Keunikan Bunga Raya Dart

Keunikan Bunga Raya Dart

Keunikan Bunga Raya Dart.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Bunga raya dart, bentuknya seolah bentuk alat mainan dart. Jika di amati bunga raya ini terserlah keunikannya sendiri. Bunga tegak mendongak langit dan keadaan bunga seolah melekat pada hujung batang pokok buang raya ini, menjadikan kelopak bunga raya dart ini, menakung air ketika awal pagi. Berterbangan lah si burung keriangan terbang di kelopak bunga raya dart ini untuk menghisap air madu bunga ini.  Etuza rasa sayang juga pokok ini jika di trimkan agar menjadi lebih renek, dan akan kelihatan laman Etuza lebih sedap mata memandang. Bila melihat burung begitu jinak, berbagai warna bulu dan bunyi datang menghisap air madu bunga ini terasa tidak sanggup hendak trimkan. Etuza berfikir hendak trim kah tidak. Sebaik di trim hadapan rumah Etuza akan jadi terang dan bercahaya terang, pasti hangat haba cahaya matahari nanti. Anak-anak Etuza sukakan keredupan. Tapi nampak sangat semak bila bunga raya dart dan bunga kertas semakin tinggi dan rimbun. Bunga kertas kurang pula berbunga bila tidak di trim.

Untuk lebih bermakna Etuza abadikan bunga raya dart yang unik ini di laman Blog Etuza dahulu. Esok nanti buat keputusan nak trim atau tidak. Bertahun membela bunga raya dart hingga batang bunga raya ini melingkar. Kukuh depan rumah. Masalahnya isteri minta agar trim ( potong hujung bunga raya dart ). Jadi delima Etuza.




Bunga Raya Dart..semakin tinggui merimbun depan rumah.
Banyak daun kering memenuhi ruang halaman. Kena rajin menyapu..


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Daun bunga raya dart juga cantik..

Rajin tanam pokok bunga ye. Kat Ru.ah saya, mak suka tanam pokok buah-buahan atau tanaman untuk masakan dapur.

Cantik bentuk bunganya

Cantiknya. Dah lama tak jumpa pokok bunga raya

pertama kali tengok bunga raya bentuk sebegini..

Pertama kali nampak bunga raya dart ni.

Trim sedikit sahaja. Biar sejuk mata memandang dan isteri cikgu puas hati

rasanya pernah tengok bunga raya jenis ini masa kecil dulu

Khasiat daun bunga raya ni sama tak dengan khasiat bunga raya lain? kalau berbunga banyak mesti lagi cantik ni.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (548) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (382) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (183) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (76) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (38) Sahabat Blog (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger