| Biji bunga telang dari Blogger Lyadia sudah tumbuh membesar. |
Bunga Telang Putih Di Laman Etuza.
Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana dengan izinnya biji benih bunga telang putih teklah tumbuh di laman Etuza. Bermakna koleksi bunga-bungan dan herba semakin bertambah di laman.Rasanya tidak sabar melihat kuntum bunga telang. Di laman terlebih dahulu menanam bunga telang warna biru dan masih ada hingga kini.
Bunga herba ini serbanarnya sangat berkhasiat dijadikan jus minuman yang membantu menyihatkan tubuh badan. Terfikir bahawa Allah jadikan sesuatu termasuk bunga telang melainkan ada hikmahnya akan tetapi kita yani manusia yang tidak mengetahuinya. Hendak cari infor tetang khasiat bunga telang KLIK laman Blog "Hidup Itu Indah" ~ Blogger Lydia.
Koleksi Bunga Keladi RERE Kini Membiak.
Dua jenis bunga keladi di Laman Etuza juga kini semakin membiak dan bakal memeriahkan laman, kerana anak bunga keladi semakin banyak. Bunga keladi rere ini telah pun ditempah oleh penggemar bunga keladi. Daun bunga keladi ini merah dan bentuk yang sangat menarik tidak jemu mata memandang. Keladi kedua daun bercorak dan kelihatan berurat. Sebab itu keladi bercorak merah dan putih ini di namakan ID nya ialah Keladi Urat Daging. ( Ada-ada ja orang namakan kan) tujuan nama itu sekadar hendak komersilkan bunga keladi RERE ini dan menjadi ID tersendiri.
Salam bertani.
Mari Klik Shoppee.
Klik baju raya murah dari Shoppee. Klik untuk melihat harganya.Menarik baju ini, berbagai warna kelihatan ringan dipakai dan boleh dipakai kemana sahaja, seperti dipakai santai jalan-jalan dan apatah lagi di hari raya. Menariknya, klik lah Shoppee.
| Nama tempatan kami gelar, letup-letup. Pernah baca herba untuk kesihatan jantung. |
| Bunga keladi daun merah yang kelihatan licin berminyak pada daun keladi ini. |
| Anak pokok bunga keladi urat daging semakin rimbun. |
| Bunga Keladi Urat Daging, gambar indung bunga keladi urat daging. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.