Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersua kembali dalam wall penulisan blog ini. Semoga semua teman maya baik blogger atau pembaca, walau di mana berada dalam keadaan sihat walafiat, hendaknya.
Gambar kenangan cuma..
Rasanya apabila tiba berpuasa di bulan Ramadan, ramai umat Islam menyambut dengan rasa hati yang gembira kerana, di bulan Ramadan pasti yang berpuasa akan mendapat berat badan yang diingini.Sebagaimana berat Etuza menunjukkan penurunan yang cepat, alhamdulillah. Selain itu banyak fadilat berpuasa hingga memberikan kita kesihatan yang baik. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Allah.
Pada saya berat badan yang turun ketika bulan Ramadan adalah berat yang sihat yang Allah anugerahkan kepada kita semua yang berpuasa. Apapun berat yang mendadak turun bagi individu umat Islam yang berpuasa adalah satu nikmat yang hanya orang berpuasa sahaja dapat merasakannya. Berpuasa pasti menjadikan kita sentiasa sabar dan bersyukur atas nikmat yang Allah hamparkan ketika berbuka puasa. Justeru kita wajiblah mengucapkan rasa syukur.
Kek Sarang Semut
Sekali lagi nak ucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, kerana kali ini kami sekeluarga dapat berbuka puasa dengan juadah yang lazat seperti Kek Sarang Semut hasil masakan atau air tangan anak lelaki Etuza yang bernama Afif. Tanpa diduga rupanya apabila ada orang yang sudi mengajar dan kongsikan kemahiran dan resipi Kek Sarang Semut maka pengetahuan itu dapat diperturunkan. Inilah buktinya apabila menantu kami dengan ikhlas berkongsi cara menyediakan Kek Sarang Semut. Apa yang kami rasa gembira adalah kerana rasa manis Kek Sarang Semut yang bersesuaian serta seisi keluarga menyukai juadah ini. Syukur alhamdulillah.
Dibulan puasa selain kita berpeluang beribadah, kita juga dapat merapatkan hubungan kasih sayang seisi keluarga dengan berbuka bersama dan duduk semeja. Kerana itu Etuza melafazkan kesyukuran dan ALHAMDULILLAH atas semua rezeki yang Allah berikan dibulan Ramadanini.
11 Ulasan
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat berpuasa ramadan
Kini syawal sebulan..namun ada 6 hari ya
PadamSyukur alhamdulillah.
BalasPadamAlhamdulillah anak pandai buat kuih sarang semut.. bukan senang nak buat tu hihiii...
BalasPadamAlhamdulillah juga dapat turun 4 kilo semasa ramadhan kali ini moga dihujung ramadhan nanti boleh turun lagi 2kilo amin :D
Redho..naik balik berat..kena usaha agar kurang ..
PadamAlhamdulillah done follow blog ini.. follower yg ke 620 :D
BalasPadamTerima kasih ya saudara blogger
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah..dan selamat kembali menulis cikgu...selamat hari raya Aidilfitri juga
BalasPadamInshaAllah terima kasih ya Sahabat Blog At Tarmizi
PadamAlhamdulillah... Linda selalu bulan puasa tak turun pun berat... Kikiki
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.