Gambar bersama suri hati 2023.
Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog.
Rabu, bersamaan 01.09.2025 masih dihadapan laptop setelah tertidur awal . Bangun dan cuba menyiapkan satu catatan berkaitan masa menyiapkan satu artikal dalam blog kita masing-masing. Seketika tadi termanggu harus apa keudara maya. Niat hendak sampaikan kepada pembaca ilmu pengetahuan dalam paparan blog ini, selain berkongsi gambar kenangan dengan ikhlas.
Melalui pengalaman Etuza sebaik terjebak dalam dunia blog akan berlaku keadaan kita kurang bermod mengurus blog, rumah maya yang kita tempatkan catatan dan pelbagai gambar informasi lain yang membantu memperelokkan persembahan blog peribadi kita. Kemudian akan berlaku kepada kita begitu lama menyiapkan satu artikal yang kita harap mempunyai kualiti dari segi infor menarik, persembahanan maya cepat paparan dan mesra klik ( seo friendly ). Selain itu berlaku juga serangan kekeliruan dari segi ejaan yang betul.
Kesalahan ejaan dalam blog, Etuza memang sering berlaku, tetapi bukan sengaja melainkan kejadiaan typo dan kesilapan ejaan tanpa memeriksa atau duble cek tidak dilakukan kerana lupa. Lalu terbit artikal dalam keadaan ada perkataan yang salah hingga salah sebutan.
Catatan dalam blog sebenarnya bukan mudah, bukan singkat masa hendak menyiarkan satu artikal di blog. Paling cepat mempamirkan sesuatau catatan di blog adalah 10 minit dengan content hanya gambar, dan keterangan gambar. Masa ini singkat lagi apabila kita lakukan kandungan di wall hanya sekeping gambar berbicara. 20 minit menyiapkan artikal di blog jika tidak bergambar.
Paparan wall blog memakan masa 45 minit dan sejam ( 60 minit ) jika melebihi 80 patah perkataan atau lebih. Ini berlaku kerana seseorang blogger akan memikirkan cara dan gaya penulisan dengan mengambil kira jenis fon tulisan, style tulisan, mengatur jajaran tulisan tengah atau jajaran seimbang beserta gambar penguat hujah.Catatan di wall blog yang disediakan hingga satu jam, menjadikan catatan oleh blogger itu lebih ILIMIAH dan Lebih MENARIK kepada pembaca maya. Biasanya paparan catatan pada blog cara ini ( kualiti ) akan mempunyai tajuk tajuk kecil dipaparkan, teratur dan ayat-ayat yang lebih naratif / menarik pembaca untuk membacanya hingga habis.
Sebagai seorang blogger kita boleh sahaja berada dalam lingkungan blogger 10 minit, 20 minit, 45 minit dan 60 minit ( sejam) mengikut keupayaan masing-masing. Justru itu marilah kita ambil muhasabah diri bahawa kita adalah antara pelontar informasi di laman sosial melalui blog secara sihat, positif dan berkarisma. Kita bukanlah blogger yang hanya membuang masa dengan arena blog, tetapi kita merupakan individu yang mempunyai banyak ilmu dan pengetahuan menerusi pembacaan. Selamat berkarya dan teruskan persembahan di blog dengan ikhlas di hati.
Minum jus oren di Macdonald Keningau.
Juadah makan tengahari Etuza hari ini , di Medan Selera di Bataras Bandar Baru Keningau.
Pada 9/9/2025
Ini juadah makan tengahari suri hati hari ini juga di medan selera Hypermarket Bataras, Bandar Baru, Keningau, Sabah.9/9/2025.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.