Sampai Bila Aku Dibelai Penuh Kasih Sayang - Moiza
Aku merayu pada tuanku agar selalu lah sayangi aku... Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku dibuang di hutan dengan kejam oleh tuanku yang pertama, aku dipisahkan dengan ibu susuanku..Aku takut pada ular dan binatang seolah ingin membunuh aku..Aku terkejut akhirnya perjalanan menemukan aku ..Ya menemukan aku rumah sebuah milik Etuza, yang menyambut Kehadiranku walau aku berbau busuk waktu itu..( Ha sedarpun kau ya Moiza-memang busuk ketika baru sampai....)
Gambar Moiza setelah 3 bulan di rumah Etuza |
Usia ku kini menurut kiraan ku iaitu 3 bulan di rumah tuanku Etuza dan sebulan lebih aku di rumah tuanku yang pertama. Ya aku tidak pernah beritahu tuanku Etuza siapa nama tuanku yang pertama sebab aku takut aibkan tuanku itu. Tapi yang pasti tuanku itu manusia juga, sayang sekali dia tidak menyayangi aku. Aku menangis bila ingat adik aku Tiger hingga buta mata kerana kurang disayangi.Aku malu dan tiba-tiba aku dapat melihat keindahan hati manusia seperti keluarga Etuza dan anak-anaknya terutama Aliya yang selalu tidur dengan aku, belai aku dan dukung aku.
Ya Allah..aku sangat terharu dan amat bersyukur dipelihara oleh keluarga Etuza. Ya Allah ..sungguh luarbiasa ..bau busuk aku kini sudah tiada, lama sudah bau badan ku harum dengan syampu mandian..Aliya mandikan aku...aku tak pernah degil dan mengiau..aku tahu aku perlu mandi seminggu sekali... Lihat muka aku..aku termanggu seketika merasa kan nikmat hidup dengan sajian makanan yang cukup setiap hari. Bila aku lapar dengan adikku Tiger..kami tidak mencuri apa-apa dalam rumah tuanku Etuza.
Aku di beri nama Moiza, kata tuanku Etuza, nama Moiza itu nama kucing kesayangan Nabi Junjungan Muhammad SAW. Aku kurang pasti sebab aku tidak pandai membaca. Kata tuanku aku semakin comel, cantik dan berbulu gebu. Entahlah sampai bila aku akan di sayangi, dibelai dan di manja oleh keluarga Etuza.Umurku kini sudah hampir 5 bulan. Badan aku agak gemuk dan pejal..aku mengakui bulu aku tebal berbanding bulu Tiger yang buta mata sebelah itu. Mungkin aku kucing betina maka Aliya amat menyayangi aku. Aku malu sebenarnya, sebab itu aku tidak berapa nak buka mata pada kamera yang tuanku Etuza halakan pada wajahku. Maafkan aku..aku hanya kucing yang mampu berbunyi "Miow miow dan miow"
Baiklah..kepada teman maya blog tuan ku Etuza..inilah gambar ketika aku kecil dan setelah 3 bulan dipelihara oleh keluarga Etuza...aku bangga semua anak-anak Etuza menyayangiku..Subahanallah..sebab itu aku perlu serlahkan siapa aku sebenarnya..
Comel kan aku masa dua bulan ..hehehehe..
Sampai Bila Aku Dibelai Penuh Kasih Sayang - Moiza
8 Ulasan
Salam, wah cikgu banyak jugak ye kucing dirumah cikgu,
BalasPadaminsyaAllah balasan baik dari tuhan nati
comel sungguh kucin tu
BalasPadamcomel kucing tu ... dah lama tak buat karangan macam ni, teringat time sekolah dulu :)
BalasPadamAssalam Etuza..lama tak singgah sini sebab bercuti..seronok baca kisah kucing. CP pun baru dapat empat ekor anak bulus.
BalasPadamWasalam Cikpinz..wah 4 ekor ..banyak tu..
PadamComel...
BalasPadamya comel..bila dah dewasa ..tak lagi kan..ini sekarang moiza
Padamanak saya, cik puteri juga sukakan kucing..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.