Sejenis bunga di laman Etuza, tidak pasti nama spesis bunga ini..kelihatan unik dalam gambar.
Sabtu Hujung Minggu Hanya Di Rumah.
Sabtu 25/10/2025, hanya berada di rumah sahaja, sesekali ke luar rumah melihat persekitaran dan memantau ayam peliharaan, mana lah tahu ada anjing datang mengejar ayam kampung. Untuk informasi, telah banyak ayam peliharaan Etuza dibaham sang anjing yang tak berhati perut dan biawak yang ganas bagaikan blader tayar yang sukar dilukai, asbab kulit biawak amat tebal dan keras.
Mau saja Etuza belikan racun lumur pada sisa makanan bagi anjing liar makan di tepian pagar rumah, Tapi...berfikir anjing ini makhluk tuhan, biawak juga hidupan alam yang meliar di sekitar tanah kebun Etuza ini. Kadang hati sayu, sedih dan ada rasa putus asa untuk meneruskan usaha memelihara ayam. Sepantas teringat pesan arwah ayah, pelihara lah ayam, kerana di kebun tempat tinggal kamu sesuai pelihara ayam. Ya, begitu kata arwah ayah, masa itu ayah masih hidup dipembariangn berpesan agar Etuza ambil ayam peliharanannya di danau dan bawa ke tempat tinggal Etuza.
Salam Bertani, Klik Gambar Serangga Dan Memantau Tanaman Di Laman.
Adik bongsu datang menghantar oleh oleh atau buah tangan dari Semporna. rasa terharu dihargai oleh adik. Etuza kemudian berikan satu try telur kepada adik, niat memberi dengan ikhlas. Tinggal 3 try telur ayam yang telah pun sejak hari Jumaat telah ditempah oleh kawan -kawan.
Etuza duduk di anjung ( sulap kecil tepi kanan rumah ) melihat persekitaran. Nampak buah betik masak di pohon 2 buah. Sesuai di petik dalam keadaan sederhana masak. Etuza teringat tanaman pokok terung, pokok lada hijau dan pokok tomato. Semalam hujan pasti kini semakin subur. Jangkaan Etuza tepat kerana ternyata tanaman ini semakin subur dan membesar. Etuza dan suri hati perlu rajin meletakkan tanah hitam dan tanah organik serta kokopit. Seronok melihat tanaman subur dan tidak rosak teruk akibat serangan serangga.
Ambil Gambar Serangga Perosak daun Tanaman.
Tiba-tiba berterbangan serangga perosak, Etuza tertarik mengambil gambar dan cuba mengejar serangga kecil ini sekadar ambil gambar dan melihat nanti dalam album phone. Ternyata menarik, lalu teringat blogger 💁Wak Lat dan seorang teman di FB bernama Jacson. Teman ini selalu pos serangga yang berbagai keunikan di FB.Kadang tertarik Etuza melihatnya keunikan setiap serangga ciptaan Allah. Boleh lihat serangga di wall blog Etuza. Sekadar mengisi mewarnai blog ini.
Lazat Buah Betik Makan Sebiji Di Anjung Di Laman.
Betik yang masak dipetik, sebiji diberikan kepada Ipar yang sedang memancing tepi kolam miliknya. Sebiji lagi Etuza makan bersama suri hati dan anak ke tiga. Lazat tidak terkata, keaslian rasa dan rasa manis yang secukupnya adalah anugerah dari Allah. Dialah pemberi rezeki tanpa di duga. Alhmdulillah dapat menikmati vitamin C hari ini dan betik adalah buah pelawas yang membersihkan usus di badan.
Seronok ambil gambar hingga kedengaran azan Zohor memecah kesunyian sayup terdengar di teratak Etuza yang berada 1 kilometer dari Masjid kampung ini. Berhenti ambil gambar dan masuk rumah tunaikan solat wajib bersama suri hati.
Catatan Etuza hari ini, secara santai-santai sahaja, mengisi masa senggang hari Sabtu yang membahagiakan Etuza. Salam bertani, salam berblog, salam ukuhuwa fillah.Salam sayang anda semua.
Belalang hijau makan daun perlahan-lahan,
Lalat yang unik di laman ..tak pasti sesungut sentuh daun agaknya nak minum awal pagi.
Anak-anak ayam , awal pagi Jumaat ada 9 ekor, hari ini tinggal 8 ekor.Etuza kurung dalam reban
inilah keadaan bila jauh dari perkampungan. Biawak dan anjing liar makan anak ayam..sedih ..
belalang yang unik kelihatannya..
Serangga ini, tak pasti nama, serangga perosak ini mengeluarkan bau yang menyengat hidung.
Kelopak bunga tanaman labu putih ( pokok kundur )
Cantik bunga kuning tanda buah tidak lama lagi akan menjadi.
Serangga yang lemas di permukaan air..serangga ini pun Etuza tak pasti namaya.
Lady / kumbang yang unik..serangga ini juga mengeluarkan bau busuk..so jangan sentuh..
Cantik isi betik masak ini..
Ini sejenis lebah madu..kecil kecil lebahnya..bagaimana nak ambil madu..Etuza biarkan sebab masuk ke dalam tanah..
Pokok tomato..
Tanaman terung semakan banyak megeluarkan daunya..
Vedio ikan koi di kolam depan rumah, Mini Kolam Hiasan di laman.

19 Ulasan
Kesian anak ayam tinggal 8 jer.. mmg kalau kecik kena bela dalam sangkar jer.. byk pemangsa..
BalasPadamKecewa, anak ayam pandai kurang, tulah akibat saya lepaskan niat agar anak ayam cepat membesar dan kuat..rupanya ada anjing datang baham..
PadamSerangga yg mengeluarkan bau busuk tu kami panggil kesing. Pening kepala bila tersentuh badannya sbb baunya sangat kuat.
BalasPadamSubur anak² tomato dan terung. Semoga berbuah lebat 🤲🏻
Harap menjadi hingga berbuah tanaman ni..
PadamCantik-cantik gambar Encik Etuza ambil.
BalasPadamAlhamdulillah atas rezeki dan rezeki dipanjangkan dengan memberi.
Terima kasih..alhamdulillah
PadamBetik masak di pokok memang sempurna manisnya.
BalasPadamMenariknya ada lebah madu.
Lagi segar masak di pokok..jika lambat petaik tupai akan tebuk
PadamAlhamdulillah. Minat juga PE berkebun... Minggu lepas anjing masuk reban ayam pokcik Hanya sempat mencederakan dua ekor ayam peliharaan pokcik
BalasPadamSejak kecil suka ikut mak di kebun..mak tanam jangung, segala sayur ada, Etuza selalu bantu arwah
Padamsiram sayur tanamannya..
Assalamualaikum cikgu, moga sihat-sihat aje.. tengok tanaman dan haiwan milik cikgu teringat saya masa bebudak dulu di kampung, suka bercucuk tanam dan memelihara haiwan.. setiap petang bantu emak di kebun, macam-macam tanaman. tapi la ni tinggal di hutan batu..
BalasPadamAlhamdulilla, saya juga sejak kecil di ajar bertanam di kebun..mak selalu minta bantu siram tanamannya..
PadamSalam bertani.
BalasPadamBertani banyak risiko dan cabarannya.
Hati kena kental.
Seronok bila ada kebun sendiri. Saya cuba bertanam di tepi-tepi rumah aje, untuk layan diri hujung-hujung minggu melihat hijau tumbuhan.
BalasPadamehem, ada sebut nama wak erk., hehe tq cikgu
BalasPadamnama pokok bunga kata atas tu ialah BUDDHA BELLY PLANT (Jatropha podagrica Hook) .. hehe
Itulah resikonya kalau pelihara ayam bang. Ada predator lain macam biawak, ular atau anjing . Papa saya punya peternakan ayam petelur. Kandangnya memang dibuat tinggi. Jadi mencegah ular atau hewan lain memangsa mereka.
BalasPadamcute belaka gmbr2 serangga tu...keindahan alam dan makhluk ciptaan Tuhan, alhamdulillah
BalasPadamkalau anak ayam dikerjakan dek anjing kadang ralat sangat kan cikgu. ye lah ayam kan bernyawa, bila kena makan tu sedih la juga
BalasPadamSaya baca komen dari atas. Betul cakap Wak Warisan Tani. Hati kena kental bila kita bertani. Saya pun ada tanam pokok tomato dan betik. Harap dapat kutip hasil nanti. 😊
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.