Hari Jantung Sedunia
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari Jantung Sedunia adalah jatuh pada 29 September setiap tahun. 29 September itu diambil untuk memperingati bahawa kesihatan jantung adalah penting sekali dengan tidak mengira berapa usia kita semua. Apapun ambil lah langkah sentiasa bertindak agar mengamalkan gaya hidup sihat yang bertujuan menyihatkan JANTUNG ANDA.
Penyakit kardiovaskular ( CVD) boleh menyerang orang muda atau tua, dan walaupun CVD sering dianggap sebagai masalah "lelaki", Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) melaporkan bahawa CVD juga adalah pembunuh nombor satu wanita. Ia juga melaporkan bahawa CVD menyebabkan 46 % daripada kematian wanita yang lebih tua di seluruh dunia,sementara kanser hanya 14 %.
Buatlah pemeriksaan jantung anda, tekanan darah anda, tahap kalestrol setiap tahun. Sayangi jantung kita dan semoga sentiasa sihat, jantung sihat menjamin kelangsungan hidup sesiapa sahaja. Berkaitan jantung klik SINI.
Simbol sayang persahabatan dan melambangkan hati yang sentiasa kekal dengan kasih sayang.
Sayangi jantung Anda. Salam bahagia. Etuza. ( Gambar sekadar hiasan blog )
6 Ulasan
Menjaga dan menghargai jantung kita adalah tanggungjawab kita sendiri
BalasPadamSayangi jantung kita.
tak pernah buat pemeriksaan jantung saya ni
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi dari masalah jantung..
BalasPadambagus juga ada hari jantung sedunia. ia sebagai peringatan untuk menjaga kesihatan
BalasPadamSelamat Hari jantung sedunia 😆
BalasPadamAcara yg positif utk kita sama2 ambil sbg peringatan yg memotivaskan dlm penjagaan kesihatan. Sayangi jantung kita.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.