Pak Kopi Keningau berdepan dengan Jabatan Tenaga Kerja Buruh Keningau di kawasan Appolo
👉 SK. Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah Tersenarai Sekolah Cemerlang . Klik untuk baca.
👉 Warung Tok Mud, Langkawi ( Cempaka Biru) Nama tempat makan yang unik.
Pak Kopi Di Keningau.
Tarikh 21/10/2025, Selasa, Etuza naik ke Kota Kinabalu, ibukota negeri Sabah yang terkenal dengan kemajuan pembangunan dan suasana metropolitan, kota besar yang gah di Sabah, pelancong tertarik ke Sabah berkait rapat dengan keindahan Kota Kinabalu. Sebelum naik ke Jalan Kimanis, kami ke kawasan Appolo dahulu, hendak pastikan soalan UASA sudah diperbanyakkan atau tidak oleh pemilik Kedai Bintas Potocopy. Klik SINI.
Pak Kopi Lebih Kepada Penggemar Kopi Kaum Lelaki.Termasuk Pak Etuza.
Tanpa disedari ternampak banner kedai baru pintu kaca dan ruangan depan yang kecil menarik untuk di lihat. Terasa ingin melihat di dalam kedai ini ada kopi apa hingga nama kedai ini ialah PAK KOPI SINCE 1969 KENINGAU.Lain macam nama kedai ini, tetapi Pak Kopi tu maksudnya ditujukan kepada sesiapa yang gemar minum kopi khasnya kaum adam kaum lelaki yang kebiasannya suka minum kopi termasuk Pak Etuza sendiri. Atau juga kerana pekerja adau pemilik kedai ini dikalanan Lelaki maka jadilah Pak Kopi Keningau.
Melihat di dalam kedai Pak Kopi Keningau, walaupun kecil tetapi semua peralatan tersusun rapi.Pekerja memakai serba hitam dan ada topi juga hitam. Etuza tidak mengambil gambar kerana tidak membawa handphone. Sebenarnya anak Etuza yang masuk membeli kopi ini.Kopi Ais rupanya. tetapi boleh juga minta kopi panas. Minuman kopi yang Etuza pegang itu kopi anak Etuza. Etuza pegang kerana anak masuk market Speedmart untuk membeli mineral.
Berbagai Harga Kopi Mengikut Nama Jenis Minuman Kopi.
Pelbagai nama kopi dan harga yang ditawarkan dalam Pak Kopi Keningau. Etuza perhatikan harga ada yang mencecah RM12.00. Kepada yang benar-benar tegar minum kopi dan kopi berais di sediakan dengan berbagai rasa kopi tidak hiraukan harga asal gian minum kopi tertunai. Nampaknya Etuza akan datang ke Pak Kopi Keningau untuk memsan minuman berasaskan kopi mereka. Tidak sah jika Etuza tak mencuba Minuman Kopi Keningau;Semoha sesuai masuk tekak nanti. Jumpa lagi pada artikal baru.

20 Ulasan
Saya penggemar kopi suami juga penggemar kopi. Sehari tak dpt kopi rasa tak lengkap hari2 kami. Hihihi!
BalasPadamSekarang kopi dalam paket 3 in 1.Tu yang orang dah malas bancuh, kena lah pergi ke Pak Kopi ni..
PadamLama dah bertapak...
BalasPadamPerniagaan mereka tu mul, tepapi dekat keningau baru ja di buka ni ya
PadamTeringat Kopi Tenom! Harum aromanya.
BalasPadamRamai peminat kopi Tenom, kopi kapal tu jg dari Tenom, Sabah..
PadamInsyallah nak pergi ke Pak Kopi ni bila ke Keningau tahun depan :D
BalasPadamInshaAllah , welcome in my country ustaz..
PadamUii..since 1969 ..lama dah tu .saya pun penggemar kopi..saya suka latte.. biasanya anak-anak yang belikan
BalasPadamRasanya mereka jalankan bines ni sejak 1969, tetapi ni baru diadakan di Keningau ya ustaz, tak ada muka kedai ni dahulu, di area Appolo, Apollo ni kedai prabot terkenal di Keningau. Baru ni di buka ya..
PadamOh? Penagih kopi juga? Gimifai!
BalasPadamYa, memberi motivasi juga kopi kan wak.hehe
PadamLama juga ye kedainya Sesekali layan boleh le tak boleh selalu
BalasPadamSaya catat dulu tempatnya. Sebagai penikmat kopi, saya tak pernah nak skip tempat2 kopi menarik bang. Pasti teringin coba. Apalagi kopi hitam tanpa gula pakai Ice. Paling sedaaap.
BalasPadamyeay..boleg geng. MA pun mesti nak kena kopi jugak hari2...
BalasPadamSaya pun suka minum kopi, cikgu. Hehe...
BalasPadamSaya minum kopi tapi cuma sekali-sekala. Kalau kerap sangat boleh diserang GERD dibuatnya.
BalasPadamkreatif betul nama kedai ni..dan kira laris maju sbb dh lama tu bertapak
BalasPadamLamanya dari tahun 1969. Hebat masih bertapak sehingga sekarang.
BalasPadamPak Kopi ini rupanya kedai jual pelbagai jenis kopi. Boleh cuba lain-lain kopinya nanti.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.