Buah Nanas Santapan Tupai Dan Anjing. Realiti Di Kebun.

Tanaman nanas yang mati tak mahu, hidup segan. Ditenggelami rumput.

Pembersihan Kebun. Pemandangan Menerobos Jauh Ketepian.

28.10.2025 jam 11.00 pagi hari Selasa, Kudin memberi mesej, mengatakan akan datang tengok kebun dan cuba bersihkan bersama tiga orang ahli keluarganya. Kudin minta sediakan minyak dan 2ti. Etuza dah seminggu sediakan 20 liter minyak petrol dan sebotol minyak 2ti. Menerobos maksudnya membuka jalan dan jauh boleh dipandang ke tepian tanah kebun, dan hingga ke sempadan tanah kebun jiran.Atau kata lain rerumput telah dibersihkan menjadikan kawasan kebun lapang dan saujana mata memandang. Itulah maksud yang Etuza maksudkan. Menerobos.Perkataan baru bagi Etuza.

Tanaman nanas di kebun hari ini pembersihan hampir disiapkan. Esok team Kudin akan selesaikan pembersihan  jika mereka awal pagi datang menyambung projek pembersihan  di kebun Etuza.Dibersihkan rumput dan tebang anak-anak pokok kayu yang kian meninggi dan membesar. Etuza melawat tapak tanaman nanas yang bukannya banyak, kelihatan dalam gambar Mati Tak Mahu, Hidup Segan. Rupanya banyak buah nenas telah menjadi mangsa haiwan liar, selain tupai, Etuza perhatikan cara haiwan membaham buah nanas, sepertinya anjing yang memakan buah nanas ini. Inilah keadaan bila  tanaman nanas tidak berapa terjaga, kebun dekat rumah tetapi rumah kami jauh dari perkampungan.

Ayam Peliharaan dan Buah Nanas Dimakan Anjing Liar.

Anjing liar merayau. Selalunya anjing akan singgah menganggu ayam peliharaan Etuza. Selain biawak, anjing juga datang memakan anak ayam, ayam betina dan ayam jantan. Sedih sekali, sebab ayam peliharaan Etuza semakin berkurangan. Terfikir hendak letak racun tetapi belum tega kerana anjing liar itu sebenarnya anjing peliharaan ipar Etuza sendiri. Rumah mereka 300 meter dari rumah Etuza.Anjing itu selalu tak cukup makan, terbiar dan inilah kejadian anjing itu mencari ayam untuk dimakan. Sudah maklumkan namun anjing itu masih tidak dikurung.

Kebun kami dibersihkan, nampak bersih dan indah mata memandang. Kawasan rumah Etuza berpagar pada hadapan rumah sahaja di tepi jalan raya, tepi kiri rumah terbuka sebab itulah anjing dan biawak datang mencari ayam dijadikan makanan sarapan pagi haiwan pemangsa ini.

Berjalan melawat ke beberapa kawasan, nampak pokok manga, pokok langsat dan pokok cempedak. Alhamdulillah telah dibersihkan semua. Kenalah keluarkan  ringgit melunaskan  kos pembersihan, berapa mereka minta Etuza belum pasti. Semoga mampu memberi dengan ikhlas. 

Baiklah boleh kita teruskan melihat beberapa gambar Etuza kongsikan dalam blog ini. Terima kasih kepada teman blogger yang sabar ke laman Etuza. Terima kasih sekali lagi.

Pokok nanas daun runcing, kurang subur apabila di tenggelami rumput meliar.

Buah nanas muda..

Buah nanas saiz kecil..Baru dibersihkan petang 28/10/25

Tupai atau anjing yang makan, seperti dimakan anjing liar.

Beginilah jika rumput panjang, nanas pun mati tak mahu hidup segan.

Buah nanas masih muda

Jenguk juga pokok kantan di kebun.

Kebun getah bersih hari ini, alhamdulillah..Terima kasih Kudin dan team

Pokok rambutan berbuah lebat..

Serlahan bunga kertas EVA PUTIH daun Hiaju.
                                                                                                                                                    
Ayam jantan ini, baru meningkat remaja. Tapi kecewa telah dibaham anjing akhirnya.

remuk redam hati ini, ayam betina di terkam anjing jalanan,
di makan  lenyap kini ayam betina ini.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Anjing tu mesti kelaparan sangat sampaikan ayam pun di makannya. Sian anak-anak ayam.

    BalasPadam
  2. Mungkin kena bela anjing di kebun Etuza untuk menjaga dari gangguan anjing-anjing lain dan tupai. Kalau di kampung mertua saya pulak, nanas selalu dicuri monyet / pencuri. Kesian bapa mertua, penat2 tanam tapi hasilnya diambil orang lain.

    BalasPadam
  3. Banyak anjing liar di situ Cg ye. Baham ternakan dan tanaman. Mungkin boleh dipasang pagar jika tanahnya tak terlalu luas.

    BalasPadam
  4. mungkin kena pasang pagar bagi mengelakkan dimasuki anjing liar.. sayang juga, nampak banyak juga bilangan pokok nanas tu. moga beroleh gantian yang lebih baik..

    BalasPadam
  5. Sama ditempat pokcik... Anjing liar menjadi ancaman pada ayam itik yang diternak

    BalasPadam
  6. Allahu...takde rezeki kan...insyaallah ada rezeki lain...

    BalasPadam
  7. memang risiko kerugian sbb haiwan2 liar tu...moga2 ada ganti rezeki yg lebih baik Insya Allah

    BalasPadam
  8. luas kebun cikgu banyak tanamannya...kena pagar untuk elak anjing liar dll agaknya

    BalasPadam
  9. Tak pernah nampak anjing makan nanas kalau musang tu biasalah, tapi sayang betul kebun cikgu luas tapi tak dijaga...

    BalasPadam
  10. Kena pasang pagar keliling kebun kot, Cikgu. Kadangkala hairan juga saya, macamana anjing boleh gigit buah yang agak keras juga kulitnya, ya. Nampak yang anjing betul-betul lapar.

    BalasPadam
  11. Rasa2nya kalah nenas mungkin diambil oleh monyet atau tupai bang. Anjing tak suka nenas biasanya.

    Tapi jujur saya sedih baca part yg anjing ini tak dibagi makan dengan semestinya, jadi mau tak mau dia akan terkam ayam peliharaan... Kasian juga sebenarnya 😭. Semoga owner-nya terketuk hati utk kasih anjing nya makanan yg cukup

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.