Melayan Bekas Murid, Tidak Perlu Malu

Melayan Bekas Murid, Tidak Perlu Malu

Melayan Bekas Murid, Tidak Perlu Malu  
Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua, baru updated blog. lama juga ya Etuza menyepi di laman sesawang ini. Agak ketinggalan dibandingkan dengan blogger lain di Malaysia khasnya. Bukan tidak minat, sangat mahu teruskan menulis di laman blog ini. Akan tetapi kesibukan dan keadaan melanda negara turut menimbulkan rasa risau dalam hati ini. Marilah kita berdoa semoga Negara kita berjaya mengurangkan serangan Covid-19 dari menular. Semua ini akan berjaya di lakukan apabila rakyat Malaysia bersatu hati berdisiplin untuk menjayakan sungguh-sungguh PKP yang berkuat kuasa sehingga ke 14.04.2020. 

Minggu akhir sebelum cuti sekolah, pada hari Jumaat masa itu, Etuza didatangi oleh bekas murid Etuza pada masa mereka di sekolah rendah dahulu. Gambar yang berkaca mata itu merupakan murid cemerlang semasa dia di tahun 6, Etuza ingat masa 2013, dia merupakan Tokoh NILAM hingga ke peringkat Negeri Sabah.

Gembira bila dapat jawapan kajian tentang Sejarah Sekolah ini.

 Mereka memberikan salam hormat dan bersalaman dengan Etuza, masa itu wabak Corona Virus belum melanda Negara Malaysia.Dua bekas murid Etuza masih ingat dan memang tidak pernah lupakan mereka. Mungkin wajah tidak berapa banyak berubah. Tetapi yang duduk rapat dengan berkaca mata itu, wajahnya banyak berubah. Langsung Etuza tak ingat dan merasa agak lama meneka namanya. Keadaan ini berlaku kerana selepas tahun 6 baru hari itu jumpa semula dengan pelajar ini apabila mereka hendak buat kajian tentang Sejarah Sekolah ini. Mengapa jumpa Etuza, disebabkan Etuza adalah guru Pusat Sumber yang dipertanggungjawabkan untuk menyimpan sumber penting sekolah antaranya ialah SEJARAH SEKOLAH yang bermula sekolah ini di bina hingga kini.

Terjadilah temu bual, mengambil gambar, mencatat dan bercerita santai bersama mereka. Apapun mereka ini sedang berada di tingkatan 6 atas. Etuza lihat ketiga-tiga mereka kelihatan malu dengan Etuza. Akhirnya mereka kurang malu apabila Etuza kadang bercerita topik lain, bergurau bagi mereka senyum barulah tidak kelihatan malu mereka di wajah. Begitulah ceritanya Etuza melayan bekas murid Etuza. Tidak perlu malu jika hendak membuat kajian. Apa hendak tanya silakan tanya. Baru dapat power kajian.

 Inilah dia tiga bekas murid Etuza pada 2013.
Stanley, Leo Alferedo dan Irfan Ikhwan.

Ambil gambar sebelum mereka meninggalkan sekolah..

Etuza doakan semoga mereka berjaya dengan cemerlang STPM 2020

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Mesti seronok jumpa bekas pelajar sekolah.
Jaga diri, cikgu.

Jasa dan pergorbann guru tak pernah dilupakan..alhamdulillah.

Guru penyayang pasti diingati hingga bila2

nasib baik pada masa itu PKP belum lagi dilaksanakan

Anak2 murid yang baik akan sentiasa mengingati guru2 yang pernah mengajar mereka.

Ialah malu bertanya sesat jalan kan cikgu. Untung bekas anak murid dapat cikgu macam Etuza.

Cuma malu itu biarlah bertempat nanti jangan dikatakan sampai tidak tahu malu pula.

Seronok cikgu dapat berjumpa dengan mereka. Moga mereka berjaya raih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan hidup masing-masing.

semoga berjaya STPM =)

Aamiin, semoga bekas pelajar etuza cemerlang dalam STPM dan juga semoga masalah covid 19 ini segera berlalu pergi..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger