Blog Terkini Memerlukan Masa Terluang Agar Blog Tampil Kualiti & Terima Kasih AdSends

Harus fokus apabila kemaskinikan blog kesayangan anda.

Jumaat, 22.08. Blog kemas kini lagi, tetapi agak lama zahirkan idea atau publishkan catatan dan gambar hiasi blog PE kali ini. Bukan ketiadaan ruang dan masa tetapi agak banyak masa melihat berbagai gambar yang hendak disiarkan melalui Google Photo Play di handpone maka banyak masa berlalu. Mengumpul idea-idea yang baik untuk blog ini, Etuza kira begitu. Klik SINI dahulu. Terima kasih.

Screenshot Wall Blog Laptop Dapatkan Gambar Terini Blog.

Sejak kemarin Etuza terpanggil hendak ucapkan terima kasih kepada Google AdSends kerana luluskan permohonan Etuza daftar Google AdSends. Ada keperluan untuk daftar, sekurang-kurangnya ada manfaat kita berblog, lebih bersemangat dan boleh merencanakan idea -idea baru yang mungkin berguna pada blog kita atau berguna juga kepada blog lain. Pendek cerita apa saja tampilan pengisian blog kita positif kerana itulah identiti blog yang kita miliki. Selagi berada pada saluran yang dibenarkan oleh Google.

Dengan ini, disertai gambar screenshot pada wall laptop ini, maka tampil paparan gambar di Blog PE. Tanda TERIMA KASIH kepada Google AdSends, di mana blog Etuza kini ada iklan yang boleh pembaca maya klik untuk dapatkan informasi di PROTAL TAMU ( tempat Membeli Belah). Google AdSends ini agak ketat disiplin, kita ciplak entry orang terus iklan di Blog kita serta merta dihentikan atau paling sedih ditamatkan. Sedihkan. Dan TERIMA KASIH juga kepada pembaca maya yang sering klik iklan Protal TAMU di blog Etuza ini. Kehadiran anda menyerikan blog ini sebenarnya. 

Apabila Anasir Jahat Merosakkan Mood Blogger.

Kadang kala kita menemui kebuntuan para bloggers tanah air, untuk apa blog ini, dan hilang hala tuju blog yang mereka rasakan. Ya, tidak dinafikan akan hilang mood berblog, akan tiba kehilangan idea yang menyengat, kadang hadir pembunuh paling jahat untuk kemas kini kan blog iaitu KEHADIRAN MALAS dan Etuza pernah alami situasi itu. Jika datang anasir perosak jati berblog itu, segera lah berehat, ambil langkah cukupkan tidur, beristigfar banyak-banyak dan tidak salah minta Allah kuat kan semangat agar mendapat ilham yang terbaik untuk paparan di blog. Ambil jalan bersiar-siar bersama suri hati makan di luar bersama anak-anak, pasti ada situasi baru memberikan kita idea update kan blog. Percaya dan yakinlah. Pasti ada paparan baru di blog. 

Elakkan Terbuat Catatan Yang Kosong dan Hambar. 

Elakkan memaksa diri anda. Kerana jika terpaksa akan wujud catatan yang kosong dan hambar. Keadaan hambar itu dapat kita rasakan sendiri. Ingatkan diri anda bahawa kita kemas kini kan blog kerana ada niat iaitu paling tidak pun kita niat kan SAMPAIKAN ILMU BIAR SEPATAH. Infor resipi, tips kesihatan, cerita yang baik memberi motivasi atau juga tips berblogging. Maka teradaptasilah ilmu yang kita ada, kita telah sampaikan di blog dengan cara kita sendiri.

Nasihat kepada kita semua ialah sentiasa kita positif apabila membaca paparan blog kawan-kawan, hargai mereka dengan seikhlas hati, kerana kehadiran mereka di blog kita amat bermakna dan memberikan kesan kepada peningkatan blog kita sendiri.

Screen shoot paparan wall blog PE apabila iklan ADsends ke udara..nampak menarik.

Tampilan wajah blog PE apabila ada iklan Adsends..terima kasih Google Adsends

Terima kasih kepada pembaca maya Etuza kerana sudi membaca catatan dari hati Etuza
di blog ini. Datang lagi ya...

Tiba-tiba depan mata Wira Arobic ..telah bertukar pemilik..

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Cie apply GA asyik tak lulus je taktau la kenapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lagi ya..cuba cek semua data yang diperlukan..kena sabag GA ni..ketat disiplin, saya pernah 3 bula baru dapat..

      Padam
  2. Tahniah!
    Semoga tambah rajin menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..masa ni memang semangat..harap berterusan..sihat ..terima kasih ya

      Padam
  3. sy sentiasa diserang penyakit berbisa. penyakit M berblog. hehhee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dinafikan...cari cara nak hapus kan..mesti dapat atasi juga.inshaAllah..

      Padam
  4. sy ada gak pasang google adsense di blog tp skrg income sgt sendu...cuma 1 sen sehari. Hampeh. Baik x letak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah ..apa nak buat nak cuba ..dulu tak pernah ada G A ni..

      Padam
  5. Seronok lihat kereta yang pernah kita guna masih boleh memberi manfaat pada yang lain..
    Sedih kerana terpaksa melepaskan kereta yang banyak kenangan pada kehidupan kita.
    Semoga Linda terus rajin update blog, walaupun tiada adsense

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah..pasti ada idea yang baik kemas kinikan blog ya

      Padam
  6. Macam ni barulah rasa semangat! Ada 'pemangkin'!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ilham ini ( entry) mungkin dariNya juga wak ..terima kasih datang membaca..

      Padam
  7. Saya pula berjaya buang google AdSense awal tahun baru ini hihiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, saya baru ada GA, seronok pula tengok walau sedikit di berikan ..rezeki juga berblog ..

      Padam
  8. Tahniahnyer
    Semoga dapat menjana pendapatan tambahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 ada lah kan wak..baru nak belajar..

      Padam
  9. Tahniah Ciku, banyak iklannya...mcm-mcm .....tumpang gembira

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan blog pula iklan ni, suka tengok ada macam2 kan

      Padam
  10. Semoga terus sukses dan lebih bersemangat lepas ini tuan...ada iklan ada pendapatan dalam USD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya,..justeru ini antara lain membuat kita teruja berblog..ada benda yang kita tunggu apakah hasilanya pada saat matang

      Padam
  11. saya singgah BW ni. all the best in whatever we are doing insya Allah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.