Masjid Mak & Bapa Siap Pasang Syiling Cornis

 Masjid Mak & Bapa Siap Pasang Syiling Cornis

Mama kami dan adik Zainab ambil gambar kenangan


Salam sejahtera, salam kepada blogger Malaysia, kepada pembaca maya yang Etuza hargai. Masa berlalu begitu pantas, dan agak nak cepat updated blog. Mencari idea apa nak ke udara maya kala menjelang maghrib.

Teringat peristiwa kemarin mak dan tiga orang adik Etuza datang bertandang ke rumah mak bapa di Desa. Etuza sudah dahulu datang dan membantu membersihkan lantai yang sudah dipasang mozek oleh team Alkhmar. Alhamdulillah. 

Masjid mak dan bapa serta rumah adik beradik kami di Desa sudah selamat siap pemasangan syiling cornis pluster. Putih berseri-seri, kemas dan cantik cornis kelihatannya.

Gambar mama dan adik bongsu Saleha

Rumah ini umpama masjid untuk mama dan bapa kami. Alhamdulillah kami adik beradik 8 orang berkesempatan membina rumah mak dan bapa ketika usia mereka masa ini. Usia dalam 80an dan 70an. Ya Allah sihatkan mereka dan berilah rasa bahagia mama dan bapa apabila nanti mulai tinggal berkumpul semual di rumah indah ini.Rumah ini anugerah dari Allah untuk mama dan bapa.  Aamiin.

Ketika ini kami giat mencari cat rumah yang terbaik untuk masjid mak dan bapa. Berbagai pilihan yang ada, akan tetapi ketua membina rumah ini Alkhamar cadangkan agar ambil cat Nippon saja, kerana cat Nippon tahan dan kualiti serta tahan cuaca. Jaminan ketahanan cat juga selama 7 tahun dan paling kurang 5 tahun, baru cat  kelihatan pudar. Memang nak yang tahan hingga bertahun-tahun. Lalu kami adik beradik sepakat ambil cat Nippon Paint.

Adik lelaki Etuza, Ramian namanya..
sangat mesra dengan mak dan gemar usik
mama hingga mama tertawa gembira.

Hari ini, cat pilihan telah kami beli dan sponser banyak beli hari ini ialah adik kami Saleha adik bongsu kami, yang kami sayangi. Alhamdulillah. Etuza hantar cat dan membincangkan cat tiga ton warna itu kepada Dimar, ketua bahagian cat mengecat dalam dan luar rumah mak bapa ini. 

Ton warna pilihan kami semua ialah, finishing cat putih, grey, dan dark grey pada luaran rumah. Cat finishing dalaman ialah cat Nippon putih terang dan pada bilik agak cream pink.

Tail atau mozek bercorak putih grey, padanan warna yang menarik. Alhamdulillah. Dalam lingkungan 90 % rumah atau masjid mak bapa telah disiapkan. Cat siap luar dan dalam, pasang pintu kemudian sliding window maka siaplah 98% masjid mak bapa kami ini. Hanya nanti pasang langsir pada semua jendela, letak prabot dan wayering disambungkan maka siap lah 100 %, boleh lah bawa balik mak bapa ke rumah mereka ini.

Etuza dan mama kesayangan..Alhamdulillah keadaan 
kesihatan mak semakin baik. Dah lengkap 2 dos
sejak Julai lalu.

Etuza dan adik Leha 

Dunhill brand baju adalah adik lelaki Etuza..
dia memang tinggi dari Etuza..

Depan luar rumah mak bapa..siap dicat
undercot kemarin.

Cornice, wah dah siap dan yang menariknya
cat putih bersinar sinar..
Sementara tu mozek atau tail hampir
siap nampaknya kan..

Syiling Cornice Pluster dah siap semuanya.

Setakat ini saja perkongsian Etuza kali ini, tentang penyiapan rumah atau masjid untuk mama dan bapa kami. Semoga ada kelapangan di lain waktu Etuza update lagi ya rumah mak bapa kami di desa.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Masha Allah...
    Anak-anak hebat berjaya membahagiakan ibu bapa..Semoga dimudahkan urusan dan diberkati Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki Allah beri..semoga Allah cukupkan pembinaan rumah ini ..aamiin. Terima kasih ya Blogger Cella

      Padam
  2. Semoga Syurga Firdaus buat cikgu dan adik beradik serta keluarga.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... semoga terus berpeluang untuk bahagiakan ibu bapa.. :)

    BalasPadam
  4. Berdikit² menjadi bukit. Tak perasan masa berjalan sdh nak siap rumahnya

    BalasPadam
  5. makin maju proses penyiapan rumah ibu bapa cikgu. Semoga ibu bapa cikgu diberi kesihatan yang baik

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.