Update Bunga Kertas Baru

Update Bunga Kertas Baru

Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Syukur kehadratNya kerana kita semua diberi kesihatan dan kesempatan. Banyak rezeki yang Allah beri, sungguh-sungguhlah kita menadah tangan bersyukur pada semua nikmat ini. Alhamdulillah.

Hari ini, Etuza nak kongsikan bunga baru Etuza yang mulanya Etuza beli bunga kertas ini dengan harga RM40.00 dari Puan Masna di Bayangan Trading tempoh hari. Kini bunga ini menyerlahkan kecantikannya pada daun yang kuning keemasan dan di salut daun hijau. Pada masa daun masih muda daun bunga kertas ini kuning berkilat, apabila daun sudaih matang, bertukar daun kuning tersebut menjadi hijau tua. Luar biasa kan. Kelopak bunga agak pink dan jika di amati kelihatan agak purple. Cantik bunga kertas ini, kini telah Etuza letak dalam pasu besar dan berkaki. InshaAllah apabila bunga dah rimbun akan Etuza kongsikan lagi gambar bunga kerats baru ini. 

Bunga Kertas ni ada nama lupa dah Etuza. Nanti Etuza tanya balik Puan Masna

Bunga kertas kedua ialah Bunga Kertas Tanglung Purple. Bunga kelihatan seperti Tanglung yang di gantung oleh suku kaum Cina apabila Tahun Baru Cina. Ha sebegitulah bunga kertas Tanglung Purple ini. Orang sini bagi nama jolokan nama begitu, Etuza pun akur dan ikut saja apa mereka namakan bunga kertas ini. Yang sebenarnya bunga ni si bunga kertas dari jenis lain sepsis kertas. Baiklah sebelum undur diri sila anda KLIK ANUGERAH dalanm blig Etuza. Selamat berehat dan  ceria di hari Jumaat.


Bunga Kertas Tangulung Purple di laman Etuza

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. daun kuning,bunganya pink terang..satu kombinasi yg kontra,menyerlahkan lagi cantiknya b7unga

    BalasPadam
  2. Cantik bunga ciptaanNya ni Puan kamsiah..

    BalasPadam
  3. Cukup dulu blogwalking..ada urusan ya..inshaAllah ada masa senggang rehat2 boleh lah online balik..Etuza guna komputer tak seronok online guna phone..kepada yang biasa guna smart phone ..terbaik bagi anda..itu bukti anda masih terang penglihatan..rezeki tu

    BalasPadam
  4. Cantiknya .

    Sayapn guna smartphone tapi perlu ada cermin mata, maklumlah dah 40an.. matapun tak seterang dulu. .

    BalasPadam
  5. cantiknya bunga kertas menghiasi laman rumah tu..

    BalasPadam
  6. Tenang jiwa melihat tumbuhan2 segar malah unik.. menariklah cikgu Etuza.. meriah :)

    BalasPadam
  7. bagus cikgu rajin bertanam tanam ni , cantiklah laman cikgu

    BalasPadam
  8. Cantik. Tapi tak suka bunga kertas sebab cepat sangat menjalar. Tak trim nanti nampak semak. huhuhu

    BalasPadam
  9. boleh tahan harganya ye ... tp mmg unik daun dan bunga nya bertukar color

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.