Pilih Murah Atau Berkualiti

Pilih Murah Atau Berkualiti
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Sebagai pengguna adakah kita tergolong dari golongan yang sentiasa berwaspada, tidak mudah terpengaruh atau tergolong dari golongan pengguna yang mudah terpengaruh. Sebagai rakyat biasa yang berpendapatan sederhana sebaiknya kita memilih untuk menjadi lebih bijak dalam berbelanja.Adakah kita pengguna yang benar-benar bijak atau bagaimana.

Sebagai contohnya, kita ternampak paparan banner besar semurah RM2.50, malah ada yang semurah RM 1.50 dalam pelbagai jenis barangan dapur. Kemudian kita terpedaya oleh promosi atau iklan yang besar sekali, kita masuk ke shoping dan membeli itu ini kerana terasa seronok dengan harga yang semurah dalam banner. Tipulah jika Etuza dan keluarga lain tidak membeli. Setelah berpuas hati datang ke kaunter dan bayar mencecah hampir RM200. Banyak juga tu walaupun dalam himpunan harga RM2.50 setiap satu set barangan yang dibeli.

 Sampai di rumah mulai lah menggunakan barangan RM2.50. Tanpa terduga sekali pakai ada yang rosak walaupun bukan semua. Mulaia rasa tertipu kesal dengan sikap mudah terpedaya. Apakan daya sudah membeli berbagai alat keperluan, ratusan ringgit sudah dibelanjakan tetapi akhirnya kualiti barangan dibeli kurang berbaloi dari segi ketahanannya. Namun bukan semua cepat rosak ada juga yang tahan hingga bertahun lamanya.

Sebagai pengguna, ada baiknya kita berdisiplin dalam membuat pembelian dalam berbagai produk masa kini. Di mana sebahagian dari produk tersebut tidak berkualiti. Nasihat dan pesan Etuza kepada diri sendiri, belilah barangan yang agak mahal tetapi kualitinya tinggi hingga anda menggunakannya merasa amat berpuas hati. Kata orang " MENANG MEMBELI MENANG MAMAKAI"
Bermaksud barangan yang mahal yang kita beli tetapi kita merasa amat berpuas hati terhadap kualiti barangan tersebut sehingga tidak lagi berulangkali membeli barangan yang sama apabila kualiti rendah dan cepat rosak.

Antara kegunaan barangan dapur yang kita beli, tempat juadah yang berbagai jenis.

Berbagai barangan alminium atau stil yang dijual dalam 
harga yang cukup murah.Memang kita terpedaya..

Di susun cantik menjadikan kita terpikat..
dan membeli, bijak lah menjadi pengguna...

Ruangan di lorong ini..selalunya menjadi kegemaran Etuza
membeli untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan..harap ada juga kualitinya..

Barangan stil yang murah..pastilah terbeli juga..
keperluan sehari-hari..kadang bila semua alat di dapur nampak baru
 seisi keluarga merasa gembira.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. memang kita mudah terpedaya kan..hehe

    BalasPadam
  2. Saya akan pilih yang berkualiti. .

    BalasPadam
  3. Saya biasanya pilih yang murah untuk keperluan harian dan untuk barang elektrik biasanya yang kualiti...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.