Hajat Di Bulan Disember 2016
Asalamualaikum wbt.
Bulan Disember 2016, kian melabuhkan tirainya seiring juga wajah 2016 akan berlabuh sekali dan serentak. Kemudian akan berarak wajah baru 2017. Semoga kita semua mampu berada dalam keadaan sihat agar hari-hari di bulan baru Januari 2017 kita akan ceria dan merasa gembira menyambut angka 2017.
Hajat di bulan Disember 2016, memang banyak hajat antaranya hendak memiliki pasu khas untuk bunga kertas Bonsai seperti dalam gambar. Teringin hendak memelihara bunga Bonsai jenis bunga kertas. Kelihatan renek dan amat sedap mata memandang. Pada pandangan anda bagaimana ya? Sebab itu teringin sangat memilikinya. Untuk hajat ini pastilah lebih mudah hulur duit hanya membeli tanpa sibuk cari batang bunga kertas yang besar untuk di tanam dalam pasu khusus Bonsai kertas. Cara kedua ialah tebang pokok bunga kertas yang ada dan dapatkan batang yang unik kelihatan. tetapi sayang si bunga kertas di tumbangkan. Rasanya Etuza tidak mahu lakukan kesilapan.
Hajat ke dua juga sama, hendak mencari bunga tanaman ini yang dikata kan sesuai di tanam sebagai bunga hiasan dalam rumah. Cantik sekali. Selalu nampak bunga begini panjang daun mendongak langit.Dalam gambar daun bunga ini seolah merayap terlentang ditiap sisi pasu. Cantik dan Etuza teringin hendak memelihara bunga ini sebelum Disember 2016 menutup tirainya.
Gambar ehsan dari Google
4 Ulasan
Ha'aaa cantikkan..
BalasPadamGayanya jika ke Sabah, kena wat lawatan ke rumah Cikgu sebagai sumber ilhamku.. hu3
orang kampung ja Umi..inshaAllah..laman kecik ja..
BalasPadamBonsai bunga kertas tu cantik cikgu kalau rajin usahakannya mesti jadi
BalasPadamSemoga hasrat cikgu akan terlaksana.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.