Pak Kopi Keningau berdepan dengan Jabatan Tenaga Kerja Buruh Keningau di kawasan Appolo
👉 SK. Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah Tersenari Sekolah Cemerlang . Klik untuk baca.
👉 Warung Tok Mud, Langkawi ( Cempaka Biru) Nama temapat makan yang unik.
Pak Kopi Di Keningau.
Tarikh 21/10/2025, Selasa, Etuza naik ke Kota Kinabalu, ibukota negeri Sabah yang terkenal dengan kemajuan pembangunan dan suasana metropolitan, kota besar yang gah di Sabah, pelancong tertarik ke Sabah berkait rapat dengan keindahan Kota Kinabalu. Sebelum naik ke Jalan Kimanis, kami ke kawasan Appolo dahulu, hendak pastikan soalan UASA sudah diperbanyakkan atau tidak oleh pemilik Kedai Bintas Potocopy. Klik SINI.
Pak Kopi Lebih Kepada Penggemar Kopi Kaum Lelaki.Termasuk Pak Etuza.
Tanpa disedari ternampak banner kedai baru pintu kaca dan ruangan depan yang kecil menarik untuk di lihat. Terasa ingin melihat di dalam kedai ini ada kopi apa hingga nama kedai ini ialah PAK KOPI SINCE 1969 KENINGAU.Lain macam nama kedai ini, tetapi Pak Kopi tu maksudnya ditujukan kepada sesiapa yang gemar minum kopi khasnya kaum adam kaum lelaki yang kebiasannya suka minum kopi termasuk Pak Etuza sendiri. Atau juga kerana pekerja adau pemilik kedai ini dikalanan Lelaki maka jadilah Pak Kopi Keningau.
Melihat di dalam kedai Pak Kopi Keningau, walaupun kecil tetapi semua peralatan tersusun rapi.Pekerja memakai serba hitam dan ada topi juga hitam. Etuza tidak mengambil gambar kerana tidak membawa handphone. Sebenarnya anak Etuza yang masuk membeli kopi ini.Kopi Ais rupanya. tetapi boleh juga minta kopi panas. Minuman kopi yang Etuza pegang itu kopi anak Etuza. Etuza pegang kerana anak masuk market Speedmart untuk membeli mineral.
Berbagai Harga Kopi Mengikut Nama Jenis Minuman Kopi.
Pelbagai nama kopi dan harga yang ditawarkan dalam Pak Kopi Keningau. Etuza perhatikan harga ada yang mencecah RM12.00. Kepada yang benar-benar tegar minum kopi dan kopi berais di sediakan dengan berbagai rasa kopi tidak hiraukan harga asal gian minum kopi tertunai. Nampaknya Etuza akan datang ke Pak Kopi Keningau untuk memsan minuman berasaskan kopi mereka. Tidak sah jika Etuza tak mencuba Minuman Kopi Keningau;Semoha sesuai masuk tekak nanti. Jumpa lagi pada artikal baru.

1 Ulasan
Saya penggemar kopi suami juga penggemar kopi. Sehari tak dpt kopi rasa tak lengkap hari2 kami. Hihihi!
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.