Potret kenangan Hari Raya 2026, menenang kan jiwa kala melihat generasiku dan Suri Hati.
Hujung Minggu Itu Ialah Hari Sabtu & Ahad.
Apa khabar hari ini? Pasti pagi Sabtu ini memberikan rasa gembira kerana kita dapat santai bersama keluarga. Hari yang dikatakan hari lapang tanpa terganggu masa, hari yang membahagiakan kita kerana kita tidak di kontrol oleh masa untuk bersiap pergi ke pejabat jabatan anda. Sabtu dan esok Ahad adalah hujung minggu kita berehat dan santai di rumah.
Ada juga keluarga memilih pergi bercuti dihujung minggu. Kerana hujung minggu inilah kesempatan dan peluang. Jika yang ada cucu, bersama cucu amat mendamaikan jiwa.Melihat telatah baby yang kian membesar juga amat menenang kan jiwa. Walau kemana anda hari ini? kongsikan kegembiraan itu di blog, pasti anda merasa damai, dapat meluahkan sedikit rasa terbuku di dada.Blog lah salah satu pelempiasan rasa untuk menulis dan meluahkan rasa gembira. Namun ada juga teman melempiaskan kesedihan di blog. Teman yang memahami memberikan semangat agar teruskan kehidupan dan sentiasa ingat kepada Allah aza wazallah.
Hari ini, kelihatan potret yang memberikan rasa tenang melihat anak-anak Etuza, Suri Hati permata hati ini. Mereka lah genasiku peneman dalam rumah, penyeri hidup Etuza hingga hidup ini berseri dan diwarnai dengan warna-warna kasih sayang dan perhubungan saling menerima kelebihan dan kekurangan.Mereka semua adalah anugerah Allah yang amat HEBAT buatku. Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah dan RAHMATI kami semua walau di mana berada.
Promot Produk Shopee, klik SINI keperluan penjagaan kebersihan pakaian anda.Klik dan miliknya.
Kepada pembaca senyap teman blogger yang mesra " Salam Sayang Untuk Kamu" Teruskan blog, buat galari catatan yang indah buat kita semua. Selamat berblog hari Sabtu yang indah ceria.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.