Rezeki Yang Tidak Disangkakan.

Pisang kaling setandan petang hari ini tebang dan bawa ke rumah

#Hits artikal di laman Pesona Etuza , 123 tontonan hari ini. Sila klik SINI.
#Hari ini terlihat 643 followers blog Pesona Etuza, mohon tiada lagi unfollow ya, tenang kan diri dalam blog PE ini. Terima kasih sudi follow.

Hari Ahad, hujung minggu yang banyak memberikan kesempatan kepada sesiapapun melakukan rutin hidup ini. Banyak kesempatan melakukan kerja  yang akhirnya menjadi  kenangan yang manis untuk dikenangkan.

Rezeki Yang Tidak Disangkakan.

Nampaknya berat badan  Etuza turut naik apabila menjelang hujung minggu. Lalu mengambil langkah tidak menjamah nasi makanan ruji utama. Seharian belum menjamah nasi, hanya mengambil air putih dan beberapa kuih muih yang di masak oleh suri hati. Dari semalam perut agak kenyang apabila makan nasi beriani di Jamal Salim. Hari ini hanyak mengambil kuih untuk mengalas perut dan minuman air putih sahaja.

Masuk ke dapur, ternampak kuih yang melihatnya membuka selera hendak  makan. Ini lah rupa kuih dimasak oleh suri hati. Ubi kayu dihancurkan lalu di bulatkan menjadi doh dan di celup dengan tepung gandum. Agaknya kuih ini Kuih Ubi Kayu, rezeki yang tidak disangkakan, ubi kayu dari kebun sendiri.

Juadah lain di atas meja ialah bugger telur yang telah dihiris empat. Bugger telur ini Etuza oder dari Restoran Jamal Salim, di mana ada seorang pakcik di hujung kedai makan Jamal Salim membuat bugger dan dijual dalam harga RM4.00. Oleh kerana kenyang makan nasi beriani kami tak makan lagi bugger, tetapi menjadi sajian sarapan pagi hari Ahad yang ceria.

Banyak kerja hari ini hingga ke jam 5.00 petang.

Selesai sarapan pagi, ambil masa duduk santai di pondok dekat rumah. Sesekali angin bertiup menyamankan tubuh ini. Ahad yang indah menjadikan Etuza berfikir apa kerja yang perlu dimulakan. Rupanya apa yang ada di benak hati terlaksana dengan izinNya. Lalu terungkap lah bahawa Rezeki itu datang tidak disangkakkan.
 
Etuza cuba listkan kerja hari ini, ahad yang dapat dilakukan secara santai-santai di kebun dekat rumah.

1. Memberikan makan ( baja telur ) dan menggantikan air dalam bekas pada 4 reban ayam penelur Etuza, burung merpati dan ayam kampung peliharaan Etuza. 

2. Menanam anak-anak pokok cili bara, menggunakan pasu-pasu yang tidak digunakan dan polly bag ( bayung hitam )

3. Membersihkan rumput pada pasuan bunga kertas dan meletakkan baja subur, baja pembungaan, dan juga menambah kokopit dan tanah hitam pada setiap pasu yang sempat digemburkan tanah dalam pasu.

4. Membersihkan belakang rumah dan membakar ranting-ranting bunga kertas yang telah lama terlonggok. Hari ini kawasan belakang rumah telah bersih dan sampah telah di bakar.

5. Menyediakan tempat duduk   dan meletakkan meja dari kayu keras ( belian) di belakang rumah.

6. Menyiram anak pokok cili bara yang dan tanaman lain dalam pasu.

7. Menebang pokok pisang dan mencantas pisang ini untuk diperapkan dalam kotak kemudian dibawa ke rumah. Pokok pisang ini sebenarnya terbiar tetapi mengejutkan apabila berbuah dan saat buah pisang kaling ini masak  rasanya sangat sedap sekali. Satu-satunya pokok pisang dekat rumah yang Etuza tidak buang. Pisang lain telah Etuza musnahkan kerana menutupi pandangan ke arah jalan raya dan semakin semak dengan daun-daun pisang. Rasanya buah pisang yang cantik ini adalah rezeki yang tidak disangkakkan dekat rumah Etuza.

Kuih yang surihati buat pagi ini, kuih ubi kayu dohnya dicelup dengan tepung gandum..

Kuih ubi kayu, lembut dan enak sekali

Bugger telur  yang suri hati potong  untuk sarapan pada pagi Ahad

Kuih tradisional, kuih pinjaram , kuih yang terkenal di Sabah

Kuih yang sedap kuih talam ubi keladi kuih talam bijan

Gambar mee goreng ini ialah juadah pada hari Sabtu semasa gotong royong di sekolah

Manfaatkan kerusi simen dan meja belian di tepi rumah menghadap jalan raya. 

Anak pokok lada / cili bara di pasu dan di bayung hitam. Harap subur dan cepat membesar.


Cili bara di pasu kelihatan subur dan semakin tinggi..alhamdulillah

Tanaman pokok bunga kertas yang telah dicantas ranting-rantingnya. 
Ranting baru akan tumbuh

Bulan  Ogos adalah bulan merayakan Bulan Kebangsaan. Bendera dikibarkan 
tanda kemegahan dan keamanan negara Malaysia merdeka. Selamat Menyambut 
Bulan Kebangsaan tahun 2025



Catat Ulasan

0 Ulasan