Rabbit Land Di Bukit Bayu Jalan Kimanis Kota Kinabalu, Sabah

Rabbit Land Di Bukit Bayu Jalan Kimanis Kota Kinabalu, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Di jalan Kimanis - Kota Kinabalu, kini telah di buka satu Taman Arnab yang belum Etuza ketahui milik siapa. Dahulu tempat ini kering kontang dan terdapat satu bangunan kongkrit yang tidak siap, hanya sekadar rangka sahaja. Besar bangunan itu tetapi tidak siap. Etuza perhatikan struktur binaannya berseni dan  ada maksud rekabentuk bangunan yang kelihatan lusuh dan berusia itu.

Kawasan depan bangunan itu rata dan seolah-oleh berada di atas bukit. Dalam hati, tempat ini berpotensi menjadi tempat peranginan dan rekreasi yang menarik. Akan jadi apa kawasan ini, mesti tempat ini milik seseorang. Begitulah kata hati lelaki ini. Ha ternyata kini kawasan ini nampak nafas baru, berfungsi dan semakin digemari oleh pelancong jauh dan dekat, apatah lagi tempat ini sesuai untuk persinggahan, berehat atau tempat berhenti untuk tujuan mencari tandas. 

Apa di fikiran Etuza dahulu kini terjawab, cuma Etuza tak pasti siapa pemilik RABBIT LAND INI DI BUKIT BAYU. Indah sekali pemandangannya tau, nampak lautan di hujung sana. terdapat beberapa jenis haiwan boleh kita lihat di sini. Ada meja tempat duduk untuk berehat sebelum meneruskan pemanduan dari Keningau ke Kota Kinabalu atau dari Kota Kinabalu ke Keningau, Tenom dan Nabawan. Mari lihat gambar kami pula.

Open Now..

Signboard Rabbit Land Tepi jalan Kimanis Bulit Bayu


Suasana di Rabbit Land..semakin ramai pengunjungnya




Belakang Etuza tulah bangunan yang dahulu hanya rangka kongkrit..
sekarang ada penambahan bangunan dan kata seseorang bangunan ini 
adalah HOTEL nanti. Wah hebat ni..


Macam seronok ja naik kuda ni..ala dah tua malu juga rasanya 
bagi lah chan kanak-kanak kan

Ambil gambar dengan kuda di Rabbit Land. Ala bagilah peluang
kanak-kanak naik..InshaAllah akan ada juga gambar Etuza naik kuda ni

Pemandangan nampak lautan di sana. Di Kota Kinabalu lah tu..jauh lagi 
perjalanan belum separuh..berpuluh kilometar lagi


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. tenang je tempatnya, sejuk mata memandang... ada rabbit ke tu etuza...

    BalasPadam
  2. Ada rabbit tu serta haiwan lain..inshaAllah ada nanti Etuza kongsikan ya..masuk di dalam rumah rabbit kepanasan agaknya rabbit tu

    BalasPadam
  3. Cantiknya pemandangan kat sana. Tempat yang tenang dan sesuai untuk bawa family jalan-jalan.

    BalasPadam
  4. Bestnya rabbit land. Cantik pemandangan di situ...

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat isi masa lapang sempena cuti panjang

    BalasPadam
  6. Byk ka arnab kat situ. . Seronok tgk pemandangan kt sana

    BalasPadam
  7. Banyak tempat menarik di Sabah, entah bila saya akan sampai disana

    BalasPadam
  8. saya teringat rabbit land ni seolah di kundasang pulak suasananya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.