Tanda - Tanda Masalah Jantung

Tanda - Tanda Masalah Jantung 

Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mood hendak membuat entri baru nampaknya datang lagi, Etuza kurang pasti kehadiran idea di minda Etuza ini di dorong oleh apa. Kemungkinan keadaan tenang dan tiada hendak dibuat ketika di dalam rumah maka dengan mudahnya kaki melangkah dan membuka komputer ini. Tengok semua folder kiranya ada bahan hendak diceritakan kepada umum.

Baiklah, Etuza terpanggil untuk mencatat hal tanda-tanda masalah jantung kita. Kita semua ada jantung, jantung dalam tubuh badan kita sangat-sangat kita harapkan agar sihat dan bergungsi dengan baik. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan kita ini ada kaitan dengan kebolehan jantung kita megepam dan merembas darah ke seluruh badan.

Masalah serangan jantung kepada individu hingga membawa maut sering kita dengar dan ada kenyataan bahawa Sakit Jantung adalah antara pembunuh senyap yang menyerang manusia di dunia ini.  Sebagai langkah awal mari kita lihat beberapa tanda-tanda masalah jantung kita. Andai ada antara kita yang merasakan keadaan tersebut dengan kerap mohon jangan berlengah untuk menemui doktor di hospital atau di klinik berdekatan dengan anda semua.

Kenali tanda-tanda masalah jantung ..Gambar hanya menghias blog..

Apakah tanda-tanda masalah jantung ? Sila ambil serius.

1. Terasa sakit dada yang menghimpit
2. Sesak nafas dan kesukaran bernafas
3. Jantung berdebar,berpeluh tiba-tiba atau pucat
4.Sakit perut mengejut
5. Rasa seperti ditekan, sempit berat atau ketidakselesaan pada dada yang datang dan pergi.
6. Tekanan atau sakit yang merebak ke bahu, leher , rahang, belakang atau lengan.
7. Pening atau mual.
8. Rasa cemas, lesu ataulemah yang tidak dapat dijelaskan terutamanya dengan rasa tegang.
9. Merasa lelah naik tangga hingga nafas sukar di tarik.

Etuza mendapat maklumat ini menerusi satu pembacaan Etuza pada sebuah majalah nipis yang menyentuh tentang  HARI JANTUNG SEDUNIA. Hargailah setiap degupan jantung kita. semoga ada manfaat dan teruskan menambah ilmu melalui banyak pembacaan. Jumpa lagi.



Hargailah setiap degupan jantung kita..Semoga sentiasa sihat dan ceria. 
Gambar Etuza sekadar hiasan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kita harus membaca tips kesihatan agar kita miliki pengetahuan sedikit tentang apa jga masalah kesihatan..inshaAllah

    BalasPadam
  2. MOGA JANTUNG KITA TERPELIHARA DRPD SEBARANG MASALAH

    BalasPadam
  3. Good info. Maklumat yang semua orang perlu tahu supaya tidak panik jika tanda tanda itu berlaku.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.