Hadiah Teristemewa

Hadiah Teristemewa 

 Bertemu kita di malam hari ini.Semoga sihat semua.

Hari ini, kelihatan semua laman blog memaparkan gambar yang menarik iaitu meletakkan Jalur Gemilang simbol untuk Hari Keramat, iaitu Hari Ulang Tahun Kemerdekaan kali ke 64.

Pasti ramai individu yang lahir pada 31/8 di hari kemerdekaan ini. Pasti juga ada insan tersayang yang memberikan hadiah istemewa. Etuza juga tidak terkecuali, diberi hadiah dalam bentuk kalam Allah iaitu sebuah Al Quran elkektronik. Hadiah ini diberi oleh anak Etuza yang ketiga, beri hadiah sebagai kejutan hari ini.

Alhamdulillah Hadiah Teristemewa, sangat suka. Syukur Alhamdulillah


Semoga hadiah yang sangat istemewa ini, dapat membantu Etuza membaca quran lebih fasih, lancar dan sebutan yang betul. Quran elektronik ini, mempunyai pen penanda atau tunjuk surah pada Juz yang hendak di baca. Selain itu ada speaker ke telinga, ada senarai Qari yang terbaik bacaan quran. Sebuah rumah seharusnya kena memiliki quran elektronik ini, untuk dijadikan rujukan yang cepat dari segi betulkan bacaan selain merujuk ustaz atau ustazah di kediaman anda masing-masing.

Terima kasih kepada semua anak Etuza dan syukur ya Allah.




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    pemberian yang penuh manfaat

    BalasPadam
  3. Hadiah yang sangat bermakna. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran, cikgu.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Memang hadiah itu cukup istimewa.
    Moga terus istiqamah semarakkan suasana dengan bacaan al-Quran.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.