Harus fokus apabila kemaskinikan blog kesayangan anda.
Jumaat, 22.08. Blog kemas kini lagi, tetapi agak lama zahirkan idea atau publishkan catatan dan gambar hiasi blog PE kali ini. Bukan ketiadaan ruang dan masa tetapi agak banyak masa melihat berbagai gambar yang hendak disiarkan melalui Google Photo Play di handpone maka banyak masa berlalu. Mengumpul idea-idea yang baik untuk blog ini, Etuza kira begitu.
Screenshot Wall Blog Laptop Dapatkan Gambar Terini Blog.
Sejak kemarin Etuza terpanggil hendak ucapkan terima kasih kepada Google AdSends kerana luluskan permohonan Etuza daftar Google AdSends. Ada keperluan untuk daftar, sekurang-kurangnya ada manfaat kita berblog, lebih bersemangat dan boleh merencanakan idea -idea baru yang mungkin berguna pada blog kita atau berguna juga kepada blog lain. Pendek cerita apa saja tampilan pengisian blog kita positif kerana itulah identiti blog yang kita miliki. Selagi berada pada saluran yang dibenarkan oleh Google.
Dengan ini, disertai gambar screenshot pada wall laptop ini, maka tampil paparan gambar di Blog PE. Tanda TERIMA KASIH kepada Google AdSends, di mana blog Etuza kini ada iklan yang boleh pembaca maya klik untuk dapatkan informasi di PROTAL TAMU ( tempat Membeli Belah). Google AdSends ini agak ketat disiplin, kita ciplak entry orang terus iklan di Blog kita serta merta dihentikan atau paling sedih ditamatkan. Sedihkan. Dan TERIMA KASIH juga kepada pembaca maya yang sering klik iklan Protal TAMU di blog Etuza ini. Kehadiran anda menyerikan blog ini sebenarnya.
Apabila Anasir Jahat Merosakkan Mood Blogger.
Kadang kala kita menemui kebuntuan para bloggers tanah air, untuk apa blog ini, dan hilang hala tuju blog yang mereka rasakan. Ya, tidak dinafikan akan hilang mood berblog, akan tiba kehilangan idea yang menyengat, kadang hadir pembunuh paling jahat untuk kemas kini kan blog iaitu KEHADIRAN MALAS dan Etuza pernah alami situasi itu. Jika datang anasir perosak jati berblog itu, segera lah berehat, ambil langkah cukupkan tidur, beristigfar banyak-banyak dan tidak salah minta Allah kuat kan semangat agar mendapat ilham yang terbaik untuk paparan di blog. Ambil jalan bersiar-siar bersama suri hati makan di luar bersama anak-anak, pasti ada situasi baru memberikan kita idea update kan blog. Percaya dan yakinlah. Pasti ada paparan baru di blog.
Elakkan Terbuat Catatan Yang Kosong dan Hambar.
Elakkan memaksa diri anda. Kerana jika terpaksa akan wujud catatan yang kosong dan hambar. Keadaan hambar itu dapat kita rasakan sendiri. Ingatkan diri anda bahawa kita kemas kini kan blog kerana ada niat iaitu paling tidak pun kita niat kan SAMPAIKAN ILMU BIAR SEPATAH. Infor resipi, tips kesihatan, cerita yang baik memberi motivasi atau juga tips berblogging. Maka teradaptasilah ilmu yang kita ada, kita telah sampaikan di blog dengan cara kita sendiri.
Nasihat kepada kita semua ialah sentiasa kita positif apabila membaca paparan blog kawan-kawan, hargai mereka dengan seikhlas hati, kerana kehadiran mereka di blog kita amat bermakna dan memberikan kesan kepada peningkatan blog kita sendiri.
Screen shoot paparan wall blog PE apabila iklan ADsends ke udara..nampak menarik.
Tampilan wajah blog PE apabila ada iklan Adsends..terima kasih Google Adsends
Terima kasih kepada pembaca maya Etuza kerana sudi membaca catatan dari hati Etuza
di blog ini. Datang lagi ya...
Tiba-tiba depan mata Wira Arobic ..telah bertukar pemilik..
4 Ulasan
Cie apply GA asyik tak lulus je taktau la kenapa.
BalasPadamCuba lagi ya..cuba cek semua data yang diperlukan..kena sabag GA ni..ketat disiplin, saya pernah 3 bula baru dapat..
PadamTahniah!
BalasPadamSemoga tambah rajin menulis.
sy sentiasa diserang penyakit berbisa. penyakit M berblog. hehhee..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.