Rempah Ratus Di Bandar Kuching

Rempah Ratus Di Bandar Sarawak

Bertemu lagi di udara maya, nampaknya belum habis cerita dan kenangan di Kuching Sarawak. Bukan taksub dengan keindahan Sarawak, akan tetapi mengkongsikan kepada anda beberapa daya tarikan di Kuching Sarawak. Menerusi paparan blog ini nanti diharapkan pelancong ramai datang ke Sarawak, justru itu akan menambahkan ekonomi pendapatan negeri Sarawak. Ha bagus kan. 

Etuza terpanggil buat entri di blog hal Rempah Ratus di Bandar Kuching ini. Tempat jualan rempak kari ini berada setentang dengan Masjid India yang belum siap dengan sempurnanya. Segugusan juga tempat ini di Waterfront yang menarik sebagai tempat berjalan-jalan naik jambatan melihat keindahan tasik dan bangunan DUN Sarawak.

Etuza lihat banyaknya tak terkira lorong kedai menjual rempah atau kari yang berbagai jenis. Ini Sarawak bukan dekat Mesir, tetapi ada menyediakan jualan kurma, kismis dan berbagai makanan ala-ala bahan dari Mesir. Atau memang barangan jualan rempah ini di oder dari Mesir. Etuza sekadar mengagak sahaja.

Cuba anda tengok pelbagai kari siap dengan harganya sekali. Dan yang menjualnya terdiri dari orang India dan Melayu sarawak. Jika hendak ke Kuching Sarawak rasanya tidak sah jika tidak datang ke lokasi ini. Tempat jualan kari rempah di Bandar Kuching.

Pendek kata apa juga bahan kering untuk menambah perasa makanan atau sayuran anda ada di sini. Ada juga ikan bilis dan ikan masin, ianya makanan kering yang halal. 

Di kawasan ini nanti kita akan dapat melihat sebuah Masjid indah, iaitu Masjid India yang sedang dibina dalam 98 % telah disiapkan. Hanya menunggu dicat sepenuhnya dan digunakan. Kelihatan Masjid India di Bandar Kuching ini seakan terapung seperti Masjid Kristal dan Masjid di Sungai Ibai Kuala terengganu. Seniukirannya cantik dan dapat menarik pelancong datang melihat Masjid India ini. baiklah ikut Etuza tengok rempah kari yang ada.

 Makanan lain di sini, kurma dan lain-lain lagi

Ikan bilis, lada kering dan lain-lain juga ada dijual di lorong ini.
Bangunan memanjang ini sebenarnya bangunan lama di Kuching, Sarawak.

Tengok deretan jualan kari dan bahan kekacang di hamparkan..banyak tu

Isteri sudah memilih hendak di bawa pulang ke Sabah.

Panjang juga lorong ni dan sepanjang lorong inilah ada jualan kita lihat
dan biasanya mereka jual rempah kari..aromanya hummm!! sedap

Masih jauh tu..kami kini hendak ke Pasar Niaga Satok..
kami melalui lorong ini kerana tertarik melihat rempah kari

Inilah dia Masjid India di Bandar Kuching..seakan terapung.Nampak tak

Mengabadikan kenangan depan Masjid India di Kuching Sarawak.
Masyarakat Sarawak kena gembira berada di Bumi Sarawak yang indah dan luas..
kaya dengan budi bahasa dan orang yang baik-baik belaka.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. teringin hendak ke Sarawak..semoga Allah beri rezeki akan datang lagi ke Sarawak

    BalasPadam
  2. Cantik masjidnya..harap nanti bila cheq ke Kuching, dapatlah cheq solat di situ. Perkongsian yang menarik :)

    BalasPadam
  3. Subhanallah, cantik betul masjid tue..

    BalasPadam
  4. Seronok tengok kurma-kurma tu Cikgu...

    BalasPadam
  5. Dah beberapa kali ke Sarawak.
    Memang menarik tempatnya.

    BalasPadam
  6. WAH BANYK BORONG REMPAH RAATUS TU...CANTIKNYA MSJD DIBNA TERAPUNG

    BalasPadam
  7. Tengok rempah ratus dan bahan2 makanan kering tu pun boleh buat terbuka selera.. belum jadi hidangan lagi hehe. Menarik pengalaman ni cikgu Etuza.

    BalasPadam
  8. tarikan terbaru di bandaraya Kuching..dah hampir siap..

    BalasPadam
  9. Betulla, mcm kt negara Arab plak, ada jual kurma bagai.
    Apapun sgt menarik, in shaa Allah dpt menarik ramai lagi pengunjung.
    Saya pun tingin nak ke sana, tapi bajet blm mencukupi, kena naik belon bah, tambangnya aja udah berapa? Huhu

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum cikgu etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Suka tengok deretan kedai menjual rempah ratus tu. Rambang mata nak memilih rempah. InsyaAllah ada kesempatan, daya dan upaya akan sampai ke sana.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum salam ziarah :)

    Menarik nampaknya pasar rempah ni. Pasti akan ke sini kalau ada rezeki berkunjung ke Sarawak :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.