Bahan Bacaan
💁Rasulullah SAW menangis apabila bercerita tentang neraka.
💁Siapa cipta Google untuk warga net?
Semporna, Sabah Daerah Taman Laut.
21/10/2025 bersempena cuti Deepavali, memang sesuai untuk pergi melawat ke tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Dan nampaknya adik bongsu Etuza dan keluarganya memaklumkan kepada kami adik beradik,mereka akan ke Semporna dalam sehari dua.Etuza juga pada tarikh 21/10/2025 pergi ke Kota Kinabalu, Sabah untuk mengiringi anak ke Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jalan UMS.
Antara tempat menarik yang keluarga adik bongsu sempat lawati ialah antaranya di Pakalangan Bay, Semporna, Muzium Tun Sakaran dan banyak lagi seperti gambar yang dikongsikannya di group whatsupp kami adik beradik.Etuza amat tertarik melihat panorama Pakalangan Bay dan Muzium Tun Sakaran di Semporna. Pakalangan Bay Tempat yang cantik, menarik dan rekreasi untuk perkelahan keluarga. Boleh buat BBQ juga di kawasan menarik ini.
Tempat Ini Sangat tenang dan Menarik.
Wow, Amazing place to come in Semporna. Beyond of my expectations. Tidak terfikir untuk mengkaji keindahan setiap Daerah di Sabah Bayu, melainkan hanya terfikir keindahan banyak tempat di sekitar Kota Kinabalu. Tidak pernah terbayang tempat Di Semporna, Sabah. Rupanya tempat ini sangat tenang dan menarik. Sesiapa yang mencari tempat rekreasi santai, datanglah ke Pakalangan Bay Semporna. Anak - anak boleh mandi, kerana kemudahan restoran makanan harga berpatutan ada tempat rehat untuk harijadi yuran masuk rm2 sahaja.
Kemudahan yang disediakan serba lengkap restoran,cafe, pondok, BBQ port, surau, tandas, kedai cenderamata dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.Datanglah ramai- ramai ke Pakalangan Bay, Semporna. Pasti antara yang akan datang melawat tempat ini lalah Etuza sendiri.
Mari Bersama Melihat Gambar Kenangan Keluarga Adik Etuza Di Semporna. Etuza mohon maaf kerana kurang informasi berkenaan banyak tempat yang adik lawati di Semporna. Etuza tidak berkesempatan melihat informasi tentang keindahan Semporna, tetapi berpuas hati dengan melihat gambar perkongsian family Etuza. InshaAllah ada masa Etuza buat kajian lagi tentang Semporna.

10 Ulasan
Banyak tempat menarik di Semporna.
BalasPadamSayangnya baru-baru ini pelancong barat telah viralkan keadaannya yang kotor.
Ada saya baca hal tu, apapun moga ada kesedaran yang tinggi masyarakat di Semporna ya
PadamMenarik Semporna ini.. insyallah plan akan berkunjung ke sana tahun depan.. :D
BalasPadamAssalamualaikum cikgu.. saya pernah pi semporna, jalan-jalan sekejap curi masa sewaktu misi di kunak..btw terima kasih atas pemberian hadiah.. sangat menghargai
BalasPadamSemporna ni syurga makanan laut kan Etuza, doakan kak ana satu hari nanti sampai ke negeri di bawah bayu ni , in syaa allah
BalasPadamGembira betul anak saudara Etuza dapat makan makanan laut.
BalasPadamPopular Sempoerna ni dengan orang utankan?
Saya pernah baca ttg semporna ini. Memang cantiiiiik dan teringin sangaaat nak kesana 😍😍. Semoga nanti bisa visit juga. Apalagi kalo daerah laut, makanan seafoodnya pasti segar kan 👍👍
BalasPadamRamai kawan saya yang dah sampai ke Semporna untuk bercuti di pulau2 di sana. Saya pun teringin jugak nak ke Semporna tapi belum ada rezeki lagi.
BalasPadamzmn2 bujang dulu2..MZ ada 'kawan' yg kerja (ngajar) kat semporna ni...so nama semporna ni rasa familiar jer wpun lokasinya di negeri bawah bayu
BalasPadamSaya pernah tengok di TV saja, Semporna ni. Laut di Sabah cantik, cantik, saya rasa. Tak pernah sampai ke sana lagi. Mungkin satu hari, Insya-Allah.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.