Puding Perasa Buah-Buahan Lembut Dan Menyegarkan Di Musim Panas

Puding Perasa Buah-Buahan Mama Dimusim Panas...

Asalamualaikum...

Terasa berselera saja ketika masa cuti hujung minggu. Diam berehat di rumah bersama anak-anak, sambil menonton dan melayan hobi masing-masing terasa selera datang hendak makan apa saja yang ada.

Apapun usah terlalu melayan selera yang kadang nafsu semata-mata. Kita hendaklah kawal selera,kerana jika tidak akan menjadi satu tabiat yang mengundang bahaya pada tubuh badan. Sebab jika asyik makan dan makan pasti akan naik badan kita dan lemak akan menampal sini sana. Lebih-lebih lagi jika tidak melakukan pergerakan.Setuju ke tidak terserah pada anda semua.

Hari ini, mama sediakan puding perasa buah-buahan. Saki baki yang ada elok juga diusai menjadi santapan seisi keluarga. Tetapi mama buat banyak sangat lah. Terkejut pun ada sebab ada 32 cup seperti dalam gambar. Dalam diam ja mama buat puding ini. Sementara Etuza berada di luar rumah membersihkan apa yang sepatutnya. Tiba2 saja mendapat puding dihidangkan. Subahanallah alangkah segar tekak yang agak kering di musim panas. Apapun bukan susah hendak sediakan puding dari perasa apapun. Hanya anda sebagai suri rumah perlu ada niat ikhlas memasak dan menyediakan untuk keluarga anda.

Puding caramel kalau kena cara lagi sedap kerana ada perasa telur dan tepung kastad. Huuuu!!! sedap tu. Mama buat biasa sahaja tetapi sangat happy mendapat juadah puding perasa buahan hari ini.