Tiba-Tiba Terbeli Di Luar Buget

Tiba-Tiba Terbeli Di Luar Buget

Salam Blogger Malaysia, salam semua rumpun Keluarga Malaysia. Terima kasih anda terus setia  membaca paparan di laman blog Etuza.

Hari ini agak sibuk, apabila ada arahan untuk datang di sekolah bagi tujuan membuat pembersihan bilik guru dan bilik-bilik lain. Selesai kerja-kerja sekolah bergegas balik tunaikan solat wajib, ambil anak dan terus ke Bank Islam cawangan Keningau.

Rumah comel empuk kucing..

Banyak urusan hari ini, termasuk membeli cat undercoat untuk cat rumah mak ayah Beli alat atau keperluan cat rumah dan pemasangan tail lantai rumah. Agak penat ke sana kemari, hendak dapatkan alat-alat yang murah, Namun sukar mendapatkan harga yang melambung naik.

Hari ini, Etuza merasa agak merasa sedikit berfikir apabila Etuza terbeli benda yang bukan mendesak dan di luar perancangan. Keadaan ini berlaku ketika Etuza datang ke Pejabat Bos Express mengambil barang oder anak yang telah sampai dan perlu dituntut.

Sebaik mendapatkan barang oder tersebut, Etuza ternampak satu kedai PET SHOP, lalu Etuza imbas MySejahtera imbas suhu dan masuk tanpa berfikir hendak beli benda lain selain hendak membeli makanan kucing.

Setelah membeli, Etuza hendak keluar, tetapi tiba-tiba Etuza ternampak satu alat yang unik iaitu tempat tidur kucing, seperti dalam gambar. Etuza rasa tertarik lalu sepantas kilat membeli dan keluar masuk dalam kereta. semua anak - anak Etuza juga amat menyukai tempat anak miow ini. Hilang lah tekanan dan bosan mereka bermain belai manja anak kucing yang comel ini.

Tempat tidur miow ni mahal cecah RM300 lebih
Etuza tak mampu beli,,,

Ini rumah kucing dalam Pet Shop yang mewah ini.
kelihatan kucing sangat bersih dan cantik


Cantik bersih dan gebu kucing ni..memang rasa
tertarik nak sentuh..

Wow! nilah tempat kucing santai..
tak terfikir nak beli, ini betul-betul di luar buget Etuza.

Sampai di rumah anak terus letak anak kucing 
tiga ekor..nah sampai sekarang masih lena 
atas dan di bawah...cuba anda tengok...

Tu dia..dari jam 5 petang hingga jam 8.00 
malam belum bangun lah si Panda..( nama Miow)
berbulu hitam putih

Ini gambar tiga ekor anak kucing awal pagi hari ini..
sempat Etuza bermanja dan belai anak kucing ini.
Rasanya pagi tadi ada anak kucing ni berdoa nak minta
belikan tempat tidur yang mewah agaknya kan...

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. malam ni tak blogwalking..mata agak berair mata ..

    BalasPadam
  2. banyak pahala sebab membahagiakan kucing2 dan peminat2 kucing di rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah....sesungguhnya rahmat Allah yang kita harapkan

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.