Cerita Kopi Magic Istemewa 

Aliya menyiram pokok2 bunga di laman pagi kemarin..
seronok pula Aliya bermain air...
Cerita Kopi Panas Magic Istemewa 

Bersiaran lagi di udara maya ini. Rutin biasa yang pasti dilakukan oleh blogger ialah melakukan blog walking ke laman blog teman terutamanya yang terdapat dalam bloglist blog Etuza ini. Memang istemewa blog tersebut. Berlaku interaksi antara satu sama lain. Blogger tidak drop komentar itu, hak blogger itu dan komentar sebenrnya tiada paksaan. Satu platform untuk blogger bebas komen berdasarkan entri terkini blogger.

Cerita kopi panas magic ini sebenarnya berlaku di rumah Etuza tahun 2003 bulan Julai. Ketika itu rumah satu tingkat ini belum siap sepenuhnya. Pekerja 4 orang masa itu sedang membuat pembaikan dan kemaskan apa-apa yang patut di ruang dapur Etuza. Etuza rasa bagus buat cerita berdailog cerita ini, tetapi Etuza agak panjang nanti dailog tersebut antara Etuza pekerja A dan pekerja B. Baiklah Etuza ringkaskan sahaja ya, mari sini rapat-rapat dengar cerita ini " Kopi Panas Magic Di Rumah Etuza".

Pada masa itu tiba-tiba sahaja pekerja A menghidangkan kopi panas serta merta. Etuza lihat tiada mereka memasak air. Masa itu talian elektrik memang tidak ada belum pasang. Mereka hanya memasak menggunakan dapur gas sahaja. Etuza merasa pelik sangat tiba-tiba ada kopi panas pekat lagi dan nampak wap air panas. Akhirnya pekerja B bercakap sambil ketawa dan senyum kelihatan lucu melihat reaksi Etuza. 

Kata pekerja B " Kami tidak pernah masak air di rumah ini, masak nasi dan sayur lauk sahaja. Air panas hari-hari kami dapat, sebab tiba jam 10 pagi tengahari dan petang hingga jam 3 petang air paip di dapur rumah cikgu ini sangat panas, betul sangat panas. Sebabnya pili paip hitam yang digunakan dari bukit ke rumah ini tidak di timbus ke dalam tanah. Bila matahari panas pili paip hitam itu akan menjadi panas lalu air pun akan panas sekali" Inilah penjelasan pekerja B. Etuza barulah faham dan ketawa sama.

Pekerja A:  " Ada satu kali tu, saya mandi petang jam 2.00 petang, saya melompak kepanasan kulit jadi merah ..hadui ...magic betul lah air dari bukit ke rumah ini, special " kata pekerja A.

Pekerja B:  " Kami tidak pernah masak air, jimat dapur gas.. ha inilah kopi panas kami ..magic kan" Sambil minum air kopi. Memang benar masa itu air paip ke rumah Etuza menjadi panas apabila pili paip terdedah kepada matahari di siang hari. Air paip akan beransur sejuk apabila menjelaang jam 4 petang dan paling sejuk ketika tengah malam. 

Rupanya begitu cerita kopi panas magic pekerja bina rumah Etuza pada tahun 2003. Dan adakah anda percaya keadaan air panas pada air paip di rumah Etuza sekarang masih menjadi air panas setiap kali menjelang tengahari hingga jam 3 petang.Jika anda percaya usah mandi ketika jam 1 petang atau jam 2 petang. Gerenti anda melompat kepanasan. Bagaimana pun Etuza tidak pernah membuat air kopi terus dari air paip, sebab  tidak biasa. Kena masak air, kena tekan punat buttan penapis air button panas baru boleh buat air kopi atau nescafe ya. Hehehe magic kan.

Ok kita lihat aksi Moiza dan Tiger...cute kan..semakin manjalah pula
Moiza dan Tiger...hebatnya makhlk Allah ini ..boleh hidup
bersama manusia..magic juga kan..