Pengganti Yang Telah Hilang
Melati dan dua ekor anaknya..Gambar Terbaru Kucing Keluarga Etuza
COMEL TAK KAMI.PENGGANTI YANG TELAH HILANG..
Bertemu lagi di udara maya. Semoga sihat semua. Bagi sesiapa yang kurang sihat hari ini segeralah ke hospital atau ke klinik kesihatan dapatkan rawatan pemeriksaan doktor.
Ceritara hari ini ialah hal kucing seperti dalam gambar yang menarik itu. Bagi penggemar blog Etuza, pastinya ada banyak kali membaca atau melihat gambar-gambar kucing peliharaan kami sekeluarga dan dengan nama yang berbagai anak-anak Etuza bagi kepada kucing tersebut.Cerita sebelum ini, Etuza kisahkan anak-anak kucing dan kucing kami yang agak banyak telah mati diserang virus pada bulan september hingga oktober 2016. Berbagai usaha merawat tetapi tetap tidak basmi virus tersebut. Bagaimanapun masih ada beberapa yang masih selamat masih tetap hidup setelah kucing tersebut berjuang menyembuhkan diri sendiri. Sebab hari itu Etuza redha jika sekiranya tiada seekor pun yang selamat. Ya Allah hanya engkau yang tahu begitu hiba saat melihat satu persatu kucing peliharaan pergi tak kembali.
Seronoknya kami di laman Tuan kami hehehe
Kini ada beberapa ekor lagi dilahirkan oleh kucing yang masi selamat. Kucing betina bernama Melati kini memiliki dua ekor anak baru. Masih selamat walau saat Melati melahirkan anaknya virus masih menyerang dan dua ekor anak Melati juga tempias dengan kesan virus tersebut. Dengan penjagaan dan rawatan yang anak gadis Etuza lakukan semuanya selamat. Alhamdulillah. Kini sudah 4 bulan usia anak-anak Melati. Subahanallah bulu putih dan gebu serta sangat comel. pandai pula tu memberikan aksi-aksi menghiburkan. Rasa penat terus hilang kala melihat aksi-aksi si comel. Cuba anda tengok lah gambar ini.Seronok kan. Cuma bagi yang ada jiwa pasti dapat rasakan nikmatnya melihat kerenah kucing ini.Kehadiran anak-anak kucing ini sedikit mengubat rindu, telah Allah beri pengganti yang baru dan elok.
Begitu hebatnya haiwan ini Allah ciptakan untuk kita yakni manusia peliharanya. Sayangi dan jagalah kucing anda secara yang betul. Pasti anda dapat melihat sesuatu perbuatan kucing bagaikan membalas budi baik tuan pemeliharanya.
Pandai tak saya naik ...alamak tak dapat naik lah...hehehe
Mak kucing dah naik ..agaknya saya dapat ke naik ke atas..hehehe
Inilah anak gadis Etuza yang amat-amat menyayangi kucing. Etuza mendoakan semoga kehidupan anak-anak Etuza Allah anugerahkan kebahagiaan di masa depan. Sesungguhnya kehidupan kita amat bermakna apabila kita diberi kan anugerah terhebat iaitu anak-anak kelahiran sendiri.
Ha jangan cuba kacau anak-anak miow, nanti kena cari . Inilah orangnya yang amat menyayangi kucing. Katanya menyayangi kucing Sunnah Nabi tau. Salam kasih sayang . Jumpa di lain cerita.Jangan lupa KLIK MELATI and THE GENG,
9 Ulasan
Dlm seminggu dua ni, ada seorang kucing (milik jiran) dok buang air besat atas lantai @ mozek depan rumah, pagi petang, stress weyhhhhhhhh...
BalasPadamCikgu ada petua tak nak elakkan ia membuang merata2?
Aad cara sebenarnya, namun kena sabar, lepas dah baiasa inshaAllah akan mudah urusan memeliharanya. Ada anak buah Etuza ..sanggup beli kucing RM 500 ...comel..lain kucing tu bulu macam rimau ..hehehe
PadamUmi cuba google juga ya
Astagfirullah, seorang kucing pula, seekor kucing, adududuhhhhh, kesilapan teknikal.. ~_^
Padamsinggah pagi khamis
BalasPadamfaham bagaimana perasaan bila kucing yg dibela hilang..sama pergi atau mati..
BalasPadampandai mereka posing. comel plak tu.
BalasPadamrupa mcm kucing yui gak, namanya Seri & Sepet
comelnya.... Unni penah pelihara dua ekor kucing, tapi dua2 mati.. lepas tu x berani da nak pelihara :(
BalasPadamWP pun ada pelihara beberapa ekor kucing.
BalasPadamAlhamdulillah, sihat2 belaka.
Saya faham perasaan hilang anak kucing. Sedangkan kucing di rumah yang hanya datang makan hilang pun rasa sedih. Apatah lagi kucing yg dibela
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.