Tahniah Din Dapat Baby Boy Yang Comel
Ini saudara Din dan isteri serta anak-anak Din..Jumpa Din di Gmart, Keningau hari ini ... |
Bersiaran lagi di arena blog. Pasti yang gemar ke laman Etuza rasa ternanti-nanti juga apa artikal atau entri terbaru Etuza. Jika ada yang begitu, sangat hargai anda semua. Namun rasanya tiada yang akan menunggu sebab berlambak blog yang sentiasa ada entri baru bagaikan air mengalir yang tidak pernah habis idea updated kan kemasukan entri baru yang hot dan penuh informasi.Sebaik tenggelam blog Etuza dalam ledakan artikal baru di blog lain, maka blog ini akan dilupakan kerana tidak akan terpapar lagi di atas carian google selepas 5 minit ke udara maya dengan entri baru. Sebab itu kena update lagi.
Jumpa Din Di G-mart Keningau Mall
Hari ini bersama suri rumah dan anak gadis Etuza, ke G-mart Keningau Mall. Tujuan pastilah hendak membeli kelengkapan makanan di dapur.Kiranya shoping bersama isteri dan anak lah begitu. Kita lelaki kenalah bersikap bertanggungjawab sebagai orang yang membawa troli atau raga yang ada. Sebab lelaki lebih bertenaga dalam bab angkat mengangkat. Sebaik Etuza keluar dari supermaket dari G-mart, terjumpa pula dengan saudara Din. Agak terkejut sebab pertama kali melihat Din mengendong baby. Baby sepertinya tidur nyenyak . (lihat gambar lelaki macho tu - ada baby kan )
Kami bersalam dan saling bertanya khabar, agak lama tidak jumpa. Dahulu sama-sama satu sekolah mengajar di sekolah yang sama. Bila berjumpa sahabat dalam usia sekarang, apa lagi bahan perbualan selain hal anak-anak kesayangan masing-masing. " Li berapa anak lelaki dan berapa anak perempuan?" Din bertanya pada Etuza. Din dah bagitahu "Inilah baby akhir saya, mujur baby boy" katanya. "Anak pertama lelaki, anak ke enam ini lelaki juga , cukuplah enam anak ni Li". Kata Din sambil perkenalkan anak -anak dia. Anak dia yang pertama sedang berada di UNIMAS Sarawak.
" 4 lelaki dan 3 anak perempuan saya Din"Kemudian memberitahu hal anak sulung, anak kedua dan anak ketiga Etuza. Gembira jumpa Din..dan amat bangga dengan Din kerana amat menyayangi anak-anak dia. Din mengendong anak dia, bukti Din seorang lelaki atau ayah yang hebat. teringat Etuza dahulu seperti Din juga. Terakhir sekali Etuza ambil kesempatan bergambar dengan keluarga bahagia ini. Tahniah Din dapat baby boy dan merupakan anak terakhir Din. Sempat Etuza mengusik Din. Kena tengok date ya..( nakal juga Etuza ni ...)
ini lagi gambar Din bersama isteri dan anak-anak comel Din. |
Di Restoran Second Cup dan berada di Supermarket G-mart hari ini.. happy kan... |
7 Ulasan
TAHNIAH KPD CIKGU DIN DIANUGERAHI ALLAH BABY LELAKI YG COMEL.
BalasPadamAlhamdulillah...keluarga besar ya cikgu..anak juga salah satu nikmat rezeki anugerah Allah...syukur..
BalasPadamhappy family semuanya :)
BalasPadamTahniah kepada saudara Cikgu..
BalasPadamPsssssttttt: Cikgu tak teringin ke tambah seorang lagi, Aliyapun dah besar panjang? opssssss....
6? alhamdulillah syukur ..rezeki tu..dah mampu utk jaga mak ayah bila dah besar nanti
BalasPadamAlhamdulilah...untung..rezeki Allah..tak semua merasainya
BalasPadamAlhamdullilah..anak penyeri hidup
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.