Gambar bersama abang ipar, dan dua orang suami dan isteri dari Brunei Darussalam.
datang mereka semasa majlis perkahwinan anak ke 3.
Sumber dari Wikipedia.
Brunei , atau Brunei Darussalam, Rumah Yang Aman (Bahasa Melayu) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan gas yang terletak di sebelah utara pulau Borneo. Sumber ini dari ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Brunei)
Gembira Menyantuni Kehadiran Mereka Berempat.
Kenangan ini sebenarnya berlaku tahun lalu, tetapi oleh kerana banyak perkara hendak muatkan di blog maka terlepas moment ini. Namun ada juga gambar bersama meraka dalam majlis raya kami bersama family Mohd Zaini ini dari Brunei Darussalam. Jauhnya mereka datang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Etuza tahun lalu. Mereka datang berempat anak perempuannya Foja dan menantunya Hakim Sulaiman merupakan anak adik Etuza. Alhamdulillah sangat gembira menriam kehadiran mereka yang tidak Etuza sangka sangkakan.
Kami bersalaman dan berpelukan kerana terharu dengan kehadiran mereka, Hakim Sulaiman yang segak berpakaian Baju Melayu bersama isterinya Foja, juga hadir bersama ibubapa mereka. Mempersilakan mereka duduk di meja bulat, dan seterusnya mengambil juadah. Masa itu sangat sibuk melayan tetamu yang hadir silih berganti.Etuza mengambil mikropon dari pengacara mengumumkan kehadiran keluarga dari Brunei Darussalam, dari Negara jiran yang agak jauh.
Niat Dan Harapan Ke Brunei Menemui Keluarga.
Bersyukur dan berterima kasih, Etuza panggil ke hadapan Saudara Mohd Zaini dan perkenalkan dirinya dan keluarga kepada semua tetamu. Sopan santun dia bercakap dan penuh berhemah. Subahanallah.
Post ini, mungkin kah suatu masa Etuza dan suri hati pula datang ke Brunei Darussalam, kerana ada anak adik saya mereupakan menatu kepada saudara Mohd Zaini. Perkahwinan mereka berlangsung di Brunei tetapi masa itu Etuza tidak daoat hadir kerana mengiringi anak konvokesyen di Unimas Sarawak. Semoha harapan dan niat Etuza mengunjungi family di Brunei Allah kabulkan. Terasa hendak menemui mereka. Dan mereka sangat mengalu alukan kehadiran kemi ke Brunei Darussalam.
Saudara Mohd Zaini tersenyum semasa saya kenalkan dalam majlis kawin anakanda ke 3.
Bukan selalu dapat bersama, Etuza ambil kesempatan untuk menyantuni kehadiran mereka, jauh Brunei Darussalam. Alhamdulillah mereka sangat gembira layanan kami dan berniat akan mengunjugi kami lagi di Sabah. Mereka mempelawa kami ke Negara Brunei juga, bila bila masa katanya.
Esok 28/10/2025. Hari ini dalam blog ini akan ada kejutan. Semoga anda yang sering ke blog PE pakat - pakat datang jenguk wall blog ( ruangan paparan catatan blog). Semoga dimudahkan urusan dan jumap anda pada kejutan Entry ( entri) pada hari esok.Tunggu jumpa anda esok.
Gambar hari raya di rumah arwah ayah dan mak. Tinggal di rumah ini ialaha adik ke 3 Etuza.
Etuza abadikan gambar bersama sahabat masa ini dia YDP Pibagu sekolah tempat Etuza bertugas.Dan gambar ini kami bersama Cikgu Masrinah juga, hanya kenangan kini.

25 Ulasan
Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahim.
BalasPadamBegitulah hendaknya..alhamdulillah..
PadamAlhamdulillah. Saya ada seorang anak buah kahwin dengan orang brunei. Dia kerja di sana dan terpikat dengan kawan sekerja. Setiap tahun mesti cuti balaik malaysia bawa cucunya jenguk mak toknya di tangkak johor. Kena pergi cikgu best negara Brunei. Orang-orangnya baik2 belaka.
BalasPadamSama lah kita , ada anak buah jadi orang Brunei..Ya InshaAllah ada niat , semoga Allah mudahkan..
PadamAssalamualaikum cikgu.. moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. membaca n3 ceria ini saya turut merasa ceria.. sebut pasal brunei.. di antara tempat yang saya bercita-cita nak pi adalah brunei.. tapi belum berkesempatan lagi buat masa ini.. doakan saya dapat ke sana
BalasPadamInshaAllah pasti akan ada masa yang telah Allah atur untuk ke Brunei ustaz..kita doakan semoga terkabul niat .Aamiin..
PadamAlhamdulillah dapat berjumpa sanak saudara.. biasa majlis majlis beginilah kita dapat berkumpul dengan saudara jauh dekat..
BalasPadamYa betul wak..tepat sekali..yag jauh dan dekat datang bersama2
PadamAda kelapangan nanti, bolehlah berkunjung ke Negara Brunei pula Cg ye. Seronok ada adik beradik saudara mara utk diziarahi di sana.
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih suporrt
PadamAda kesempatan boleh la cikgu ke Brunei pula ye menziarah saudara mara di sana
BalasPadamInshaAlah terima kasih ya..
Padamsalam ziarah, semoga silatulrahim berpanjangan
BalasPadamTerima kasih kunjuang ini ya..
Padammak saya asal singapore, bila saudara mara datang dari singapore rasa sangat gembira walau saya dan keluarga jarang nak ke sana sebab matawang yang tinggi... seronok kan bila orang jauh menyantuni kita... semoga persaudaraan akan kekal hingga akhir hayat dan keturunan kita semua
BalasPadamBetul, rasa gembira kehadiran saudara jauh, tak sangka mereka datang..
PadamWah! Besar nya keluarga... Berlainan warga negara
BalasPadamAda aank buah berumahtangga di Brunai..anak adik Etuza .Terima kasih ya wak..komen wak amat disenangi..
PadamSenaaangnya hati jika ada family yg menyempatkan datang ke acara kan. Darj jauh pula. Saya pernah sekali ke Brunei. Menarik tempatnya...
BalasPadamAlhamdulillah Fanny kelihatan banyak tempat dah pergi..semua itu rezeki Fanny. Terima kasih ya datang baca dan komen catatan wall blog saya ni.Datang lagi ya, terima kasih.
Padambestnya ada family kat negara jiran...saya tak pernah lagi sampai kat brunei ni...teringin jugak lah kalau ada rezeki
BalasPadamJauh saudara datang semasa majlis perkahwinan anak Cikgu. Semoga ukhuwah berpanjangan.
BalasPadamAlhamdulillah semoga hubungan silaturahimnya berpanjangan hingga akhir hayat.
BalasPadamAlhamdulillah dapat bertemu dan merapatkan ukhwah
BalasPadamSemoga Cikgu Etuza dan isteri dapat ke Brunei. Seronok juga Brunei ini walaupunnya negaranya kecil.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.