Viral GTEA Di Keningau, Jalan Duruk

 Viral GTEA Di Keningau, Jalan Duruk

Kad menu di GTEA

Asalamualaikum & Salam Sejahtera, apa khabar, semoga sihat semua dan dijauhi Covid-19, dirahmati dan diberkati selalu oleh Allah.

10/11/2021 hari Rabu, singgah di GTEA Jalan Duruk, Keningau. Nampak signboard "Now Opening" untuk membasahkan tekak setelah balik dari sekolah. GTEA di Keningau agak viral masa ini.

Kami datang dengan mengikuti SOP, imbas suhu dan scan MySejahtera. Tempat ini kecil saja, tetapi bersih dan habya menwarkan minuman sedap yang berbagai dan makanan snak ringan yang juga sedap. Alhamdulillah, Etuza puas hati layanan yang baik di GTEA.

Jadi model GTEA sekejap..sedang tunggu oder.

Etuza perhatikan GTEA didatangi oleh pengunjung lebih ramai yang datang oder, terima oder bayar dan balik. Etuza ambil kesempatan berehat dengan mengambil tempat duduk bersama isteri. Ada juga pelanggan yang datang dan mengambil gambar anak sahaja, ambil oder dan keluar dari GTEA Keningau.

Tempat duduk menarik, bertemakan warna putih dan padanan sofa lembut bertemakan warna kuning, dihias dengan menarik berkonsepkan tema Korea. Konsep GTEA sebenarnya diaplikasikan situasi kedai minum ini dari Korea, minuman utama adalah tea, minuman kegemaran Etuza dan isteri.

Di GTEA Etuza ambil minuman panas dan maengambil makanan snak dari ubi kentang dan sos pedas.  Herndak ambil minuman air sejuk juga boleh atau minuman kegemaran anda sendiri, banyak pilihan sebenarnya. Cuma harganya saja yang berbeza. Boleh lah sesekali datang di GTEA, untuk selalu datang kemungkinan Etuza berfikir banyak kali. 

Depan Etuza itu ada kad menu perkhidmatan GTEA

Best di GTEA di jalan Duruk Keningau

Tengok minuman GTEA..alhamdulillah

Etuza promot minuman GTEA ..

Tempat duduk rehat di GTEA...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. pesan Etuza ..tetap ikut SOP walau di manapun berada ya

    BalasPadam
  2. Nampak kemas dan cantik tempatnya. Seronok dapat santai-santai di tempat begini.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.