Umrah Pertama Ini Etuza Banyak Menangis

Umrah Pertama Ini Aku Menangis

Salam blogger Malaysia, salam juga kepada pembaca setia blog Etuza. Malam kian berarak lalu, pasti ramai telah nyenyak dan lena saat ini. Beradulah kerana dengan beradu dan tidur badan yang penat bekerja disiang hari dapat rehat. Tidur adalah terapi sihatkan badan pada esok hari.

Antara teman sedaerah yang pergi Umrah 
bersama pada Nov-Dis 2019

Apabila Allah beri kesempatan melakukan Umrah kali pertama Etuza rasa sangat bersyukur kerana Allah memilih Etuza dan isteri bersama jemaah Umrah dengan menggunakan Agen Umrah iaitu HARMONY TRAVEL.

Etuza lahir bukan dalam asal penganut Agama Islam. Etuza dibesarkan oleh ibubapa yang memang tiada latar belakang pendidikan Islam. Etuza secara ringkas hanya belajar mengenali Islam apabila berada di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 

Etuza ikut kawan ke Masjid solat Jemaah Jumaat. Etuza dapat rasa sangat tenang dan damai berada di Masjid. Perlahan Etuza merasakan Agama Islam ini agama yang sangat indah, agama yang mendamaikan jiwa dan agama yang memperlihatkan kita akan zat Allah di mana juga kita berada. Alhamdulillah, syukur kerana Etuza mendapat hidayah dan kasih sayang Allah.

Etuza, teringat sebelum ke Mekah pun Etuza menangis kerana rasa sangat beruntung dan bersyukur pada Allah. Etuza ada membuat kajian membaca banyak perkara tentang Umrah dari segi cara dan Umrah yang afdal mambrul. Etuza penuhi hadirkan diri kursus Umrah. Buat catatan niat untuk panduan nanti. Selain Etuza mengharap banyak bimbingan dari Mutawif yang memandu kumpulan Umrah ini.

Tapi, saat berada di Mekah tanah haram, tanah suci adanya Kaabah di depan mata. Keadaan dan situasi berubah, ada perasaan agak keliru dan rasa tidak tahu apa hendak dibuat apabila berada dalam lingkungan atau kumpulan jemaah. Dari awal maklumat, jangan tinggalkan jemaah, susah senang harus bersama. Pesan ini melekat dalam minda Etuza. Tapi bila berada di depan Kaabah di Tanah Haram di Masjidil Haram...rasa lain sangat.

Kita hendak beramal sentiasa tiap saat depan Kaabah, solat jemaah depan Kaabah, kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda berribu pahala Allah berikan ganjaran. Ada keterbatasan, ada jemaah lain yang perlu kita fikirkan sebab itu melakukan amalan sendirian bergerak kurang kita lakukan. 

Ya Allah, lalu berlaku lah keadaan Etuza lakukan solat sunnat tahajud sekitar jam 2 pagi di Mekah ketika dalam bilik penginapan. Etuza sendiri bangun tengah larut malam dan seusai solat Etuza berdoa. Mulanya doa Etuza dalam suara sekadar Etuza dengar sendiri tetapi bukan berbisik. 

Etuza berdoa dan berdoa, doakan kawan-kawan sebilik, agar kami dapat manfaatkan bersama Umrah kali pertama bagi kami. Teman dalam bilik diulit lena dan kedengaran ada dengkuran kecil sini sana. Maklumlah lelaki normal dengkur kedengaran. Etuza tak sedar rupanya Etuza berdoa sambil menangis keisak -isakan. 

Air mata menitis dipipi tanpaku sedari. Etuza sebut nama-nama kawan-kawan sebilik Etuza agar kami diberi kekuatan beribadah dan menggunakan peluang ini, kerana esok nanti balik Malaysia pasti kesal andai tidak beramal ibadah di depan Kaabah. Rugi sangat-. Terrsangatlah rugi.

Dalam keadaan menangis, menangis seorang lelaki, kerana mengharap pimpinan dan kakuatan dari Allah. Rupanya semua teman Etuza terbangun dan segera mereka berpakaian dan ikut bersama Etuza meredah dingin pagi sekitar jam 2 lebih, turun dari penginapan menuju ke Kaabah untuk melakukan Tawaf Sunat. 

Ya Allah sekelip mata Allah kabulkan Doa Etuza. Bisa saja Etuza gerak sendiri, tetapi itu bukan Etuza. Biar bersama - sama kerana kami dari jauh datang menyembah  Allah sujud depan Kaabah, biar kami bersama-sama dalam keadaan susah dan senang. Etuza yakin pasti Allah memerhatikan kami saat itu

Alangkah nikmat berada di Mekah, berada depan Kaabah yang tersergam indah.  Ketika jam 1, 2 pagi depan Kaabah jemaah melakukan Tawaf Sunat agak kurang dan tidak sesak. Menjelang jam 3 dan 4 pagi, kembali keadaan jemaah Tawaf Sunat sesak dan putaran mengelilingi Kaabah tidak akan ada lagi keadaan renggang melainkan sop rapat sambil berselawat, membaca ayat lazim dan jemaah berzikir tanpa henti.

Umrah pertama Etuza banyak menangis, antara lainnya adalah kerana:-

1. Etuza merasakan amat perlu ada pimpinan, dan pimpinan yang hebat adalah PIMPINAN ALLAH..kita di Mekah berserah lah pada Allah 100% pasti terkabul hajat ketika di Mekah.

Etuza menemukan jawapan dari Allah. Usah harap pimpinan sesama manusia, kerana mereka juga sedang memohon pimpinan dari Allah ketika berada di Mekah.

2. Merasa ada membuang masa ketika berada di Mekah. Padahal berada di Depan Kaabah. Solat wajib sepatutnya sentiasa depan Kaabah. Depan Kaabah solat wajib ribuan pahala diberikan berbanding di ruangan lain yang agak jauh dari Kaabah.

Etuza akhirnya akur kita ni manusia yang tidak sempurna, pergerakan terbatas dan perlukan pergerakan berjemaah, berdua bertiga atau semua bersama jemaah. Alhamdulillah Etuza dan isteri berjaya melakukan Tawaf Sunat bersama dan menyentuh dinding Kaabah dan mencium Batu Aswad dalam keadaan sangat ramai jemaah bertawaf.

3. Tetap ada kerisauan akan keselamatan teman lain. Sebagai yang masih muda dari yang lain dalam bilik, Etuza bagaikan pemimpin dalam bilik kami. Ada rasa tanggungjawab walau ada mutawif. 

Bila berada di Mekah kita bukan sentiasa bersama Mutawif, Mutawif ada bilik sendiri dan pasti kita hendaklah bergerak ikut kehendak kita dalam masa dan keadaan tertentu. Sudah pasti lah Etuza tidak mahu penting diri sendiri, melainkan ada teman yang uzur tidak sihat maka terpaksa berehat di bilik dan tidak solat wajib di Masjidil Haram dan depan Kaabah.

Sebab itu Etuza kadang menangis mengharapkan keampunan Allah, mengharap pimpinan Allah dan mengharap Allah ampunkan dosa kami, terima kehadiran kami di Mekah. Bila Etuza rasa amat damai, tenang dan amat bersyukur maka AIR MATA menangis juga akhirnya lelaki ini. 

Semoga Allah ampuni kami jemaah Umrah Nov-Dis 2019. Dan semoga Allah tetapkan iman teman blogger Etuza dan ampuni kita semua. Aamiin.

Menolog Etuza








 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Maka benarlah hidayah itu milik Allah...diberiNya pada sesiapa yg dikendakiNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subahanallah..semoga ramai blogger nanti dapat pergi Umrah.Aaminn

      Padam
  2. Bestnya dapat p sana.. doakan lea pun dapat jejak ke sana juga satu hari nanti ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sangat best..tak nak balik..namun apakan daya visa hanya 5 hari ja kat mekah

      Padam
  3. MasyaAllah sesungguhnya tiada tempat yg nikmat selain di rumahNya. Semoga Allah menerima keampunan dari kita yg pendosa ini امين🤲🏼

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..kita mohon ampun sembah Allah dimana pun kita ..tunaikan kewajiban, ikut sunnah nabi. Cuma aura di Tanah Suci..subahanallah

      Padam
  4. Allah jentik hati kita dengan pelbagai cara yang berbeza-beza. Alhamdulillah, Abg berkesempatan melihat Kaabah lebih dekat.. Doakan DR juga berkesempatan pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju dengan DR. Semoga suatu masa, mana taukan DR kita sama2 pergi umrah. Aamiin

      Padam
  5. Maha suci Allah pemilik seluruh alam dan isinya..
    😭😭

    BalasPadam
  6. Kangen juga ke tanah suci Mekah. Terima kasih telah berbagi, sobat Etuza.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.