" Bakso Rindu" Di Wisma Merdeka Kota Kinabalu, Sabah.

Selamat datang di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

" Bakso Rindu" Di Wisma Merdeka.

Selamat malam dan bersua lagi di wall blog ini. Agak lama juga tak bersiaran, kembali bekerja dan kita semua berpuasa maka ada saja kerja rutin yang kita  lalui selain masih hidup serta nyawa dikandug badan. Masa ini juga kita berpuasa di bulan Ramadan, pasti ingin beribadah sebanyak-banyaknya hingga meletakkan pengisian catatan dalam blog bukan dalam perkara keutamaan, sebab itu banyak blog terlihat belum update atau kemas kini , termasuk blog Etuza.

Sebelum ke Kuala Lumpur pada 4.02.2026, kami mencari tempat makan di Wisma Merdeka. Memang perut berbunyi agak lapar kerana hampir petang di Kota Kinabalu, Sabah. Penerbangan hari itu ialah pada Jam 10.00 malam dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Kula Lumpur. Nampaknya harus stay di Lapangan terbang dalam beberapa jam.

Kami berempat kemudian tertarik hendak duduk dan mengambil makanan di Restoran Bakso Rindu.Menarik juga nama restoran mereka ini. Bakso Rindu yang telah disajikan memang secukup rasa.Alhamdulillah, dengan sabar menunggu makanan. Tiba- tiba ada di depan mata. Memang hebat cara sajian yang dilakukan. Rasa Bakso Rindu memang sangat hebat, sedap dan memang berseni ramuannya.

Sepertinya hendak ulang datang makan di Wisma Merdeka. Bakso rindu menjadi tempat santapan. Sebaik selesai makan di Restoran Bakso Rindu,kami berlalu menuju ke KKIA ( Lapangan Terbang). Bakso Rindu beroperasi dari awal pagi hingga ke malam. Terbaik restoran ini, kerana semua pelayan tersenyum indah   ramah pemilik restoran ini. 

Sebelum flight ke KLIA pada 4.02.2026, cari tempat makan di Wisma Merdeka KK.

Ambil gambar kenangan di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Bersama Suri Hati dan Ipar
" Bakso Rindu" Pertama kali jejak kaki di restoran kecil molek ini..

Kesibukan di 'Bakso Rindu"..tempat menarik yang ada daya tarikan tersendiri..

Iklan dan promotions 

Mybe boleh makan free ke? tak berani pula buka tutup masa di Bakso Rindu.


Menarik, cantik lampu hiasan yang anggun..ada pesonanya



Inilah sajian itemewa dari Bakso Rindu..memang kena dengan selera rasa.

' Bakso Rindu" depan mata..

Nasi ayam penyet juga mempersonakan..

Catat Ulasan

0 Ulasan