Pesan Irfan Khairi
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Selamat berhujung minggu.

Tertarik dengan kata-kata nasihat atau kata madah yang membuat Etuza berfikir sejenak kata-kata ringkas dan mengandung banyak makna dari pakar Motivasi Irfan Khairi. Katanya " JANGAN KISAH APA ORANG KATA JANJI KITA BAHAGIA" Menarik kan kata-katanya itu. 

Etuza ertikan kata-kata itu merujuk kepada kata-kata negatif dari sesiapa sahaja, kata-kata menghina kita, mengeji kita atau kata-kata menjatuhkan kita, merendahkan kita atau memandang serong pada kita. Sebegitu juga adanya kata-kata berbaur benci kepada kita sedangkan kita langsung tidak bersalah. Apabila kita terdengar kata-kata menjatuhkan kita atau mengeji kita, tak perlulah kisah sangat, tetapi fikirkan bahawa kita tidak membuat kesalahan pun kita tidak seperti apa yang di sangka oleh orang yang menghina kita. Kita berada di jalan yang betul, kita hanya berserah pada Allah, kita menjalankan ibadah perintahNya. InshaAllah kita akan bahagia tanpa tertekan kesan daripada kata-kata negatif terhadap kita. JANJI KITA BAHAGIA. Begitu lah hendaknya hujah Etuza apabila terbaca kata madah dari Irfan Khairi.

Ha jom sarapan lah dulu ya. Ini gambar 2014,masa tahun ni 
Etuza masih amalkan meminum air sejuk, biasa nak oder
minuman lemon teh ais.

Kata-kata dia buat kita berfikir sejenak.