.Kosimbut Hill..KIULU,SOOK Baru Tulid

 .Kosimbut Hill..KIULU,SOOK Baru Tulid....

Salam blogger Malaysia, salam Keluarga Malaysia, salam hormat juga kepada pembaca maya. Pembaca yang tak sengaja landing di Blog Etuza juga diucapkan terima kasih.  Semoga kita terhindar dari wabak covid-19 dan penyakit lain yang menggerunkan. Aamiin.

Hari ini, mendapat gambar di group whatsApp family. Etuza lalu tertarik pada aktiviti keluarga ipar Etuza yang berada di Sook, daerah yang agak jauh dari Bandar Keningau. Tetapi jalanraya yang aspal dan upgred membantu perjalanan ke Sook agak cepat berbanding dahulu. Gambar kiriman adik adalah seperti gambar dua orang anak adik Etuza dan gambar suami serta gambar keluarga saudara ipar keluarga ipar Etuza.

Sahlan Asibin merupakan ipar Etuza, ketika 
hikking di Kosimbut Hill Kiulu, Baru Sook

Berada di satu tempat hentian  Izah & Madiha,,,


Sahlan dan anaknya abadikan kenangan 
ketika hikking di Kasimbut Hill, Sook Baru Tulid.

Berkibar bendera ..megah dengan ketinggian Gunung  Kosimbut Hill

Memulakan pendakian..kelihatan mencabar ..

Jika di Daerah Keningau, memang banyak tempat yang cantik dan mencabar untuk di naiki. Hikking bukit lembah dan naik bukit. Ada juga bukit namanya Bukit Matanoi dan Bukit Lugas. Jika hikking ke tempat ini anda akan melakukan satu pendakian yang keadaannya terus bukit tinggi. Pasti mengah naik kedua bukit ini.

Baiklah rasanya jika hendak merancang membuat pendakian bukit di mana pun tempat anda berada, pastikan beberapa perkara hendaklah di periksa dan dirancang dengan baik.

1. Persediaan dari segi tahap kesihatan. Pastikan sihat fizikal meliputi mental anda. Elakkan pergi mendaki bukit dalam keadaan tidak sihat.
2. Bersarapan dan cukup minum air.
3. Rancang perjalanan pada awal pagi serta kelengkapan pergi mendaki sudah lengkap. Terutamanya mesti bawa smart phone anda.
5. Rancang pergi mendaki secara kumpulan BUKAN BERSENDIRI. Kerana biasanya tempat pendakian ( Bukit ) terpencil agak bahaya jika berseorangan.
6. Emosi stabil, cergas dan bersemangat, pasti sampai ke puncak. Yakin diri. Inilah masa uji keberanian dan kecergasan anda.
7. Jangan lupa ambil gambar pegun untuk kenangan atau vedio anda mendaki bukit. Share kegembiraan anda pada group whatsApp keluarga anda.

Bukit ini sediakan tali untuk berpaut, agak mencabar 
kelihatannya ..


Agaknya ini di puncak bukit ini atau hanya
titik hentian ke Puncak Bukit Kosimbut Hill
Kiulu, Sook Baru Tulid

Izah (baju hitam ) bersama adiknya Madihah
kayu agayo ( pokok besar )


Ini ank2 n csin2 ..pcik2 anty sini....Brtnda Dihah n iZah..
.sy xjoin,Sda Naik SOKID jg😊 ..kenangan byk d situ...

Inilah kata-kata adik Etuza dalam whatsApp.
Adik-adik pun happy dapat SIJIL..menarik tu..

Etuza ucapkan tahniah kepada team ipar Etuza dan dua anak perempuannya berjaya dengan mudah hadapi cabaran hikking KOsimbut Hill di Kiulu Sook Baru Tulid. Suatu masa Etuza mahu juga hikking tempat ini. Tunggu keadaan dan masa yang menentukan dengan izin Allah juga.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Riadah keluarga yang sangat bagus. Dapat hirup udara segar.

    BalasPadam
  2. Salam Etuza, lama saya tak singgah di laman ini. Selepas bersara dari alam pekerjaan saya rasa malas sudah nak menulis di blog.

    BalasPadam
  3. Cantiknya gunung tempat dia orang hiking...

    BalasPadam
  4. kuat semagat tu daki bukit redahhutan tahniah sampai puncak

    BalasPadam
  5. Cantiknya. Fiza pun dah lama pasang niat nak bercuti ke Sabah. Bila tu, In Shaa Allah kalau tak next year. Next two years kot.

    Adik cakap banyak tempat² menarik kat sana.

    BalasPadam
  6. Riadah sekeluarga dapat mengeratkan persefahaman

    BalasPadam
  7. bestnya aktiviti hiking bersama keluarga.. Sabah ada banyak tempat2 menarik.

    BalasPadam
  8. Seronoknya dapat hiking bersama keluarga. Semoga cikgu pun berpeluang mendaki di sini

    BalasPadam
  9. Dikawasan sook tapi belum lagi pigi test naik

    BalasPadam
  10. Masha Allah....Tabarakallah .....Alhamdulillah.....Syukran Blogger Etuza......dn semoga shbt2 sdra sdri brpluang ke Sabah...Hiking ke Kosimbut Hill,Tulid SOOK.....dn byk tmpt mnrik lg d Sabah ... 🤲🏻👍👍👍🌹😊

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.