Pengalaman Menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19

 Pengalaman Menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19

Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Bersua kembali dalam paparan blog web Etuza personal ini. Terasa agak kesuntukan masa untuk mengurusi blog sesawang ini. Memang ada perasaan terpanggil untuk ontime selalu, akan tetapi masa kita begitu terbatas dengan berbagai kerja dihadapan yang lebih realiti dan mendesak. Maaf kerana agak terlewat updated blog ini.

Pakej Alat (RT-PCR) untuk Covid-19 ( swab test Individu)

Tidak menyangka sama sekali akan ada pengalaman melakukan RT-PCR untuk Covid-19 ini, satu alat yang dijual di farmasi kepada sesiapa sahaja yang merasakan ada gejalah mengenai jangkitan Covid-19. Hal ini tidak mustahil kita akan melakukannya sendiri , membeli alat ini dan melakukan sendiri SWAB TEST Covid-19.

Minggu persekolahan kedua, Etuza agak ada tekanan sedikit apabila merasakan badan tak berapa sihat. Melibatkan kepala agak pening dan seolah rasa nak rebah. Ada juga ambil sarapan pagi dan fikiran agak tenang. Cuma terasa agak banyak berfikir tentang kesihatan ibu Etuza yang mengadu sakit perut dan di tahan di wad hospital. Kes ibu kurang darah dan memerlukan tambahan darah, selain ibu kami kekurangan air dalam badan. 

Terfikir lagi terjadi kejadian contak rapat dengan seorang anak kecil yang kemudian Etuza mendapat khabar kanak-kanak tersebut positif Covid-19. Etuza mendapat tahu kanak-kanak tersebut dan neneknya juga disahkan positif. Berbagai tafsiran di fikiran, memang agak tidak tenang. Justru Etuza ambi keputusan melakukan RT-PCR Swab Test kendiri.

Alat RT-PCR dibuka dan di baca tiap informasi.

Dipendekkan cerita. Etuza nekad untuk melakukan RT -PCR Swab Test Kendiri dengan menggunakan alat di atas. Etuza lakukan dengan tenang dan bersendiri, kerana anak-anak dan isteri berada di luar rumah. Terlebih dahulu Etuza hubungi anak Etuza di Jabatan Farmasi di UMS Kota Kinabalu untuk kepastian cara menggunakan alat swab test kendiri Covid-19 ini.

Cara Terbaik Dan Berkesan

1. Dilakukan pada awal pagi sebaik bangun dari tidur, dan sebelum bersarapan pagi.
2. Boleh dilakukan ujian test Covid-19 setelah sarapan, tetapi disyorkan pada awal pagi sebelum sarapan. Ini menurut anak Etuza.
3. Buka alat menakung air liur. pastikan air liur dari tekak dan masukkan ke botol kecil.
4. Masukkan ke dalam botol plastik kecil yang ada  cairan tersebut agar bercampur dengan air liur dari tekak.
5. Titiskan cairan satu atau dua titis ke alat RT-PCR Covid-19 dan biarkan selama 15 minit.
6. Keputusan negatif jika kelihatan 1 garis dan keputusan positif bagi 2 bar atau 2 garis pada alat RT-PCR Covid-19 tersebut.
7. Masukkan semua sample dan letak dalam plastik bag sampah, ikat dan buang ke dalam tong sampah.
Alhamdulillah result 1 garis .
Syukur kepada Allah yang maha esa. Amiin.

Alhamdulillah, keputusan RT-PCR Covid-19 yang dilakukan sendiri adalah negatif. Syukur kepada Allah. Pengalaman ini membuat kan Etuza betul-betul memahami perasaan ramai orang yang dikenal pasti bergejala oleh KKM dan operasi membenteras penularan Covid-19. Apatah lagi bagi individu yang bergejala dan result positif. 

Semoga kita semua sihat dan dijauhi Covod-19 ini. Semoga kehidupan kita di Dunia ini kembali kepada kehidupan biasa yang tidak lagi ada perasaan bimbang takut dan gelisah. InshaAllah.

#Lindung diri, lindung semua.





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah negatif. Samalah Suami saya haritu officematenya dikesan positif. Dia guna alat begini juga. Alhamdulillah negatif.

    BalasPadam
  2. bila rasa tak sihat batuk selsema demam terus risau, memang perlu ada simpanan kit ujian covid19 ni di rumah kan cikgu

    BalasPadam
  3. Syukur negatif.. Saya pun ada juga pengalaman guna ni.. Sama yang cucuk hidung sendiri hihi

    BalasPadam
  4. ketepatan ujian kendiri ini kdg2 samar bayangan aje. nak confirm kena gi cucuk hidung di klinik kesihatan terdekat. huhuhu...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bebas dari jangkitan C19
    Semoga sentiasa sihat
    Selamat bercuti sekolah hujung tahun
    Pergilah bercuti ke semenanjung

    BalasPadam
  6. saya seminggu sekali jabatan wajibkan menjalani ujian kendiri ni..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..moga cikgu dan kita semua sentiasa sihat dan selamat hendaknya, amin.

    BalasPadam
  8. semoga selalu dalam lindungan Allah.. :D

    Daftar Syarikat merupakan Pendaftar Syarikat yang berdaftar dengan SSM.

    BalasPadam
  9. uncle belum pernah cuba lagi ni...

    BalasPadam
  10. kit ujian kendiri ni dah jadi barang wajib untuk isi rumah. Kalau lain macam, test lancepat-cepat.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, tapi sekarang ramai pula yang +ve. Negara kita pun dah bakal memasuki fasa endemik dah

    BalasPadam
  12. Saya pernah dijangkiti dan dikuarantin di pusat, merasalah juga diringi oleh pegawai berpakaian PPE set lengkap..

    Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.