Bunga ros mekar menjadi sumber minyak wangkin Mawar Damask di Arab Saudi.
Ladang Ros Di Toif, Arab Saudi.
Ladang ros di Taif, Arab Saudi, terkenal dengan pengeluaran ros Damask berkualiti tinggi yang mekar setiap musim bunga. Ladang-ladang ini memproses bunga untuk minyak wangi dan air mawar, yang digunakan secara meluas termasuk untuk membersihkan Kaabah. Ia adalah destinasi pelancongan popular yang menawarkan pengalaman melihat penyulingan minyak wangi secara tradisional.
Berikut adalah butiran mengenai ladang dan industri ros di Taif:
Lokasi & Tarikan: Terletak di kawasan pergunungan Taif (seperti Al Hada), kawasan ini mempunyai lebih 50 kilang minyak dan air ros.
Produk: Kilang seperti Al Khamal Roses Factory menghasilkan sabun, penyembur, dan minyak wangi.
Proses Penyulingan: Dianggarkan 2,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan kuantiti tertentu minyak wangi.
Pengalaman Pelancong: Pengunjung boleh melihat proses penyulingan dari awal hingga akhir, serta melawat kebun berdekatan yang menanam pokok tin dan delima.
Saya link kan vedio sini, untuk anda melihat panorama ladang Bunga Ros di Toif. Masa kami ziarah
Ladang Bunga Ros masa umrah kami, kelihatan ada bung ros kering dan memang belum berbunga,
dikatakan Bunga Ros tersebut akan mula berbunga pada bulan Mac hingga April.
Ada juga Etuza membeli minyak wangi yang agak mampu milik sebanyak 4 botol kecil
seperti bentuk botol dalam gambar. Pastinya setelah dihidu Etuza berminat pada 4
botol di dalam gambar. Memang sangat harum dan serasi di hidung.
Minyak wangi yang Etuza beli, minyak wangi ini semua daripada perahan air Bunga Ros di Toif.
Masuk ke kawasan Ladang Ros di Toif ini, kita dari jauh terhidu wangian yang sangat luar biasa.
Bertali arus jemaah Umrah dari pelusuk Dunia datang ke ladang Ros ini..
Jemaah memilih wangian yang disukai..semburan menyebabkan sekeliling permis jual minyak ini harum semerbak.
Kedai ini pertama kali di datangi..saya beli 4 botol minyak wangi, niat nak pakai bila ke Masjid di kampung halaman.
Ini antara jualan minyak wangi dalam kotak yang cantik berseri-seri..wangian khas untuk wanita.
Sempat menonton bagaimananbunga ros itu di proses menjadi minyak wangi..
Santai di ruangan rehat dan boleh minum di sini..
peralatan memproses bunga ros menjadi minyak wangi.
Ambil gambar kenangan di kilang pros minyak wangi dari bunga ros. Bukan selalu ..alhamdulillah.
Unik batu batuan disusun membentuk dinding dan sempadan di kilang ini..
bestnya dpt visit tmpt ni. MZ memang rose lover! zmn MZ buat umrah thn 2012, tak de itinerary visit ke sini...setakat gi tmpt2 biasa ajer - jabal nur, bkt uhud, ldg kurma, ldg unta...gitu2 jer iti nya
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.
8 Ulasan
Bestnya bau bunga ros.
BalasPadamMasya Allah... rezeki dapat hidu aroma bunga ros. Dulu kami ke sana musim sejuk. Pokok ros sedang 'mati'.
BalasPadambestnya dpt visit tmpt ni. MZ memang rose lover! zmn MZ buat umrah thn 2012, tak de itinerary visit ke sini...setakat gi tmpt2 biasa ajer - jabal nur, bkt uhud, ldg kurma, ldg unta...gitu2 jer iti nya
BalasPadamSedapnya bau aroma bunga ros.
BalasPadamrasa menyesal pulak saya tak masuk kilang bunga rose tu. tengah sibuk makan sate unta dgn kunafa kat bahagian bawah, huhu
BalasPadamMasuk sini mesti melekat bauan rosa dibadan.
BalasPadambagus program ziarah ini...boleh menambah ilmu
BalasPadamkalau bau yang kita suka tu, kadang pakai jimat jimat je perfume tu kan cikgu
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.