Menyerikan Halaman & Menghilangkan Rasa Penat
Asalamualaikum wbt.
Musim cuti, memang masa untuk berkebun menjadi kerja seharian tanpa rasa jemu dan penat. Membersihkan rerumput di pasu-pasuan mahupun di tanah sekitar halaman kediaman keluarga Etuza.
Kerja hari ini adalah memindahkan anak benih bunga kertas ke pasu baru dan memindahkan bunga-bungaan lama ke pasu baru disebabkan pasu yang telah pecah dan rosak.Meletakkan baja organik dan baja untuk pembungaan. Menyiram dan menyusun atur semula pasu ke tempat yang sesuai. Memang rasa seronok hingga terasa puas hati melihat hasil tanaman bunga semakin menjadi besar dan menyerlahkan kecantikan di halaman.
Rumah di kampung memang rumah biasa-biasa sahaja, tidak seperti rumah di perumahan yang kawasan terhad dan kongkrit serta saling disempedani dengan pagar simen hingga tidak langsung kelihatan siapa jiran kita. Begitulah hakikatnya bila kita memiliki rumah di bandar. Apapun rumah kita itu rumah anda, jika ada kebun boleh lah bercucuk tanam dan membawa sedikit tanah untuk di masukkan ke dalam pasu dan menanam apa juga tumbuhan kesukaan anda. Baiklah untuk penggemar laman Etuza ini mari kita lihat serlahan bunga-bunga kertas di laman Etuza.
Bunga kertas pelbagai warna bunga dalam satu pokok...
Dicantum melalui batang muda dan ini lah hasilnya...
Pokok bunga kertas ini juga berbagai warna bunga..
cantik bila bergabung warna begini..
Sama juga yang ini ada tiga gabungan warna bunga kertas..
Di namakan bunga kertas ikan emas yang merah bunga
daun batik dan bunga kertas daun limau..bunga putih
Inilah serlahan bunga kertas daun limau ..
kata orang penggemar bunga kertas..
Tidak lupa kongsikan bunga keladi yang berbagai..
sentiasa ada di laman..
Menunggu untuk di pindahkan ke pasu baru..
Salam Maulidurrasul kepada masyarakat Islam di mana juga
berada..Terima kasih sudi melihat dan membaca Blog Etuza.
9 Ulasan
Tahniah cikgu.
BalasPadamCantik2 bunga kertasnya.
Dulu2 WP peminat bunga kertas juga, tetapi sekarang agak kurang kerana kekangan masa.
Terima kasih..ada cuti dapat urus ni, jika dah kerja ..memang ada yang tak diurus tu WP
Padamsalam maulidur Rasul cg,
BalasPadamrajin nya cikgu sebab tu halaman rumah sentiasa rapi dan tersusun
BalasPadamCantiiiiik sesangat!!
BalasPadamSuka tengok.
saya yg melihat gambar2nya pun turut merasa keseronokan yg cikgu rasai..
BalasPadamya..dikampung..halaman luas...boleh ditanam apa ja kan cikgu
Assalam...banyak pokok bunga cikgu.. berseri halaman....
BalasPadamcANTIKNYA LAMAN CIKGU ETUZA BNYK BUNGA MENGHIASINYA.
BalasPadamSejuknya mata memandang lihat bunga2 subur & segar.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.