Update Imej Pagoda Di Tuaran Sabah
Asalamualaikum & salam Sejahtera
Hari ini awal pagi, tiba-tiba entri baru Etuza tentang sebuah Tokong Cina di Tuaran, Sabah. Gambar imej itu cantik pada Etuza dan Etuza terfikir di Tuaran Sabah, daya tarikan pelancong adalah dengan adanya bangunan ini. Sebab itu Etuza yakin akan menarik perhatian ramai di blog jika imej Tokong Cina ini ke udara maya di blog milik Etuza.
Wah ternyata sebagai orang Sabah, agak malu juga dengan seorang blogger ini, yang Etuza gelar Ustaz, kerana paparan blog dia membicarakan hal-hal ketuhanan dan memantapkan iman dan taqwa dalam agama Islam. Blog itu ialah milik blogger abuikhwan Klik. Blogger ni telah membuat komen di laman Etuza bahawa bangunan tu bangunan Ling- San Pagoda di Tuaran Sabah. Segera Etuza search di google. Betullah namanya Pagoda di Tuaran menurut sumber commons.wikimedia.org.( Klik )
Etuza ucapkan terima kasih kepada Ustaz abuikhwan kerana memberi ilham agar Etuza kembang kan sedikit minda untuk mengenali Bangunan Pagoda yang di bina oleh orang Cina pada tahun 2014 di Tuaran Sabah.
Etuza save dan terbitkan dari Wikimedia.gambar lebih jelas untuk tatapan semua.
Lokasi : Tample Ling - San Pagoda di Tuaran Sabah
Tempat ibadat orang Cina pengamal Agama Buddha/ Buddhist
Di bina pada : 2014
Etnik masyarakat Sabah memang terdiri dari pelbagai suku kaum. Kaum terbesar dan mojariti di Sabah ialah Masyarakat Kadazan - Dusun. Inilah suku Etuza Kadazan Dusun. Dan menariknya di Sabah ialah walaupun berbagai suku kaum dan anutan agama, kami hidup bersatu padu, saling menghormati agama dan budaya masing-masing. Jika ada perayaan seperti Hari Raya budaya menjemput dan menghadiri perayaan mengikut anutan masing-masing adalah menjadi kebiasaan masyarakat Sabah. Salam hormat kita Punya Malaysia.
Lokasi atau paparan kawasan Daerah Tuaran, Sabah..
Kepada blogger yang ada niat ke Sabah. kami ucapkan
SELAMAT DATANG KE SABAH.
5 Ulasan
Menghormati satu sama lain itu sangat pentingkan Cikgu..
BalasPadamBetul sekali PC..
BalasPadamIni antara khazanah yg melambangkan kepelbagaian bangsa dan budaya yang saling menghormati di Sabah. Teringin juga nak ke Sabah nanti :)
BalasPadamTeringin nak lawat Sabah
BalasPadamWah, cantik betul binaannya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.