Pergerakan Terbatas, Di Mana Perginya Kebebasan

Pergerakan Terbatas, Di Mana Perginya Kebebasan
Asalamualaikum Semua.

Kebebasan terbatas, pergerakan begitu terhad, kadang terasa mahukan kebebasan, bergerak ke sana dan ke sini tanpa rasa di kawal oleh sesiapa, asalkan kita dalam perlindungan Allah, kita pasti selamat, apatah lagi bila bergerak bebas ke sana ke mari dengan mengamalkan adab terhadap Allah, menjaga hubungan dengan Allah kita akan selamat dalam pergerakan ke mana pun kita hendak pergi. Untuk masa ini hingga 12/5/2020 pergerakan kita masih dikawal oleh kerajaan, kita kena patuh kerana arahan itu tidak memudaratkan kita, akan tetapi akan memudaratkan anda jika INGKAR perintah kawalan pergerakan ini.



 Pergerakan Di Bukit Kokol, Manggatal, Sabah

Asyik duduk di rumah, boring apanya, tak ada lah boring bagi Etuza sekeluarga, kerana "RUMAH KU, SYURGAKU" Inilah keadaan jika kita suka dan sayang pada rumah kita berbanding di tempat lain. Bukan kah rumah itu anugerah Allah ketika kita di dunia ini, tempat paling selesa berlindung dari panas terik, dingin malam dan hujan, kita begitu rasa selamat bila ada dan sentiasa berada di rumah kita sendiri.Di rumah sendiri kita ada kebebasan, memasak sendiri, apa sahaja kita bebas menggunakan kerana apa yang di dalam rumah kita adalah milik kita. Kecuali lah peralatan dalam bilik adalah milik anak-anak, ha usah pula sesuka hati hendak menggunakan tanpa izin. JaGa juga adab dalam keluarga masing-masing.

Cuma yang Etuza rasa berfikir, dalam berita cecah ribu orang melanggar etika PKP ( Perintah Kawalan Pergerakkan), ingat, perintah ini omongan kosong atau sesuatu yang mengarut membataskan pergerakan hak kita dalam kehidupan!. Arahan ini berfakta, bersebab bahawa kini Malaysia terkesan dengan WABAK yang menular sekarang, bermula dari Wuhan, China hingga ke seluruh Dunia, wabak Virus Corona-19 telah membunuh mencecah jutaan manusia. Apakah ini perkara main-main dan harus dipersendakan. Mohon lah insaf, sedar betapa sangat kita di tuntut tiap individu mengawal pergerakan agar kita mampu membantu dan turut sama memerangi wabak yang kita tidak nampak ini. Kita mesti menang memutuskan rantai covit-19 ini agar tidak merebak dangan dahsyatnya di negara kita Malaysia.

Semoga Kebebasan Itu Allah Kembalikan Kepada Kita Semua.

Marilah muhasabah diri, apa yang kita lalukan pada masa dahulu sebelum wabak melanda Malaysia, apa yang kita lakukan terhadap diri kita, benar-benar kah kita melakukan banyak ibadah ke arah keredaan dan kerahmatan Allah. Buka lah mata hati, sekarang masanya kita lapang perbanyakkan ibadah dan amalan yang baik menuju ketaqwaan dan keimanan kepada Allah, duduklah bermunajat, bertaubat, memohon keampunan, berdoa sungguh-sungguh agar kita sekeluarga dan Negara Malaysia bebas dari wabak ini. Kita selamat dan kita boleh lakukannya. Dalam kita kurang bergerak,teringat pula ketika kebebasan belum dibataskan, ke mana kita pergi kita dapat pergi tanpa di halang. Pernah ke Masjid ketika belum ada wabak? Jika memang anda tidak pernah ke Masjid untuk berjemaah di masjid, anda memang tergolong dalam kalangan orang yang tak terasapun kebebasan ini tersekat. Bagi insan lain yang memang kaki masjid, tiap solat berjemaah di masjid memang insan itu merasa hak kehidupan dia sedikit berubah. Dia merasa tidak tenang dan mulai lah insan itu berzikir, memohon keampunan dan berdoa agar wabak virus yang mematikan ini segera beredar dengan izin Allah.

" SESUNGGUHNYA KITA TIDAK BERDAYA, MELAINKAN KITA MEMOHON KEPADA ALLAH, SEGERAKAN WABAK VIRUS INI BEREDAR DAN KEMABLI KE TEMPAT ASALNYA" AAMIIN.

Di Resort Bukit Kokol, Manggatal Kota Kinabalu Sabah.

Nasihat Etuza dengan ikhlas, usahakan lah agar betah di rumah, sayang sekali andai anda salah satu yang direman, ditangkap dan di saman ekoran anda didapati melanggar etika PKP. Apabila di tangkap di masukkan dalam mahkamah akibat pertuduhan yang anda lakukan, maka selamanya anda adalah BERSTATUS BANDUAN. Apa yang Etuza dengar jika kita dipenjarakan maka tercalar lah nama baik kita, nama keluarga kita akan tercalar, di mana selama-lamanya kita bersatus seorang BANDUAN sekalipun anda telah keluar dari penjara. Dengan itu usahlah terlalu boring di rumah bosan di rumah tetapi amalkan agar betah di rumah kerana musim PKP pasti akan berlalu, kita mampu menikmati kebebasan lagi dan kita keluar dari zon PKP ke zon bebas dengan keadaan seluruh keluarga kita SIHAT WALAFIAT.

Mohon Klik SINI penting dari #JMBELOG

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. JIKA KEBEBASAN MEMUDARATKAN MENYEKAT LANGKAHNYA ADALAH TERBAIK

    BalasPadam
  2. Semoga keadaan akan pulih seperti sediakala tak lama lagi.

    BalasPadam
  3. Nasib baik saya ni suka memerap di rumah.

    BalasPadam
  4. Nikmat yang ditarik seketika. Allah nak bagi peluang muhasabah diri

    BalasPadam
  5. rumah 1 nikmat. be creative during pkp ni utk b'aktiviti.

    BalasPadam
  6. Utk kebaikan bersama apa salahnya berkorban sikit,kan cikgu

    BalasPadam
  7. selepas ini pasti lebih menghargai nikmat kebebasan.

    BalasPadam
  8. Ya baa kan...kita bebas lagi kalau di rumah kita...dan kita bebas nak berdoa kepada Allah swt tak kira masa tanpa terbeban dengan tanggungjawab kerja...

    BalasPadam
  9. harap-harap PKPB ni tamat pada bulan jun ni, InsyAllah. moga-moga pandemik Covid-19 ni pun terus terhapus sama.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.