisang makanan baby.

Minuman anak-anak..mesti air sejuk..
 
Kopi Tenom Klasik..kurang manis 












Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Cantik bacaan gula Etuza. Tentu aktif orangnya, banyak beraktiviti dan keluarkan peluh. Aoa pun memang kena jaga pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Mudah-mudahan sentiasa sihat.

    BalasPadam
  2. Kalau hospital kerajaan memang tak pernah lengang. Sedap2 semua makanan ye.

    BalasPadam
  3. Cantiknya logo Citra Delights tu di buat dari huruf CD. Di susun2 jadi logo

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.