Umrah Wajib Sekali Seumur Hidup. Part 3

Umrah Wajib Sekali Seumur Hidup. Part 3
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Mengenang kembali bagaimana tercetusnya Kembara Umrah pertama Etuza dan isteri, Etuza teringat ketika sedang membaca mesej yang bertubi-tubi dalam Instagram mahupun what supp secara tiba-tiba Etuza nampak satu infor dalam bentuk imej mempamerkan pakej UMRAH serendah RM4790.00. Etuza lama merenung imej tersebut dan screen shot imej tersebut agar Etuza dapat rujuk semula untuk tindakan selanjutnya. Masa itu Etuza ingat sekitar bulan September 2019. Dalam hati berkata " Tak lama lagi cuti sekolah hujung tahun, rasanya inilah peluang keemasan mengerjakan UMRAH bersama isteri. Dapatlah mengisi masa cuti dengan beribadah". Begitulah dalam sanubari Etuza.

Selang beberapa hari Etuza rujuk lagi pakej Umrah tersebut. hati bagaikan di tarik-tarik hendak tahu kenapa sebegitu murah. Tapi Etuza tidak pula hubungi pengurus Pakej Umrah dari Instagram tersebut. Etuza ingat Pakej Umrah itu di urus dari Semenanjung. Sebaliknya Etuza hubungi Tuan Haji Ahadin Haji Arinin, sepupu Etuza yang masa itu berada di Tawau, Sabah. Kami berhubung melalui phone dengan menggunakan what-supp, dalam mesej Haji Ahadin memberi nasihat, nasihat Tuan Haji Ahadin amat meresep dalam hati Etuza hingga Etuza seram sejuk naik bulu roma membaca nasihat dia. Nasihatnya seperti berikut.

 " Jika ada niat nak Umrah tunaikan selagi ada tenaga dan selagi masih muda, nanti nak tunaikan Umrah atau Haji apabila dah tua pergerakan terbatas dan fizikal sudah tidak kuat,  banyak pergerakan yang sukar dilaksanakan, selain itu nanti akan berlaku ketiadaan sumber, maka nak Umrah atau Haji pun sudah tidak dapat kerana ketiadaan sumber"
Kata-kata Tuan Haji Ahadin seperti di atas sering menghantui benak fikiran Etuza, kerana kata-kata itu sesungguhnya amat-amat benar. Peliknya bila Etuza buka balik whatsupp antara saya dan Tuan Haji Ahadin, kata-kata tersebut tidak ada lagi, Etuza cari dan cari, scroll semua kata-kata perhubungan kami, Etuza nak baca dan baca lagi kata-katanya, tetapi entah apa yang berlaku. Dalam semua kata-katanya tidak ada pula tersave kata-kata seperti di atas. Lalu Etuza berdiam diri dan bersangka baik bahawa kata-kata itu telah hilang secara sendiri bila VIVO Phone Etuza terformat sendiri, menjadikan kata-kata tersebut hilang. Etuza nampaknya tidak sempat beri mama ( isteri Etuza ) tengok dan baca kata - kata bagaikan keramat itu.

 Buku panduan UMRAH dari Agen Syarikat Harmony Travel

 Etuza nekad dan niat sungguh-sungguh agar dapat juga mengerjakan UMRAH WAJIB semasa cuti sekolah hujung tahun 2019. Etuza yakin Allah beri jalan pada hambaNya yang berkemahuan. Etuza sentiasa berdoa dan berdoa selain selalu merenung  Kaabah yang menjadi penghias dinding ruang tamu rumah Etuza. Etuza berusaha gagah diri sering datang ke Masjid terutama ada ceramah dan tazkirah dari para Ustaz, Etuza datang dan bertanya hal Umrah kepada yang sudah mengerjakan Umrah di kampung. Alhamdulillah Etuza mendapat semangat dan kekuatan selain Allah memberikan rahmat dan rezeki kepada Etuza dan mama. Syukur Alhamdulillah ya Allah. 

Diringkaskan cerita, Etuza dan Mama mengambil keputusan menghubungi Agen Syarikat Harmony yang ada cawangan di Keningau, agar lebih mudah dan cepat mendapat Informasi. Etuza berjaya mendaftar dan settel semua kos sejumlah RM8290.00 seorang melalui agen ini dengan menghubungi beberapa kali Puan Shanty yang tinggal di Kampung Limbawan Keningau. Dia lah yang banyak membantu menjayakan Umrah Wajib Etuza dan mama. Terima kasih Puan Shanty. Dan Hotel kami ialah Hotel Royal Safwah yang paling hampir dengan Masjid Baitull Al Haram serta hotel bertaraf 5 bintang. Memang selesa sekali hotel ini.

Selesai mendaftar Umrah dengan Syarikat Harmony Travel, Etuza mulakan membaca banyak hal tentang Umrah, menghafal Talbiah dan memahami syarat wajib Umrah dan pengertian Umrah. 

Penegertian Umrah ialah : UMRAH PADA SYARAK IALAH MENZIARAHI BAITULLAH AL-HARAM KERANA MENGERJAKAN TAWAF, SAIE DENGAN MENURUT SYARAT-SYARATNYA SERTA MENUNAIKAN SEGALA WAJIB-WAJIBNYA.

Hukum Umrah ialah : UMRAH DIWAJIBKAN SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP KE ATAS SETIAP ORANG ISLAM YANG SUDAH BALIGH, BERAKAL, MERDEKA,BERKUASA SAMA ADA LELAKI ATAU PEREMPUAN.

 Jermaah Umrah dari Sabah sedang menuju menaik Bas
dari Jeddah ke Mekah

 Gambar kenangan Etuza dan Mama di Kota Madinah, bersebelahan dengan 
Masjid Nabawi yang bagaikan Syurga...Subahanallah..

Apabila telah selesai mendaftar mengerjakan Umrah kali pertama, Etuza dan mama di beri banyak informasi agar lebih bersedia dengan adanya jemputan KURSUS UMRAH di Masjid Taqwa, Keningau dan KURSUS UMRAH di Kot Kinabalu, Sabah. Memang banyak perkara kena tahu dan harus dipelajari. Bila kita mengerjakan Umrah kita diumpamakan tetamu Allah, kita datang begitu hampir dengan Allah, dengan itu persiapan dari segi emosi, keyakinan diri, fizikal dan mental harus diberi perhatian agar kehadiran kita di Kota Mekah dan Madinah kita dapat merasakan nikmatnya beribadah dan sentiasa mengharap keredaanNya. berserah diri kepada Allah tanpa ragu lagi. .

 Ambil gambar sementara menunggu bas
bertolak dari Jeddah ke Merah

 gambar mama juga di abadikan dalam blog ini

Bergambar beramai-ramai..ini lah Jemaah Umrah dari Sabah,
Kelantan dan beberapa Jemaah Umrah dari Semenanjung Malaysia.
Di bawah agen Syarikat harmony Travel.

Jumpa lagi di lain catatan

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bln lps selepas solat Jumaat di Masjid Tanah Merah abe kie ternampak booket syarikat Harmony Travel ni. Ada mcm2 harga pakej. Nampak mcm berbaloi juga. In Shaa Allah akan ke sana sebelum usia 5 dekad. Aamiin..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. alhamdulillah. doakan kami pulak dijemput menjadi tetamu Allah di tanah suci ^_^

    BalasPadam
  3. doakan semoga saya juga dapat mengerjakan haji dan umrah ya cikgu =)

    BalasPadam
  4. Blogger WP dan Abam Kie..alhamdulillah terima kasih, inshaallah apabila kita ada niat yang kuat pasti Allah segerakan Umrah tu..

    BalasPadam
  5. Umi Nazirah dan trmizi..pasti Allah kabulkan..lebih baik ketika masih muda ya..inshaAllah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tahniah cikgu dapat menjejakkan kaki kat Mekah. Doakan utk kami juga ya cikgu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, tahniah cikgu Etuza. Rindu pula nak ke sana lagi & semoga sentiasa dipermudahkan buat kita semua menjadi tetamuNya.. aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.