Toboh Sea Masih Dalam Ingatan

Toboh Sea Masih Dalam Ingatan

Toboh Sea..begitulah nama yang di letakkan di hadapan
 cermin depan NISSAN V..

 Assalamualaikum wbt.

Teringat semula kenangan lalu ketika menjadi pemilik NISSAN V dalam gambar.Selalu bersama walau ke mana jauh atau dekat di redahnya demi berkhidmat kepada tuannya yang hanya pandai mengemudi. Bila melihat galari album kenangan dalam komputer ternampak gambar NISSAN V yang telah di miliki oleh orang lain yang tinggal di Kampung Toboh Laut, Keningau.

Sejak akhir-akhir ini kalibat NISSAN V ini sukar saya temui. Sudah agak lama, ke mana agaknya NISSAN V ini berada ketika ini. Orang yang membeli nya cukup jaga, pandai menjaga dengan penuh kasih sayang berbanding Etuza.Banyak betul jasanya kepada keluarga Etuza, pernah ke kebun ke Kota Kinabalu dan di serata tempat di Daerah Keningau. Namun sudah sampai masanya bertukar tangan, kerana tuntutan kehidupan memerlukan kenderaan lain.Jalan penyelesaian ialah menjual dengan harga berpatutan.

NISSAN V yang masih cantik ..hanya tinggal kenangan abadi..

Etuza ingat beli kereta ini pada tahun 1995. Agak lama Etuza memakainya. Menjadi kenderaan untuk mak Etuza berniaga di Pasar Malam Daerah Keningau sekitar tahun 1996 hingga tahun 2002. Apabila Etuza sambung belajar di UMS Sabah, sekali lagi kereta ini Etuza gunakan dan sangat memberikan rasa ingatan kenangan detik itu hingga meninggalkan kesan di jiwa. Syukur kepada Allah dan terima kasih NISSAN V. Jasamu tetap abadi dalam kalbu ini.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Alahai Cingu Etuza sudah mula rindu2an sama NISSAN V (sib baik rindukan keta cuma, opssssss.... )

    BalasPadam
  2. KENDERAAN YG BNYK KHIDMATNYA TU KPD CIKGU ETUZA N KELUARGA.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.