expr:class='data:blog.pageType'>

Meriah Teka Bilangan Biji Mangga Manila Di Blog Amie's Little Kitchen.


Malam ini, sebaik berfungsi  elektrik yang putus talian dari jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam, selesai makan malam , minum dan solat Etuza ambil peluang on laptop hendak melayari internet dan pasti MEDSOS blogspot menjadi kegemaran Etuza untuk klik dan melihat paparan blog teman-teman maya. Pastinya membaca setiap informasi mereka. Dan paling Etuza suka apabila ada kemasukan catatan baru di wall blog mereka. 

Putus Talian Elektrik ( dari Jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 malam.)

Seperti biasa, Etuza melihat bloglist yang ada dahulu, sebelum klik blog sendiri. Nampak banyak blog yang naik teratas, menunjukkan mereka aktif dan menapak url https blogspot mereka di udara maya. Oleh kerana talian elektrik putus hingga malam harapan Etuza untuk melihat paparan blog Etuza tak kesampaian petang hari ini. Hanya dapat melakukan aktiviti  menyiram tanaman dalam pasu, menyiram bunga-bungaan di pasuan, memberi ayam dan burung makan dan memasukkan anak- anak  ayam ke reban di kebun getah. 

Kejutan Yang Tidak Pernah Menduga. Menyertai Hanya Meriahkan Giveaway.

Klik blog PE, membaca catatan sendiri, dan merasa  tak selesa rupanya masih ada ejaan salah. Akur mungkin mata tak berapa nampak paparan semua perkataan dan ayat. Akur juga usia faktor keadaan salah ejaan dalam mencatat cerita di blog. Maaf atas kelemahan ini. 

Maaf tidak terang, Etuza ambil gambar untuk original blog PE.

Tetapi Etuza begitu terkejut dan tak menduga sama sekali ada kejutan di ruang komen blog Etuza. " Minta email dan  "Tahniah saudara Etuza orang pertama meneka dengan tepat jumlah mangga manila " Lalu Etuza klik blog Amie's melihat catatan terbaru. Rupanya ada entry Pengumuman Pemenang Jom Teka Jumlah Mangga Manila Lagi!.(Sila klik). Teka dan meneka bilangan jumlah mangga manila di laman Amie's pernah Etuza terlepas dan hanya dapat meneka ketika acara meneka itu sudah tamat. Tekaan Etuza nyaris tepat, kali ini Etuza orang yang terawal dropkan tekaan. Alhamdulillah tekaan tepat jumlah mangga manila itu ialah 21 biji. Terima kasih kerana memilih saya sebagai pemenang pertama kali ini.

Gembira dan amat bersyukur ada berita baik hari ini.
Semua ini atas peluang yang Allah kurniakan. Alhamdulillah.

Gembira, Seronok dan Bahagia Menjadi Pemenang.

Etuza  baca hingga ke akhir catatan, nampak nama ETUZA dan link url blog Etuza dalam catatan. Perasaan gembira, happy dan seronok memang ada tetapi tak percaya juga ada.Sangat bahagia apabila terpampang blog Etuza menang dalam pengumuman tersebut. Secara langsung Ami'e menjadi blogger yang memperkenalkan blog PE di udara maya. Pasti naik pageview blog Etuza dalam statistik. 

Etuza segera tarik nafas dan bersangka baik, bersangka baik yang Etuza dalam bersaing dengan blogger lain, meletakkan tekaan bilangan mangga manila itu dalam ruang komen, Blog Etuza yang terdahulu drop komen itu adalah kebetulan baru saja Blogger Amie's publishkan entry Giveaway dalam blog miliknya.Kepada teman blogger lain, jika ada lagi acara meneka ini, mungkin rezeki untuk ada pula.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.