Merasa Nikmat Jagung Manis 


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ke udara maya malam ini. Terasa rindu sangat. Entah bila ada masa yang panjang untuk bersama membaca paparan catatan teman maya di blog mereka semua. Hendak membaca dengan aman, kenalah gunakan masa yang benar-benar kualiti. 

Kali ini Etuza muatkan gambar yang jagung manis ini. Hasil tanaman mama yang sebenarnya pada masa hujung tahun  2015. Hasil tanaman mama kini berhasil dan kami nikmati sedapnya makanan buah jagung manis muda yang kekuningan emas ini.

Berbudi kepada tanah ni lah hasilnya. Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang Allah beri ini. Terima kasih juga buat mama yang rajin bertanam sayur dan jagung di tanah pusaka ini. Bagi yang tidak mengenali buah jagung, inilah bentuk buah jagung untuk kita kongsikan. Cara masak jagung muda ini, hanya dengan cara rebus sahaja. Kalau hendak,letak garam sedikit juga boleh, tetapi mama tidak letak garam kerana katanya hendak rasa manis original jagung muda ini. Sedap dan lazat sekali.