Indahnya Sibu Sarawak Diwaktu Malam.

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Malaysia Madani.

Bertemu lagi diarena blog, satu kesempatan kita bertemu di udara maya khasnya kepada para blogger yang di hormati dan dikasihi sekalian.

Kadang tidak terfikir dibenak kita akan ke mana langkah kaki ini, dan rezeki apa yang kita alami dan kita terima kita tidak ketahui dari arah mana. Rezeki tiba-tiba datang menerpa kita.Dan sungguh rezeki yang Allah beri begitu hebat walau bukan rezeki dalam bentuk kewangan, tetapi rezeki kejayaan anak-anak sehingga kita merasa amat terharu dan merasa bahagia,gembira dan pastinya sangat bersyukur. Alhamdulillah dengan rahmat Allah anak bungso telah mendapat tawaran memasuki Universiti di salah sebuah Universiti di Sarawak. 

Tanpa banyak bicara kami ibubapa membenarkan dan merestui atas kehendak dan kemahuannya. Kami ibubapa berdoa semoga segala hajat anak bungso kami ini berjaya hingga ke akhir pengajiannya di UITM Sarawak.Hanya kami mahukan kejayaan dan kecemerlangan anak yang tercinta.Justru itu dalam dua hari dua malam kami menginap di RH Hotel Sibu dan di hotel Mukah Sarawak.Segala kenangan di Sibu dan di Mukah Sarawak kami abadikan sebagai kenangan indah yang amat manis di kenang.

Sibu waktu malam bercahaya dengan lampu - lampu malam yg menghiburkan kala malam.Di bawah hotel RH Hotel kelihatan cahaya di sekeliling tempat kami tinggal.Teruja melihatnya dan gambar menjadi saksi.Subahanallah,syukur kepadaMu Allah atas semua nikmat yang nyata ini.Aamin.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Tahniah! Anak dapat sambung belajar UiTM. Syu dulu belajar di Sarawak juga. Tapi, di Kota Samarahan. Rindu Sarawak. Lama tak ke sana ☺️.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..terima kasih ingatan mesra maya ya

      Padam
  2. Alhamdulillah, Tahniah buat anakanda bongsu 👏🏽
    Semoga mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH AHNIAH NANDA CIKGU ETUZA N ISTERI

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Terima kasih ingatan mesra maya

    BalasPadam
  5. Aliya ke Cikgu? Besar daa dia

    Tahniah2..

    Menantu sayapun dapat posting di Mukah, baru 1 bulan++

    BalasPadam
  6. rindu sibu. mama pernah sampai sini 20 tahun dulu huhu lama dah

    BalasPadam
  7. Tahniah anak bongsu cikgu dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Suatu masa akan datang ..ziarah atau hijrah melihat keindahan Sarawak

      Padam
  9. Walaupun terlambat, tahniahhh anakanda Cikgu Etuza.

    BalasPadam
  10. Selamat Mas anak bungsunya telah diterima di universitas.
    Semoga saja tercapai apa yang anak bungsu cita-citakan dan lancar selama perjalanan belajarnya.

    Salam,

    BalasPadam
  11. indah sekali pemandangan kota di malam hari. semangat untuk anak bungsu belajar di universitas

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.